Malam itu hening dan sunyi. Tidak seperti kebiasaannya, para penghuni rumah agam itu tertidur pulas dengan awal. Selalunya mereka akan melelapkan mata pada pukul 2 hingga 4 pagi. Namun malam itu, entah kenapa pada pukul 1 pagi kesemua mereka sudah pun merehatkan mata.
Jam menunjukkan pukul 3:21 pagi. Kesemua mereka tertidur pulas melayari mimpi yang alangkah indah dan terasa seperti realiti. Namun tidak buat Ian.
"Kau bertiga tengok betina ni! Betina ni yang kau panggil mama? Betina yang dah tikam belakang aku, jatuhkan kumpulan aku semata-mata cinta buta dia dekat jantan ni?!"
Ian teresak-esak melihat mamanya diikat dengan ketat oleh papanya sendiri. Mama yang sering meluangkan masa bersamanya, mama yang sering menasihatinya tentang erti kata kehidupan, mama yang sentiasa menghiasi raut wajahnya dengan senyuman— sekarang raut wajah mamanya hanya dihiasi air mata dan kesan deraan.
"Aku paling pantang dengan manusia yang tikam belakang aku! Lagi-lagi yang tikam belakang aku tu kau, bini aku sendiri!" papa Ian menengking kuat. Tiga beradik itu hanya mampu tersedu-sedan melihat adegan di hadapan mereka.
"Kau tahu kan apa aku buat dengan orang yang tikam belakang aku? Kau mesti tahu kan, sayang?" papa Ian mengelus lembut pipi mamanya sedangkan mamanya sudah pun menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia cuba meloloskan diri namun dia juga tahu usahanya sia-sia.
Papa Ian ketawa besar. Tangannya menyeluk pistol yang disisipkan pada poket belakang seluarnya. Mama Ian dan lelaki asing itu sudah pun meracau-racau meminta belas kasihan papanya. Namun papanya itu seorang ketua mafia. Sifat belas kasihan itu tiada di dalam dirinya.
"Aku start dengan kau dulu lah."
Papanya berjalan mendekati lelaki asing itu, lelaki yang telah mengusik hak miliknya. Dia menyeluk sesuatu di dalam poket hadapannya yang kemudiannya membuatkan lelaki itu semakin takut. Lelaki itu meraung saat pisau tajam di tangan papa Ian ditusuk ke dalam paha kanannya. Papa Ian hanya tersenyum puas mendengar raungan kesakitannya.
"Sakit eh? Aku tidurkan kau sekarang lah."
BANG!
Tanpa apa-apa lelaki itu ditembak tepat di dalam mulutnya. Ya, papa Ian menyumbat mulut pistolnya ke dalam mulut milik lelaki itu lalu menekan picu.
"Sekarang, your turn, sayang."
Air mata yang bercucuran tidak mampu mematahkan sikap kejamnya. Ia malah membuatkannya lebih puas melihat betapa lemahnya sang lawan di hadapannya.
"Aku sayang kau sangat-sangat. Tapi apa kau buat? Kau tipu aku! Selama ni anak yang aku jaga tu bukan anak aku! Ayash bukan anak aku kan? Haha, aku tahu. Kau fikir ketua mafia macam aku ni bodoh? Jangan ingat sebab kau tu bini aku, aku butakan sahaja apa yang kau dah buat!"
![](https://img.wattpad.com/cover/284794020-288-k351489.jpg)
YOU ARE READING
127 Streets [discontinued]
RomanceRuthless. Life full of lies. 127 Streets, dianggotai oleh 10 jejaka tampan tapi tak berperikemanusiaan dan diketuai oleh Tengku Adrian Hafiy, jejaka yang paling menawan di antara mereka. Setiap satu daripada mereka mempunyai kisah pahit mereka sendi...