13

110 15 8
                                    

Pagi itu hanya dihiasi dengan keheningan suasana. Masing-masing masih terkesan dan tertanya-tanya dengan kata-kata Danisha semalam. Ahli-ahli 127 Streets masih memikirkan apa yang dimaksudkan gadis itu manakala Innara hanya mampu mendiamkan dirinya. Danisha sudah tidak ada di sana memandangkan gadis itu pergi meninggalkan rumah agam mereka dengan cepat pada malam itu.

"Mana Rish dengan Wafiq?" soal Ian. Hanya ada mereka berlapan di meja makan itu kerana Innara sudah pun berlalu pergi ke garden setelah dia habis sarapannya. "Tak bangun lagi la tu." kata Ayden bersahaja. Dia mengigit roti bersalut Nutella yang Ayash dan Niel sediakan.

"Tak bangun lagi? Kan aku dah ingatkan diorang yang kita kena keluar awal hari ni. Nak pergi fitting baju." kata Ian tidak percaya. Dia mengeluh buat seketika, memicit pelipisnya. "Relax, Ian. Leave them to me. Tahu lah aku nak buat apa Nanti." celah Ray. "Aku kerjakan Afiq, kau kerjakan Rish." kata Aisy. Mereka tersenyum sinis memikirkan apa saja yang akan mereka lakukan pada dua jejaka itu.

"Kita fitting baju ni ajak Innara sekali ke?" soal Adam. "Tak. Nanti girls yang lain akan datang, diorang yang akan bawa Innara." balas Ian. Adam hanya mengangguk faham, tidak bertanya apa-apa soalan lagi. "Kau nak bawa kereta apa?" soal Niel pula. "Kita separate lah, lima lima. Aku, Ray, Rish, Adam dengan Josh and kau, Ayden, Aisy, Ayash, Fiq." kata Ian, memecahkan mereka dalam kumpulan.

"Okay."

"Aku nak bawa Range Rover." kata Niel, merujuk kepada Range Rover Evoque miliknya yang berwarna putih. "Oh okay then. Kalau macam tu aku bawa Tesla." balas Ian. "Tesla Roadster ke Model X?" soal Ayash. "Model X lah. Takkan nak bawa Roadster. Korang nak ke bersempit-sempit dekat seat belakang?" soal Ian memerli. Ayash menjeling si abang.

"Aku tanya je kan?"

"Nanti macam mana girls tu nak bawa kereta?" sampuk Josh. "Picha kan ada dengan Durra kan ada. Semalam Picha kata dia pergi dengan Lilah, Hanan dengan Sha. Durra tak cakap apa-apa pula dekat aku." jawab Ian sedikit ragu-ragu. "Habislah, Picha dengan Durra tu kalau bawa kereta macam nak cabut nyawa." Ayden ketawa. "Eh kau ni mulut aku jahit nanti baru tahu!" Ayash menampar bahunya.

"Betul apa? Hari tu masa Ian suruh aku teman Durra dengan Nana beli grocery, kau tahu tak Durra bawa kereta tu macam nak drift? Aku yang takut dengan diorang." kata Ayden dengan bersungguh-sungguh. "Aku faham, Den. Hari tu aku teman Lilah dengan Picha pergi skincare clinic, pergh kau tahu Picha bawa macam nak loose daripada polis? Laju gila siot!" celah Aisy.

"Diorang bawa berapa selalu?" soal Ian. Dia tidak pernah tahu berapa laju gadis-gadis itu bawa kereta. "Durra dengan Picha selalu bawa 150km/j. Kadang naik sampai 160km/j. Kalau Lilah perlahan sikit, 120km/j." jelas Ayden. Ian tersedak nasi gorengnya yang dia sendiri masak.

160km/j? Laju tu!

"Weh diorang nak mati ke apa?" soal Josh. "Itu lah tu aku cakap. Diorang bawa kereta macam nak jumpa malaikat maut. Aku yang takut ajal datang mendekat!" kata Ayden mengeluh. Dia masih teringat traumanya ketika menaiki kereta bersama dengan Durra dan Nana. Sungguh menakutkan!

"Better kau bagitahu Durra jangan speed. Aku risau Innara kejung naik dengan dia nanti." kata Adam. Ian menganggukkan kepalanya. "Aku risau diorang jumpa malaikat maut betul-betul je." sampuk Ray. "Kau ni sama je macam Ayden. Mulut tu cuba filter sikit!" Ayash menampar bahu Ray.

"Tak tapi betul la aku cakap!"

"Ye memang betul tapi kata-kata itu satu doa!"

"Aku tak doa pun!"

"Ish memang lah tapi ka—"

"Dah dah sekarang ni kita kena fokus dekat party tu nanti." kata Ian, meleraikan perbalahan mulut mereka. "Aku kena berpura-pura jadi Tengku Ayash Mikail lagi lah ni." Ayash mengeluh perlahan. Walaupun dia tidak mempunyai gelaran Tengku, orang awam tidak mengetahuinya kerana rahsia itu ditutup rapat oleh Tengku Damien. Tiada siapa yang tahu Ayash bukan anak kandung Tengku Damien, maka dia harus menjadi Tengku Ayash Mikail pada malam itu.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now