11

96 17 22
                                    

Adam hanya memerhatikan target yang sedang memesan minuman di kaunter pesanan dari jauh. Gadis itu memakai sehelai blaus putih, jeans biru dan wedges berwarna nude berserta dengan beg tangannya yang juga berwarna nude. Adam menyisip matcha frappe-nya sambal menunggu waktu yang sesuai untuk beraksi.

"Adam, now."

Setelah mendengar arahan Ayden, Adam menarik keluar earpiece-nya supaya tiada yang akan mengesyakinya. Jejaka itu berdiri dan langsung berjalan bertentangan arah dengan si gadis yang kelihatan sibuk dengan telefon bimbitnya. Dia dengan sengaja melanggar gadis itu dan air mereka akhirnya tertumpah pada satu sama lain.

"Oh my god!"

"Cik, saya minta maaf! Cik okay?"

Gadis itu mengibas-ngibas bajunya yang sekarang sudah bercorak hijau perang, hasil daripada tumpahan matcha frappe Adam dan hot chocolate-nya. Mulutnya terkumat-kamit mengomel tentang bajunya yang telah pun kotor. "Saya minta maaf sangat-sangat, cik!" kata Adam dengan cemas. "Takpe takpe, saya pun minta maaf." balas si gadis.

"Cik punya baju ni dah kotor sangat. Saya belanja cik baju baharu lah." pelawa Adam. "Eh takpe takpe saya cuci pakai air, hilang lah nanti." balasnya. "Cik, baju cik ni putih. Basuh pakai air banyak mana pun mesti nampak kesan." kata Adam. "Lagipun salah saya jalan tak tengok depan. Saya ikhlas nak tolong cik." tambahnya.

"Tapi—"

"Boleh la cik. Takkan cik nak jalan dengan baju kotor macam ni? Serba salah saya." dia membuat muka simpati. Gadis itu terdiam sebentar sebelum akhirnya mengangguk. "Tapi tak perlu mahal-mahal. T-shirt biasa pun takpe." katanya. "Kita pergi FOS lah kalau macam tu. Tak mahal dan tak murah." Adam tersenyum manis. Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya.

Mereka berdua berjalan ke stor pakaian itu dengan pakaian yang telah pun kotor. Air Starbucks mereka dibuang begitu sahaja memandangkan malapetaka telah berlaku. Pada mulanya, pekerja stor pakaian itu tidak membenarkan mereka masuk namun setelah dijelaskan situasi mereka, pekerja tersebut akhirnya mengalah.

"Nama cik apa?" soal Adam. "Saya Adellia." jawab si gadis. "Adellia? Sedap nama cik. Saya Adam." balasnya seraya tersenyum manis lagi. Adellia hanya merespon dengan senyuman tipis. "Awak panggil saya Adel je lah, tak perlu nak bercik-cik dengan saya." si gadis itu berkata. "Okay, Adel." balas Adam.

Mereka berdua melihat-lihat pakaian yang diperagakan oleh mannequin-mannequin itu. Sudah tentu harganya juga mereka lihat supaya ianya tidak melebihi bajet yang mereka peruntukkan. "Adel, awak ambil baju ni lah. Mesti comel kalau awak pakai." kata Adam yang memegang sehelai blaus berwarna kuning bermotifkan bunga.

" kata Adam yang memegang sehelai blaus berwarna kuning bermotifkan bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ye ke cantik kalau saya pakai?" soal Adellia menduga. "Iya, mesti cantik. Cuba awak try." Adam menghulurkan blaus itu pada Adellia. Gadis itu dengan senang hati menyambutnya. "Awak tunggu sini, saya try dulu dekat fitting room." kata si gadis sebelum bayangannya hilang dari pandangan Adam.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now