06

123 21 6
                                    

Innara membelai Dodol dengan penuh rasa suka. Siapa Dodol? Dodol merupakan salah satu kucing yang ada di dalam rumah agam itu. Seperti namanya, Dodol ialah kucing milik Ian yang boleh dikatakan kucing kesayangan Ian.

Agak mengejutkan apabila dia mendapat tahu kucing-kucing ini adalah milik Ian. Sungguh tidak dia sangka Ian, si ketua mafia, mempunyai binatang peliharaan yang comel dan sangat menggeli hati seperti Dodol dan Ciko. Dia berfikiran bahawa Ian mungkin mempunyai haiwan peliharaan yang ganas seperti singa atau buaya namun fikirannya meleset.

Bak kata Picha,

"Kau ni terpengaruh sangat dengan Wattpad."

Picha yang sedang membelai Ciko tersenyum.

"Kau suka kucing ke, Nara?" soal Picha. Innara menganggukkan kepalanya dengan sangat teruja. "Aku ada kucing dulu sebelum parents aku meninggal. Nama dia Ginger Halia sebab bulu dia warna kuning macam warna halia. Now Ginger dah mati sebab keracunan." kata Innara tersenyum nipis.

"Oh no, I'm so sorry to hear that." Picha melihat ke arahnya dengan penuh simpati. "It's okay, Cha. Ginger dah lama mati, about 8 years ago." balas Innara. "Lepas ni you tak payah sedih. Dodol dengan Ciko ada!" kata Picha ingin membuat gadis itu ceria kembali. Innara tersenyum suka. Ya, buat pertama kali dia dikurung di dalam rumah agam itu, dia tersenyum.

Dia menghabiskan masanya bermain dengan Dodol dan Ciko bersama dengan Picha di dalam bilik yang dikhaskan untuk haiwan-haiwan itu. Tanpa dia sedar, para ahli 127 Streets sudah pun kembali ke rumah. Picha lupa akan amaran Ayden dan Innara lupa akan kata-kata yang pernah Ian berikan kepadanya dahulu.

"Picha kau jaga dia baik-baik. Jangan bagi dia keluar rumah ni and jangan pandai-pandai ajak dia house tour ke apa. Aku tembak kau nanti."

"Jangan buat kami semua marah, princess. You wouldn't want to see our inner monsters."

Aisy membuka pintu rumah agam itu. Matanya disepetkan apabila dia tidak melihat batang tubuh mahupun bayangan Picha. Selalunya Picha lah orang pertama yang akan menyapa mereka saat mereka pulang daripada misi mereka.

"Mana Picha?" soal Ayash. Aisy menaikkan bahunya tanda tidak tahu. Tiba-tiba mereka mendengarkan suara gelak tawa daripada bilik kucing. Ian pun mendekati bilik itu dan membuka pintunya. Benar seperti yang dia agak, Picha dan Innara berada di dalam bilik itu bersama dengan Dodol dan Ciko.

Picha membeliakkan matanya seraya langsung berdiri tegak. Innara di sebelahnya juga terkejut dan terkaku dalam duduknya. Mereka berdua kelihatan seperti perompak yang kegiatannya telah pun tertangkap polis. Ian mengeluh seraya menggelengkan kepalanya.

"What are you doing here, Nara? You should be in your room. Picha, kenapa bawak dia ke sini? Kau tahu rules aku kan." kata Ian. "Aku cuma— yelah macam— aku— sorry." balas Picha tergagap-gagap. "Kau ni, Cha! Aku dah cakap tadi kan ey!" Ayden melenting kasar. Picha hanya menekur memandang lantai, berasa serba salah yang teramat sangat.

"Lah korang ni tegas sangat dah kenapa. Jom jom kita keluar dulu." Delilah cuba untuk menjernihkan suasana yang terasa dingin dan terlalu tense. "Korang pergi la mandi dulu." sambung Delilah. "Yang lain mana?" soal Picha. "Hanan dengan Sha dah balik rumah, Josh dengan Wafiq bawak Rish dengan Adam pergi hospital. Diorang injured." balas Delilah.

Para gadis menuju ke ruang tamu manakala para jejaka menuju ke ruangan beradu mereka, ingin membersihkan diri daripada kotoran yang melekat pada badan mereka iaitu darah. Innara hanya mendiamkan dirinya, terasa asing dengan kehadiran Delilah. Mana tidaknya, Delilah kelihatan seperti serial killer. Wajahnya ketat tanpa senyum.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now