Dua hari setelah itu, para jejaka 127 Streets kembali ke hospital untuk melawat Ian selepas mereka solat jumaat di masjid berdekatan. Ada di antara mereka yang kadangkala datang melawat Ian di hospital secara bersendirian, namun ianya kali pertama mereka melawat Ian dalam satu kumpulan memandangkan mereka masing-masing mempunyai jadual yang sangat padat.
Di saat mereka semua dalam perjalanan ke ruangan Ian, seseorang menghentikan langkah mereka. Gadis itu menyeru jejaka-jejaka itu, atau lebih tepat lagi menyeru Niel yang terkaku berdiri di tengah-tengah ruangan. Mereka semua sudah mengetahui hal ini dari mulut Ayden, jadi mereka tidaklah terkejut melihat Daisy di hadapan mata mereka.
"Niel, can we talk?" soal gadis itu. Niel memandang rakan-rakannya yang lain. Dengan perlahan Rish memberikan tepukan pada bahu jejaka itu untuk menyalurkan semangat kepadanya. "Kiteorang cau pergi bilik Ian dulu. Kau settlekanlah apa yang patut dengan Daisy. Ingat apa aku cakap sebelum ni." kata Ayden perlahan sebelum mereka semua pergi meninggalkan Niel dan Daisy.
"Let's go somewhere private."
"Ikut aku."
Daisy membawa Niel ke ruangan kerjanya yang terletak di tingkat 6, satu tingkat di bawah tingkat ruangan VVIP dimana terletaknya ruangan Ian. Niel dapat lihat bahawa Daisy merupakan seorang doktor di hospital itu memandangkan matanya tertangkap satu tag nama berwarna hitam yang dipinkan pada uniform gadis itu.
Dr. Daisy.
"Duduk, Niel." pelawa Daisy. Niel melabuhkan duduk di atas kerusi, berhadapan dengan Daisy. Hening suasana di dalam ruangan kerja itu. Tidak seorang pun di antara mereka berdua yang berani berbicara. Kedua-duanya masih teragak-agak untuk membuka cerita lama yang mampu menghiris luka baru di hati.
"Doctor, say— oh."
Seorang jururawat yang secara tiba-tiba membuka pintu ruangan kerja Daisy menghentikan ucapannya saat terlihat Daisy bersama dengan seorang jejaka di dalam ruangan itu. "Sorry, doctor." ucap si jururawat. "Is it urgent, Qistina?" soal Daisy lembut. "Tak urgent pun doctor, saya nak bagi patients punya daily reports je." balas Qistina.
"Letak dekat sini. Nanti saya tengok." kata Daisy. Jururawat bernama Qistina itu meletakkan fail yang dia bawa di atas meja Daisy dengan cermat. "Saya ada guest, so minta tolong bagitahu staff yang lain jangan ganggu saya kalau tak ada anything urgent ya." kata Daisy. Qistina menganggukkan kepalanya, menunduk hormat dan langsung meninggalkan ruangan kerja Daisy.
"So, you're a pediatrician now?" soal Niel. Daisy menganggukkan kepalanya. "Alhamdulillah aku berjaya capai cita-cita aku nak jadi pediatrician. What about you? Kau kerja apa sekarang?" Daisy mengembalikan soalan. "Businessman." jawab Niel pendek. "Wow, impressive!" Daisy tersenyum suka. Andai saja Daisy tahu apa maksud di sebalik kata-katanya itu.
"Tengku Adrian Hafiy tu kawan kau ke? Sejak bila korang jadi kawan? Aku tak pernah tahu pun kau kenal Tengku Adrian." bertubi-tubi soalan yang gadis itu ajurkan. Niel hanya mengangguk perlahan, menjawab soalan pertama Daisy. "Kiteorang jadi kawan lepas aku keluar dari rumah tu." kata Niel perlahan. Daisy hanya tersenyum kelat.
"Pasal tu—"
"Mama papa macam mana? Diorang sihat?" soal Niel, memotong kata-kata gadis itu. Daisy hanya mengeluh perlahan. "Uncle sihat walafiat, alhamdulillah. Lepas je kau keluar rumah tu, dia cari kau tapi lepas enam tahun pencarian, dia berhenti untuk jaga aunty." jawab Daisy panjang lebar. "Kenapa dengan mama?" soal Niel.
Daisy terdiam.
"Subak?"
Subak, nama gelaran Daisy yang pernah dia berikan sewaktu kecil dahulu. Semuanya disebabkan oleh Daisy yang terlampau gemar akan tembikai dan drama Korea. Wujudlah nama gelaran subak, yang juga bermaksud 'tembikai' dalam Bahasa Korea.
YOU ARE READING
127 Streets [discontinued]
RomanceRuthless. Life full of lies. 127 Streets, dianggotai oleh 10 jejaka tampan tapi tak berperikemanusiaan dan diketuai oleh Tengku Adrian Hafiy, jejaka yang paling menawan di antara mereka. Setiap satu daripada mereka mempunyai kisah pahit mereka sendi...