19

80 10 9
                                    

Jari jemarinya perlahan-lahan bergerak. Secara perlahan-lahan juga matanya dibuka dan Ian mencuba menyuaikan diri dengan persekitarannya. Dahinya berkerut melihat ruangan yang tidak dia kenali itu. Setelah diamati beberapa kali, barulah dia sedar bahawa dia berada di hospital seorang diri. Tiada sesiapa pun selain dirinya di dalam ruangan itu.

 Tiada sesiapa pun selain dirinya di dalam ruangan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hospital again? Damn it

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hospital again? Damn it."

Ian paling tidak suka dengan hospital. Dengan bau ubat-ubatan yang kuat, keadaan yang sekeliling yang suram dan pesakit yang diperhatikan 24/7 oleh para petugas, jejaka itu bosan. Setiap kali dia sakit, dia akan di bawa ke hospital dan setiap kali dia di hospital jugalah para doktor dan jururawat akan bertanyakan tentang kesan self-harm di pergelangan tangannya dan mereka akan menasihatinya untuk berjumpa dengan pakai psikologi.

Menyibuk.

Kata-kata papa beberapa jam lalu dia kenang. Hidupnya kelam mendengarnya. 26 tahun dia hidup untuk memuaskan hati papanya, namun masih saja belum cukup. Harus menjadi ketua mafia sudah satu masalah, harus berkahwin juga satu masalah, harus mencari calon dalam masa satu bulan juga merupakan masalah! Dengan pengakuan papanya tentang sejarah papanya dan mamanya yang tidak berperikemanusian itu.

Ian lelah.

Saat dia termenung jauh memikirkan apa yang perlu dia lakukan, tiba-tiba pintu dibuka dari luar, menunjukkan figura Ayash, Adam, Ayden dan Danisha. Membulat mata mereka melihat Ian yang sudah pun terjaga dari tidur pendeknya. Mereka semua bergegas mendekati katil Ian dan Danisha menekan butang merah yang bertujuan untuk memanggil jururawat yang akan memeriksa Ian nanti.

"Dekat 3 jam kau pengsan, Ian." kata Ayden dengan nada yang risau. "Kau okay ke?" soal Ayash. "Okay je, cuma kepala aku sakit sikit. Mana yang lain?" Ian mengembalikan soalan. "Diorang pergi dinner awal since diorang semua belum lunch. Sekarang dah pukul 6 petang. Papa pula dah balik pukul 4 tadi." jawab Danisha. Ian menanggukkan kepalanya, tidak mahu bertanyakan soalan dengan lebih lanjut.

Seorang doktor dengan diiringi dua orang jururawat masuk ke dalam ruangan Ian dan mendekati jejaka itu. Tanpa disuruh, mereka yang lain keluar dari ruangan itu untuk memberikan privasi kepada doktor yang ingin memeriksa tahap kesihatan Ian memandangkan jejaka itu baru sahaja sedar dari pengsan.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now