❧ Review by akusipandacomel
❧ Penulis flizwn
Kisah yang membawakan watak bernama Ella, seorang gadis yang kuat menempuh cabaran hidupnya. Dia diuji dengan berbagai ujian. Saya suka perwatakannya yang ceria meskipun hidupnya sedih.
Jalan cerita awak agak meleret. Boleh kurangkan perenggan pada bahagian yang tidak diperlukan. Awak ada jelaskan di bab dua bahawa buku itu belum diedit, jadi bolehlah awak perbaiki ya. Bahasa mudah difahami dan jalan cerita awak sedikit berterabur. Saya tak dapat menangkap plot cerita.
Bukan itu sahaja, ada beberapa senario yang awak percepatkan. Seperti mengejar sesuatu. Hal ini membuatkan watak kelihatan kabut dan reaksi mereka tidak asli. Monolog pula agak panjang seperti yang saya maksudkan tadi.
Secara keseluruhan, cerita awak berat dengan emosi tetapi awak berjaya ringankan dengan membawa watak yang berfikiran positif. Banyak nilai dan pengajaran. Cerita awak ada kemampuan untuk berkembang jika beberapa bahagian itu diedit.
