10

118 17 10
                                    

"Ray, barang dah sampai!"

Dengan laju Ray turun daripada tangga apabila mendengarkan laungan Aisy. Dua buah kotak kayu di hadapannya dia pandang dengan penuh teruja. Barang yang selama ini dia tunggu akhirnya telah sampai! Benar kata Hanan, ia mengambil masa selama 4 hari untuk sampai di hadapan rumah agam itu.

Ray dan Aisy masing-masing mengangkat kotak yang beratnya mencecah 10kg setiap satu dan membawanya ke ruang tamu di mana kebanyakkan daripada mereka berada. Innara turut berada di situ. Ajaibnya, Ian membenarkannya keluar daripada biliknya selepas Ayash membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes pembunuhan Nina.

"Kau buka lah." kata Ian. Ray dengan gelojoh membuka penutup kotak kayu itu. Matanya bersinar seterang bintang melihat isi kandungan kotak tersebut. Aisy dan Ayash yang membuka kotak kedua hanya mampu menggelengkan kepala mereka melihat Ray yang gembira seperti bulan jatuh ke riba itu.

"Sniper aku dah sampai!" soraknya gembira. "Tengok dulu ada damage ke tak." celah Rish pada abang kembarnya. Ray membelek-belek sniper tersebut untuk melihat apakah ada kerosakan padanya. "Nice, takde damage!" katanya kepada si adik kembar. Sniper kedua dan ketiga juga dibelek, hasilnya tiada kerosakan pada ketiga-tiga sniper itu.

"Untung la ada empat sniper sekarang." kata Ayden yang keluar daripada ruangan dapur kering bersama dengan semangkuk cereal dan susu. Dia agak cemburu Ian membelikan Ray tiga sniper baharu. Agak-agak kalau dia minta Ian belikannya sebuah laptop baharu, Ian nak belikan tak?

"Eleh kau cemburu kan sebenarnya?" soal Ray mengejek. "Takde masa aku nak cemburu dengan kau." balas Ayden seraya menjeling si jejaka itu. "Kau nak laptop baru jugak ke, Den?" soal Ian. Mata Ayden terus bersinar sepertimana mata Ray bersinar tadi. "Nak nak nak! Laptop aku masuk virus!" adunya.

Ian mengeluh.

"Nanti aku beli."

"Yeay! Terima kasih sepupu handsome!"

"Ini semua apa?" soal Innara yang dari tadi melihat gelagat mereka semua. "Ini barang kiteorang. Yang kotak dekat Ray tu mostly weapon macam hand grenade, pistol, sniper and ammunition. Kalau yang dekat aku ni drugs." balas Aisy. "Drugs?!" Innara mengulang perkataan itu dengan mata yang terbeliak.

"Not that kind of drugs, Innara. Maksud Aisy is medication. Ubat-ubat yang kiteorang akan gunakan kalau kiteorang kena tembak or something. Dalam kotak tu pun ada illegal medication yang kiteorang boleh gunakan ke atas target kiteorang. For your information, we will never do drugs." jelas Niel panjang lebar.

Innara hanya tersengih.

"Sorry, I terkejut you mention drugs tadi."

"It's fine."

"By the way, I dah lama tertanya-tanya. Rumah ni takde guard ke sebab I tak pernah nampak anyone other than you guys." Innara bertanya. "Rumah ni dilengkapi dengan security system. Setiap penjuru rumah ada hidden CCTV yang kiteorang memang install. Pintu-pintu dekat rumah ni pun ada laser which kiteorang boleh activate guna phone je. We don't really need guards." jawab Josh.

"Ada je orang lain selain kiteorang. We have two gardeners, two housekeeper, ten guards and one driver. Cumanya diorang tak dibenarkan masuk ke dalam rumah tanpa izin kiteorang. Currently Ian bagi the others cuti dua minggu for their hardwork so we only have the guards with us, outside of the house." jelas Ayden panjang lebar.

"Diorang akan kembali bekerja esok. You nak jumpa diorang ke?" soal Ian. Innara menggangguk. "If you don't mind since I tak ada kawan dalam rumah ni." kata Innara. "You're lucky because the gardeners and housekeepers are female." sampuk Josh. "Really? I'm intrigued to see them!" Innara berkata dengan penuh teruja.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now