25

81 11 5
                                    

"Nan, tadi bukan ke kau potong daging kambing? Kenapa tiba-tiba outcome dia chicken chop?" soal Aul. "Haah la, kau pakai black magic ke apa?" soal Rozal pula. Hanan hanya tersengih malu apabila dirinya menjadi perhatian para gadis itu. "Tadi memang aku potong daging kambing, tapi aku baru sedar daging tu cukup-cukup untuk half of us je. So aku tukar menu, chicken chop!" jelas Hanan panjang lebar.

"Buang masa je kau ni! Patutlah lama kau kelentang kelentung dekat dapur tadi! Lain kali kau masak je, portion nanti pandai-pandai la bahagi dua. Kalau lapar lagi, masak la Maggi ke apa!" bebel Aul sebagai yang paling tua diantara mereka. "Oit kak jangan la bebel banyak-banyak, nanti tunang kau lari." celah Sha, menyakat Aul. "Hey Eskandar jangan main okay! Dengan korang je aku bebel macam ni!" balas Aul sebal.

"Kau tengok, Labu pun lari tengok kau bising-bising." celah Durra menahan tawa. Aul menayang muka cemberut apabila seisi rumah mentertawakannya. Awalnya kucing itu sememangnya berada di dekat situ, namun apabila Aul mula membebel, kucing itu akhirnya berlalu pergi. Mungkin tidak tahan mendengar bebelan mak tiri gadis-gadis itu.

"Aisy baru je message aku tadi. Dia kata he have two news to tell us. A good news and a bad news." kata Delilah. "What's the bad news?" soal Picha. "Bad news is, kita kena stand by. Kemungkinan besar lepas diorang balik ni ada a few big projects kita kena handle. So kita kena enjoy our free day while it lasts." kata Delilah, membuatkan para gadis lain merungut.

"Good news pula?" soal Danisha. "kalau yang good news, Aisy kata Ian akan recruit Innara jadi new member special team untuk menggantikan Dy!" kata Delilah ceria. Innara hampir saja tersedak mendengarnya. "Bang Ian nak recruit Innara?" soal Danisha tidak percaya. "Yup! Kenapa, Nisha?" gadis lebih tua itu mengerutkan keningnya. "Quite unbelievable. He's actually stupid." kata Danisha tanpa memandang wajah mereka.

"How so?"

"Tak apa lah. Abaikan apa yang aku baru cakap tadi." kata Danisha seraya mengulum senyuman nipis yang kelihatan seperti sindiran. Danisha kemudiannya meninggalkan meja makan dan terus ke dapur tanpa menghiraukan wajah tertanya-tanya para gadis yang lain. Selepas gadis itu selesai mencuci pinggannya, secara langsung dia mencapai kunci keretanya di atas meja kopi.

"Nisha! Nak pergi mana?" soal Sha. "Aku nak balik rumah korang. Tak sanggup nak tinggal dengan langau macam dia ni." balas Danisha dengan jelingan tajam buat Innara. "Nisha, apa salah Kak Nara?" soal Innara lirih. "Ada yang nak ikut ke?" Danisha bertanya lantang, mengabaikan soalan Innara. Mata bertemu mata, tidak tahu apa yang harus mereka jawab.

"Aku ikut. Aku nak organize barang-barang aku." celah Irdina. "Aku tunggu dalam kereta. Cepat sikit." kata Danisha sebelum figuranya hilang di sebalik pintu utama rumah agam itu. Irdina menghantar Innara wajah simpatinya sebelum gadis itu menghilang ke dapur. Gadis-gadis yang lain hanya mampu mendiamkan diri, tidak berani ingin menyampuk.

"Apa salah aku dengan Nisha?" soal Innara kesal. "Nisha memang susah nak rapat dengan orang yang dia baru jumpa. Sabarlah, Nara. Nanti seminggu dua mesti dia okay." balas Aul dengan lembut. "Nisha ni pun satu. Biadab betul!" kata Durra tidak puas hati. "Nisha kan keras kepala. Tabahlah sahabat." sampuk Delilah. "Lama-lama nanti dia cool lah tu." sampuk Hanan pula.

"Adik dengan abang macam kembar. Copy paste personality betul!" kata Picha dengan tawa kecil, ingin menjernihkan suasana. "Eloklah tu, Ayden dengan Danisha dua-dua sekepala." celah Rozal pula. "Cheer up la, Nara. Buat bodoh je." kata Sha. Innara hanya mengangguk perlahan. Makan malam mereka diteruskan Walaupun suasana bertukar agak janggal.

-----

"Mana yang lain?"

"Don't worry, diorang dah ready." balas si gadis dengan senyuman manis. Khai membalas senyuman gadis itu dengan senyuman sinis. "Very well. Let's get this done with, shall we?" duga Khai. "Lead the way, sir." balas Drynna seraya menggalas beg kecil. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke sebuah kereta yang terparkir betul-betul di sudut ruangan gudang.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now