Dua hari berlalu selepas hari di mana tiga sekeluarga itu berjumpa dengan Tengku Damien. Ayash sudah pun berusaha sehabisnya untuk mencuba mencari bukti-bukti yang kukuh dalam kes serangan yang berlaku di rumah agam itu, namun dia sering kali gagal.
"Bila barang kita boleh sampai?" soal Ray. Seperti biasa, dia bersama dengan sniper kesayangannya, mengelap si sniper dengan penuh kasih dan sayang. "Hanan kata dalam empat hari boleh dapat la. Barang kita diorang baru nak ship. So it takes time a bit." balas Adam.
"Kenapa? Kau dah tak sabar nak pegang sniper baru ke? Dah tak sayang dengan sniper kesayangan kau tu?" soal Ayden bertubi-tubi. "Bukan lah, taik! Aku nak tukar sniper baru. Aku dah guna sniper ni dekat 2 bulan dah. Teringin jugak nak try new launched model." balas Ray.
"Yash, kau dapat apa-apa information baru pasal kematian Nina?" soal Ian. "Oh ya! Aku jumpa beberapa bukti yang kukuh yang menunjukkan Innara tak bunuh Nina." kata Ayash. Dia berlalu ke biliknya di lantai atas sebelum turun bersama dengan sebuah dokumen.
"Kalau kau tengok dekat post-mortem result Nina, the type of bullet yang penetrated through dada dia is 10mm bullet. Aku boleh agak yang pistol yang digunakan might be Glock 20. Tapi, pistol yang ada dekat tangan Innara time tu adalah Glock 17 which the bullet have to be 9×19mm."
"Bukan ke dia pegang pisau time tu? Kenapa tiba-tiba ada gun existence pulak ni?" soal Josh. "Ini yang aku nak spill ni. Cuba jangan menyampuk bila orang tua cakap." Ayash menjegilkan matanya. Josh mengeluh pendek, mengomel dalam diam.
"Polis ada interrogate Innara and dia mengaku dia tak bunuh Nina. Dia pergi ke dapur dan dia memang nampak Nina terkujur atas lantai. As a kid, dia dengan refleks tarik keluar pisau tu, which she shouldn't do. Nasib baik pendarahan dapat dihentikan since ambulance sampai tepat pada masanya. Polis pun ada jumpa cap jari lain yang bukan milik Innara pada pisau tersebut. Ini bukti daripada apa yang aku sampaikan tadi."
Ayash menunjukkan bukti rakaman polis yang sedang menyoal siasat Innara yang pada masa itu berumur 12 tahun dan juga gambar pisau yang telah pun menikam Nina berserta dua gambar cap jari di sebelahnya, satu milik Innara dan satu lagi masih belum dapat disahkan.
"What about the gun thing?"
"Nina spend about 2 weeks dekat hospital. Lepas je Nina keluar hospital, dalam hari ketiga dia tinggal semula di rumah tu, ada kegiatan pecah masuk yang terjadi. Pada masa itu lah Nina ditembak dekat dada. Pistol Glock 17 diorang tinggalkan sebelah Innara yang pada masa itu kepalanya dihantukkan dekat dinding."
"So you mean diorang sengaja gunakan Innara sebagai bait untuk menjadi orang yang dituduh membunuh Nina?" soal Aisy. Ayash menepuk tangannya sekali, tersenyum lebar. "Yes, that's what I meant by it. Look, there's the evidence as well." katanya.
Ayash menunjukkan bukti laporan hospital atas nama Ammara Husnina, rakaman CCTV di pintu utama rumah yang menunjukkan dua orang lelaki berpakaian serba hitam dan juga gambar Innara dan mayat Nina yang diambil oleh pihak polis sewaktu rumah itu diserbu.
"Let me guess, Innara hilang ingatan?" Rish meneka. "Yup. Innara menghidapi post-traumatic amnesia which happened because of the hentakan kuat. That is why Innara tak ingat Nina dan tak ingat apa-apa yang berlaku." balas Ayash.
Ian hanya menganggukkan kepalanya.
"Mana kau tahu semua benda ni?" soal Ayden. "Aku rasuah pihak hospital hehehe!" Ayash tersengih. "Lah kau!" Ian membeliakkan matanya. "Aku ambil masa dalam 2 tahun mencari dan menggeledah maklumat tentang diorang berdua. Alhamdulillah aku dah berjaya!" Ayash tersenyum senang.
YOU ARE READING
127 Streets [discontinued]
RomanceRuthless. Life full of lies. 127 Streets, dianggotai oleh 10 jejaka tampan tapi tak berperikemanusiaan dan diketuai oleh Tengku Adrian Hafiy, jejaka yang paling menawan di antara mereka. Setiap satu daripada mereka mempunyai kisah pahit mereka sendi...