29

46 12 4
                                    

Sesampai sahaja mereka di rumah Ayash, kelihatan kereta milik Aisy dan Eskandar sudah pun menunggu di hadapan pintu pagar utama rumah agam itu. Rumah agam itu kelihatan sangat berbeza dengan rumah agam milik Ian. Ayash lebih gemar dengan gaya modern and contemporary manakala Ian lebih kepada gaya classic and elegant.

Dengan menggunakan remote, pintu pagar utama itu dapat dibuka secara automatik. Belasan kereta mula masuk ke dalam garasi yang seluas gelanggang tenis di sebelah kiri rumah tersebut. Semua ahli kumpulan 127 Streets berjaya melarikan diri dari rumah agam yang sudah pun hancur itu dengan selamat. Walau bagaimanapun, ada di antara mereka yang tercedera akibat berlawan dengan musuh mereka.

Usai berkumpul di ruang tamu, Sha mengeluarkan peti pertolongan cemas miliknya dan mula merawat ahli kumpulan tersebut dan dibantu oleh Adam.

"Ish dalam ni luka ni. Macam mana boleh kena?" soal Sha. "Tangan aku terkena bilah pisau tadi. Aku ingat luka sikit je, tak sangka pula dalam." balas Josh menahan pedih. "Itulah kau! Aku suruh hati-hati tak nak dengar!" omel Sha seraya menekan lebih kuat pada luka itu. "Sakitlah Sha! Perlahan-lahan la!" jejaka itu berdesis kesakitan.

"Adam kau tolong tengok luka dekat pipi Rish tu. Dari tadi dripping." kata Sha. "One second, tengah uruskan budak manja ni." balas Adam. "Hoi aku bukan budak manja!" sampuk Ayash. Tak semena-mena jejaka itu meringis kesakitan apabila Adam menekan-nekan bahagian luka itu.

"Ha tengok tu. Tekan sikit dah menggelupur macam ikan di daratan." kata Adam. "Manja kali dia." sampuk Ray. Dengan laju Ray mengelak apabila Ayash melempar bantal ke arahnya.

"Tak kena HAHAHAHAHA!"

"Sorry korang, kiteorang tak ada masa korang kena serang tadi. Kalau aku tahu, tak ada aku ajak Aisy keluar." kata Delilah. "Ala takpe, Lilah. Benda dah jadi dah pun. Lagipun semua selamat, tak ada lagi yang hilang nyawa." balas Ayden. "Aku pun minta maaf." sampuk Aul. "Eh, no hal la." kata jejaka itu untuk menyedapkan hati mereka.

"Durra tak sampai lagi ke?" soal Niel. "Nampaknya begitulah. Aku ada try call dia tadi, tapi dia tak angkat, so aku send message je la. Maybe dia silent phone kut." balas Nana. "Kau tak call Pak Jamet ke?" soal Innara pula. "Sama je, papa pun tak reply." jawab gadis itu. "Maybe Durra bawa papa jalan-jalan. Fulfilling the needs to be the perfect daughter." tambahnya.

"Yash, the cats nak letak dekat mana?" soal Picha yang membawa sangkar Labu. "Dekat atas. Jom aku tunjuk." balas Aisy bagi pihak Ayash. Dia sudah berkali-kali datang ke sini. Sudah dia tahu semua ruangan di dalam rumah itu. Picha, Delilah dan Nana kemudiannya membontoti langkah Aisy ke lantai atas untuk ke bilik baharu kucing-kucing tersebut.

"Nara, you okay?" soal Ray. Jejaka itu dapat lihat ketidaksenangan pada wajah Innara. "I'm okay. Just a bit shocked from what happened." balasnya perlahan. "You'll get used to it later. Don't worry too much." celah Ian. Innara mengangguk perlahan seraya meraup wajahnya. Pintu hadapan dibuka dan figura Eskandar muncul.

"Eh bro, sihat?" soal Ian seraya bersalaman dengan Eskandar. "Alhamdulillah, macam yang kau nampak ni." balas Eskandar dengan senyuman. "Kau smoking lagi ke?" soal Ray pula. "Macam biasa la bro, bukan senang nak berhenti." jawabnya. "Berseri-seri je muka kau. Counting days ke tu?" soal Wafiq. "Eh mestilah! Tinggal 2 bulan je lagi sebelum majlis." jawabnya lagi dengan bangga.

"Lepas ni susah la Aul nak spend time dekat sini, dah ada husband kan." celah Nana dengan sayu. "Ah kau macam tak boleh call. Lagipun abang bukannya nak bawa dia pindah jauh. Kalau ada apa-apa job, roger je la." celah Eskandar. "Entahnya kau ni. Korang pun cepat-cepat la cari laki bini. Nanti aku dah ada anak ke apa ha lagi emosi korang." celah Aul pula.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now