❧ Review by JustMine-V
❧ Penulis ika_human
*Sinopsis ringkas:
—Halilintar, dia telah dipaksa menjadi pembunuh oleh ayahnya sejak berusia 8 tahun lagi. Tak ingin, takut, gerun? Semua bantahan itu harus dipendamnya kemas dalam hati cuma jika dia tidak ingin mendapat bahana dari ayahnya yang gila itu. Dan di saat usianya menginjak 17 tahun, tika itu dia mendapat sebuah misi. Misi yang telah merubah dunia gelapnya... Meski ia beberapa detik cuma. Apakah misi yang diterima Halilintar? Apa betul, dunia gelapnya berlalu sekejap saja?
*Kelebihan cerita:
—Penulis mempunyai idea yang menarik, dengan mengolah fanfict menggunakan watak Boboiboy. Imej cerita yang dibawa penulis juga ceria dan santai saja meski ia menggunakan tajuk yang agak dark. Dia punya lawak juga kadang buat saya agak tersengih bila bacanya. Maksudnya penulis memang pandai bab melawak.
*Kelemahan cerita:
—Maaf saya katakan, cerita ini tak solid. Dari bacaan saya sebagai penbaca, saya sungguh tak tahu apa motif ayah Hali tubuhkan kumpulannya dan paksa Hali jadi pembunuh. Dia tak ada sebab yang kukuh.
Seterusnya penyusunan plot yang agak meleret dan tak teratur. Ingin sampai ke konflik agak lambat. Ia membuatkan saya agak bosan sewaktu membacanya walaupun ia terselit lawak. Kadang ada bahagian yang tak perlu pun untuk penulis masukkan scene lawak. Ia cuma akan mengganggu pembacaan pembaca saja bila scene tegang tiba-tiba terselit lawak tak menjadi.
Lagi, pada sesi flashback. Contoh:
Flashback 9 tahun lepas...
Bla, bla, bla...
Flashback end...
Itu jenis flashback yang ditulis penulis. Salah tulis begitu.
Untuk flashback, seeloknya begini:
9 tahun lalu...
Aku terjaga dari lena bila dengar seperti bunyi kerusi diseret.
Ini hanya contoh. Dan memandangkan penulis suka masukkan flashback setiap kali di awal bab, lebih elok buat begini.
Untuk flashback di dalam babak, boleh guna jenis ini:
Hali memandang kosong pada kerusi yang berada di dalam bilik itu. Namun di benaknya turut memutar kenangan lalu yang begitu menyakitkannya...
"Bunuh mak kau, atau bunuh diri kau?"
"Ta-tak nak..." dia takut, dalam masa sama dia tak sanggup membunuh ibu sendiri. Wajah ibunya yang pucat dan penuh kesan luka itu dia tatap dengan rasa yang tak keruan.
"Atau kau nak aku seksa kau?"
"Hali...ikut kata dia. Ibu tak nak... Hali bunuh diri."
Dalam terketar dadanya sudah berombak kencang menerima kata itu dari si ibu. Bersama rasa gentar yang beraja, pisau itu terus ditusuk di dada ibunya...
"Ibu!" Hali mengucap kecil, saat gambaran ibunya yang ditikam tangannya sendiri turut terputar di kotak memorinya. Semerta tubuhnya rasa lemah.
Okey, ini hanya contoh.
Lagi yang mengganggu saya, dengan pekerjaan ayah Hali. Penulis cuba buat dia jadi ketua pembunuh upahan atau ketua kongsi gelap? Sebab cara dia tak nampak macam dua-dua pun. Dia lebih kepada orang yang suka membunuh tanpa motif. Harap penulis boleh kaji dan teliti cara pembunuh upahan dan kongsi gelap bekerja. Mereka tak hanya bermain dengaan darah, dan teknik dan motif pembunuhan mereka juga lain.
Juga tanda baca, hanya pilih satu jenis dan hanya satu satu.
Contoh:
"Tak guna kau Hali!!!" ✖
"Tak guna kau Hali!" ✔
And..
"Apa?!" ✖
"Apa?" ✔
Dan kalau boleh pengucapan dialog biar kena dengan kosa katanya. Ia buat saya konfius ketika membaca samada watak tengah nak marah atau nak ajak sembang.
Contoh:
"Aku tak tanya kau nak atau tak. Aku cuma nak kau terimanya tanpa sebarang bantahan," selamba saja Hali berkata..
And...
"Aku tak tanya kau nak atau tak. Aku cuma nak kau terimanya tanpa sebarang bantahan," dingin saja Hali berkata.
Cuba tengok. Penggunaan kosa kata selepas dialog di dialog pertama buat kata-kata Hali tak menggerunkan, bukan. Macam nak bersembang saja. Tapi di dialog yang kedua kita boleh rasa Hali punya dingin dan nekad dengan kehendaknya tu. Kosa kata yang sesuai selepas dialog banyak memainkan peranannya dalam menyentuh emosi pembaca. Kalau tersilap kosa kata, memang boleh buat pembaca keliru dengan apa yang dibaca.
*Kesimpulan:
—Penulis ada idea yang menarik tapi tersekat pada pengolahan jalan cerita yang kurang kemas termasuk kesalahan-kesalahan lain. Tidak salah menggunakan gaya penceritaan yang santai tapi bila ada babak serius, perlulah sampaikan ketegangan babak dalam cerita. Sebab cerita penulis pasal misi pembunuhan, tapi rasa thrill dan suspen dalam tu dihilangkan oleh plot yang meleret dan lawak-lawak hambar dari wataknya.
—Akhir kata, saya tahu penulis suka merangka jalan cerita yang sempoi dan fun. Imaginasi penulis yang satu itu dapat dikembangkan lagi dengan merealistikkan watak Boboiboy yang penulis guna. Saya harap penulis dapat perbaiki kelemahan penulisan dan penceritaan penulis agar cerita penulis jadi lebih terbaik. Jangan putus asa dalam membaiki kelemahan anda, saya akan terus melihat anda.›_‹
**Setiap pandangan adalah jujur dari saya sendiri. Kalau saya ada tersilap kata, harap maafkan saya.
