09

109 17 5
                                    

Keriuhan dalam kafe tersebut tidak memberikan apa-apa efek kepada Ian dan Khai. Kedua-dua jejaka itu hanya mendiamkan diri. Ian hanya memandang ke luar tingkap manakala Khai menyisip caramel latte-nya sambal meliarkan mata di sekitar kafe. Masing-masing mempunyai sesuatu untuk diperkatakan, namun mereka masih menunggu masa yang sesuai atau lebih tepat lagi, sengaja melambat-lambatkan masa.

"How time flies so fast." Khai berkata, meliarkan matanya di segenap kawasan kafe, melihatnya dengan penuh kagum. "Indeed it is." Ian menganggukkan kepalanya, tersenyum nipis saat dia mengingat kembali momen-momen indah mereka di kafe itu. Kafe itulah tempat dimana mereka semua selalu lepak selepas tamatnya waktu persekolahan.

Ahli 127 Streets, Khai, Drynna dan Nina.

Sering kali mereka memilih kafe itu sebagai tempat persinggahan mereka memandangkan kafe itu dekat dengan sekolah lama mereka yang terletak kira-kira hanya 500 meter daripada kafe itu. Sering kali mereka membuat keriuhan di dalam kafe itu sehinggakan pemilik kafe itu menghalau mereka keluar. Namun tetap saja, mereka kembali pada esok harinya.

"How are you?" soal Khai sinis. "Haven't been better. Not for Rish and Adam though. Your boys hurt them pretty badly." balas Ian. Khai hanya tersenyum pahit. Dia berpuas hati serangannya ke atas rumah agam lama itu berjalan dengan lancar walaupun ia tidak berjaya sepenuhnya, namun hati kecilnya terasa nyeri apabila mengetahui sahabat-sahabatnya terluka akibatnya.

"Kau pulak?"

"Sama je macam dulu. Tak ada yang beza pasal aku." kata Khai menghela nafas panjang. Matanya dia kunci pada jendela kafe. "Drynn macam mana?" soal Ian. "Drynn pun okay. Aku jaga dia dengan elok, macam yang kau nak. Tak macam kau." balas Khai dengan perlian di akhir katanya.

"Say what you want to say."

Ian mengeluh pendek. Americano-nya dia sisip perlahan sebelum tangannya dikepal, mencuba menyalurkan semangat untuk diri sendiri. Nafas Panjang dihela perlahan sebelum dia memulakan kata-katanya.

"Kiteorang jumpa evidence on Nin—"

"Don't you ever mention her name." Khai membentak keras. Rahangnya diketap dan jarinya ditunding ke arah Ian dengan perasaan marah yang teramat sangat. "You filthy asshole, jangan pernah sebut nama Nina! Kau dah bawa dia masuk dunia kita, kau penyebab Nina mati and now kau nak play victim? Kau bodoh ke apa, Adrian? Kau sedar tak semua ni berlaku sebab kau? Kau punca semua ni terjadi!" bentaknya lagi.

"Khai, dengar dulu aku ca—"

"Kau nak cakap apa? Kau tak buat semua benda tu? Kau tak bunuh Nina? Even if kau tak bunuh dia, kau yang membuatkan dia kena bunuh! Orang-orang tu semua dendam dengan kau! Kita 16 tahun je waktu tu, Ian. Nina is goddamn 15 years old at that moment and her life was wasted for you, an asshole who made everything worse!"

"Khai, please. Dengar dulu aku nak cakap." kata Ian dengan nada yang lirih. Khai menjeling figura jejaka di hadapannya itu dengan raut wajah yang muak dan bosan. "Tolong dengar dulu." kata Ian lagi. Khai hanya mendengus marah. Dia akhirnya mengalah dengan Ian. "Cakap la cepat!" bentaknya.

"You remember Innara, adik Nina? At first kiteorang ingat dia yang bunuh Nina tapi Ayash jumpa a few evidence yang mengatakan Innara tak bunuh Nina. Here you go. It's private and confidential, make sure not to reveal these to the public." Ian menghulurkan sebuah envelope besar yang terisi dengan fotokopi bukti-bukti yang telah pun Ayash jelaskan semalam.

Khai menyambut hulurannya.

"Habis siapa yang bunuh Nina?" soal Khai. "Buat masa ni kiteorang tak tahu lagi. Ayash kata kemungkinan orang tu gunakan Innara sebagai bait. Bila aku dah jumpa pembunuh sebenar Nina, aku akan bagitahu kau as soon as possible, yeah?" Ian berkata dengan nada yang lembut.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now