12

93 17 8
                                    

"Weekend ni birthday Ian. Papa nak buat party untuk dia." kata Tengku Damien. Ahli-ahli yang lain hanya menganggukkan kepala mereka. Mereka sudah terbiasa dengan Tengku Damien yang sering membuat keputusan tanpa menimang baik buruk keputusannya itu.

Awalnya mereka sangat terkejut dengan kedatangan Tengku Damien secara tiba-tiba itu. Dengan pantas Innara disuruh pergi ke small cottage di mana gadis-gadis yang lain berada. Tengku Damien tidak boleh melihat figura gadis itu di rumah. Setidaknya bukan berkeliaran seperti maam besar.

"Seperti biasa, papa akan bawa kerabat diraja yang lain. Jadi kamu semua harus pastikan tiada rusuhan ataupun apa-apa serangan pada hari tersebut." tambahnya. "Party dekat sini ke, pa?" soal Ray. "Tak, papa dah suruh Iman cari satu ballroom yang available. It's a formal party, make sure you guys wear an appropriate clothes." kata Tengku Damien, menyelitkan nama sang setiausahanya yang paling amanah.

"Yes, papa."

"By the way, papa ada berita gembira untuk kamu semua." kata Tengku Damien. "Berita apa papa?" soal Ayden. Dia risau jika Tengku Damien tiba-tiba membawa calon isteri untuk mereka seperti yang dia pernah lakukan sekian dahulu pada Ian. Nasib baik ianya dibatalkan kerana Ian mengugut untuk membunuh calon isterinya itu. Tolonglah jangan buat keputusan untuk menyatukan mereka dengan mana-mana wanita. Mereka tiada masa untuk itu.

"Your favourite girl is here." kata lelaki tua itu tersenyum lebar. "Favourite girl?" Wafiq mengerutkan keningnya. "Baru lima tahun, takkan dah lupa dengan babygirl kesayangan korang tu." Tengku Damien tersengih. "Babygirl? You mean Nisha?" soal Ayden dengan mata yang terbeliak. "Ya, Ayden. Nisha dah on the way datang sini. Korang semua mesti rindu dia kan?" soal Tengku Damien menduga.

Ahli-ahli yang lain melopong mendengar kata-kata Tengku Damien. Ia sememangnya merupakan berita yang baik, namun tidak pada saat-saat seperti ini. Nisha; adik kepada Ayden yang pergi belajar ke luar negara pada usia 18 tahun. Kini gadis itu sudah pun berusia 23 tahun, satu tahun lebih muda daripada Innara. Jika Nisha kembali, pasti dia akan menginap di bilik aslinya iaitu bilik dimana Innara tinggal.

Namun dimanakah Innara akan tinggal selepas ini? Semestinya mereka tidak akan berkongsi bilik. Bayangkan sahaja mereka baru berjumpa, tak mungkinlah mereka rela untuk tinggal di dalam satu ruangan dan sekatil dengan satu sama lain. Ahli-ahli 127 Streets hanya mampu memandang wajah satu sama lain. Ah malapetaka buat mereka semua!

"Papa balik dulu. Papa taknak kamu semua nampak lemah tak bermaya masa party nanti. Senyum dan sapa semua orang. Oh iya! Kali ini papa benarkan kamu semua bawa partner masing-masing. Taknak bawa pun tak apa, papa tak paksa." kata Tengku Damien lagi. Ahli-ahli 127 Streets mengangguk perlahan sebelum dia diiringi Ian keluar daripada rumah agam itu.

"Ah, Ian. Papa tahu kamu simpan perempuan tu dalam rumah ni. Bawa dia sekali. Papa teringin nak berkenalan dengan dia."

Dang it.

-----

"Ha aku dapat enam!" teriak Durra lantang. Buah miliknya dia gerakkan sehingga ia berhenti di sebuah kawasan. "Aku nak beli Mayfair!" katanya tersenyum bangga. "Weh Mayfair tu dahla mahal, jarang ada orang land situ. Buat apa kau nak beli?" omel Nana tidak puas hati. "Eh ini duit aku ke duit kau? Ha diam." balas Durra.

Rozal yang menjadi banker setia mereka hanya melakukan transaksi ke atas kawasan yang telah Durra pilih. Adat bermain Monopoly, pasti ada yang rugi setiap masa. Ianya bergantung pada strategi pemain dan nasib yang berada di dalam tangan pemain sama ada bernasib baik atau bernasib malang. Setakat ini hanya Durra yang banyak membeli kawasan. Dia mempunyai 6 tanah, Aulliya dan Nana mempunyai 4 tanah manakala Innara hanya mempunyai 3 tanah.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now