28

61 13 8
                                    

Beberapa hari berlalu, Innara sudah pun menyelesaikan minggu pertama latihannya bersama dengan para jejaka mafia itu. Ianya sungguh memenatkan, namun dari sudut positif Innara sudah memahami sedikit sebanyak tentang cara hidup mereka dalam dunia mafia. Dengan kepercayaan yang diamanahkan kepadanya, Innara berazam untuk berlatih bersungguh-sungguh. Walaupun awalnya gadis itu hanyalah tawanan Ian, lama kelamaan dia berubah menjadi ahli simpanan kumpulan itu merangkap keluarga mereka. Innara percaya suatu hari Ian akan melepaskannya.

"Eh kak, nak pergi mana?" soal Sha hairan melihat Aulliya berpakaian kemas. "Aku nak pergi dating." kata Aulliya dengan senyuman yang meleret. "Hm, nak jumpa Eskandar kesayangan la tu." sampuk Ray dari ruangan pantri. "Kau suka aku eh? Jealous ke aku nak keluar dengan Eskandar?" soal Aulliya mengejek.

"Ah takde masa aku!"

"Ala Ray, kalau kau suka aku bagitahu jela." tambahnya lagi seraya memakai kasut. "Amboi kak kau jangan macam-macam. Tunang kau tu nak campak mana?" soal Adam. "Em aku campak dia dalam loji lah. Loji depan rumah Ayash." balas Aulliya. "Balik-balik rumah aku juga yang kena." jejaka itu mengeluh perlahan. "Nasib kau la, siapa suruh beli rumah depan loji." celah Josh dengan sengihan nipis.

Tiba-tiba sahaja telefon Aulliya berdering, menandakan masuknya panggilan dari seseorang. "Dah sampai? Okay sayang. Kejap eh." kedengaran suara Aulliya menjawab panggilan itu. "Aku keluar dulu. Ray jangan rindu aku tau! Bye!" katanya sebelum melangkah keluar. "Kau tunggu, aku pancitkan tayar Es nanti baru tahu." omel Ray, melabuhkan duduk di sisi Josh.

"Hari ni hari apa?" soal Rozal. "It's Saturday, princess." balas Rish tanpa menoleh ke arah gadis itu. "Oh patutlah ramai yang outing." gumam gadis itu. "Eh? Siapa lagi yang keluar?" soal Niel. "Pagi tadi Aisy dengan Lilah keluar, nak pergi book exhibition dekat Mid Valley katanya. Not long after that, Durra pula keluar." jawab Rozal.

"Eleh nak pergi dating dengan 'my boy' dia la tu." sampuk Picha tidak puas hati. "Takpe, kau dating dengan kiteorang je." celah Adam dengan sengihan. "Ish aku tak nak dating! Aku nak 'my boy' je!" balas Picha. "Eleh kau bukan ramai 'my boy' ke? Tu guards kat luar tu. Dah berapa ramai try kau." kata Josh. "Ish aku tak suka diorang!" rungut gadis itu.

"Hm, iyelah Picha."

"Korang semua taken ke ni?" soal Innara dengan sengihan. "Taken? Aku ni single mingle triangle tau! Diorang ni tak hormat orang single. Suka sangat flex. Eeeee geram aku!" rungut Picha penuh amarah. "Aul je yang taken, yang lain semua single. Ada pun scandal-scandal je." kata Ray. "Oh, ingatkan korang date each other." kata Innara.

"Date each other? Hell no. Ian paling pantang kiteorang date each other." balas jejaka itu. "Eh kenapa pula?" soal Innara hairan. "Ian tu strict dia minta ampun. Dia tak nak nanti kita campur adukkan hal team dengan hal peribadi." balas Nana. "Sebab tu Ian tak benarkan kiteorang date each other. Unless kalau kau nak tanggung the consequences." sambung Josh.

"What consequences?"

"Contoh macam kena gantung position, kena tukar team, kena buang team, paling teruk kena severe punishment. Yang itu I tak nak explain lah. You faham-faham la what kind of punishment Ian nak bagi." jawab Ray. Kesemua mata-mata memandang jejaka itu. Ada yang membeliakkan mata dan ada yang tersenyum nipis.

"BUKAN PUNISHMENT MACAM TU LA!"

"Ye Ray kita tahu."

"Ha gelabah kau."

"Teruk betul otak korang ni. Kena cuci pakai Clorox." kata Ray seraya menggelengkan kepalanya, menunjukkan rasa kesalnya. "Ala, otak kau pun apa kurangnya." balas Adam. Tak semena-mena sebiji bantal dibaling dan langsung mengenai mukanya. Nasib baik bantal yang dibaling, kalau buku lima, alamatnya patah hidung Adam.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now