❧ Review by akusipandacomel
❧ Penulis cikchirx
Idea cerita sedikit klise. Tetapi tidak merosakkan cerita. Cerita awak udah ada pengolahan yang baik. Setiap pergerakan itu diperincikan dan tidak nampak keterlaluan. Bahasa awak mudah difahami. Maksud saya disini adalah penerangan dalam buku awak tak menggunakan ayat bombastik tetapi tetap menarik.
Permulaan cerita dimulakan dengan cara lelaki itu baru sahaja putus dengan teman wanitanya. Kelihatan watak sedikit terburu. Terlalu drastik membuat keputusan untuk membencikan semua wanita. Sambung pula kali pertama dia bertembung dengan heroin. Mula² heroin itu gerun tetapi kemudian dia boleh berani melawan kata lelaki itu terutamanya senario iPhone itu. Mungkin awak perlu jelaskan dengan lebih baik mengenai cara heroin itu hilang sabar sehingga menjawab begitu.
Bahagian bermimpi tentang satu sama lain pula kelihatan agak pelik. Bukan mereka tunaikan solat istikharah sehingga mampu bermimpi luahan perasaan orang tersebut bukan? Hanya tidur yang biasa dan terus orang itu dimimpikan. Kebetulan pula kedua-dua orang. Agak pelik di sini. Kemudian mawar pula membenci terus lelaki itu hanya kerana iPhone itu. Kurang logik untuk terus membenci seseorang hanya kerana suatu masalah.
Gaya cerita berkembang itu menarik. Plot awak sudah disusun rapi. Bahagian² yang perlu dibaiki hanyalah pada beberapa kawasan yang ada pengulangan ayat. Contoh adalah apabila reaksi beberapa lelaki adalah yang sama. Mengurut pelipis dahi.
Melainkan itu, cerita awak ada kemampuan untuk berkembang dengan baik.
