17

86 14 6
                                    

[jgn lupa play lagu kat bawah tu 👩‍❤️‍💋‍👨]

"Aku mengantuk." kata Josh. "Aku pun. Malam tadi kan kita semua tidur pukul 5 pagi." balas Niel. "Itu lah, tidur lagi lambat-lambat." sampuk Danisha memerli. "Diam lah kau, dik." bidas Ayden seraya menjeling figura gadis itu. "Sekarang acara apa?" soal Nana. "Lucky draw." balas Durra pendek. "Kita dapat join jugak ke?" soal Irdina. "Tak, ini semua tetamu biasa sahaja. VVIP tak terlibat." balas Ayash. Irdina menganggukkan kepalanya.

"Hanan, pergi lah buat kerja kau." kata Ray. "Kerja aku?" Hanan mengerutkan dahinya. Sebuah kamera DSLR dihulurkan kepadanya. "Pergi ambil gambar. Itu kan speciality kau." kata Rish. "Serious lah?" Hanan membulatkan matanya. "Serious. Pergi ambil gambar lepas tu duduk balik dekat sini." balas Rish.

"Ada upah tak?"

Kembar itu terdiam mendengar soalan Hanan. "Kau ni kalau aku tembak kau ha sia-sia hidup!" kata Ray mengetuk kepala gadis itu. "Shh! Cakap tu pandang-pandang la sengal!" Adam mengetuk kepala Ray pula. Hanan yang tadinya ingin marah tiba-tiba ketawa. "Thank you, Adam!" katanya. Dia gembira Adam telah pun mewakilkannya untuk mengetuk kepala Ray kembali.

"Takde upah la, kalau nak minta papa. Dia yang suruh kiteorang suruh kau ambil gambar." kata Rish. Hanan menganggukkan kepalanya seakan-akan gadis polos. "Aku kena ambil gambar je kan?" soal Hanan. "Iye, Hanan sayang. Nah ambil ni." jawab Rish yang masih menghulurkan kamera itu kepada si gadis. Hanan tersenyum sebelum menyambut huluran jejaka itu.

Dengan langkah penuh yakin, gadis itu berdiri di hadapan pentas, sudah bersedia dengan kameranya. Bisikan-bisikan tetamu yang tertanya-tanya dia abaikan. Bayangkan saja seorang gadis bergaun cantik memegang kamera dan berdiri di hadapan pentas. Ianya pasti menarik banyak perhatian. Pujian-pujian juga Hanan hanya balas dengan satu senyuman tersipu malu.

"Sebelum kita tamatkan majlis kita pada malam ini, kita akan mengadakan satu acara lucky draw buat para tetamu. Di bawah kerusi tuan-tuan dan puan-puan ada nombor dan Tengku Adrian akan mencabut nombor untuk sepuluh hadiah yang kita sediakan, Tengku Ayash akan mencabut nombor untuk lima belas kupon makan dan Tengku Damien akan mencabut nombor untuk lima set wang tunai. Tuan-tuan dan puan-puan boleh tengok nombor apa yang ada di bawah kerusi."

Apabila para tetamu sudah bersedia dengan nombor mereka, Tengku Damien naik ke atas pentas dengan senyuman yang sangat lebar. "Kita akan mulakan dengan wang tunai, ya!" kata Syaza. Tengku Damien menyeluk ke dalam kotak berisi bebola ping-pong dan satu bola ditarik keluar. "Nombor 29!" laung Syaza dengan ceria.

Satu figura lelaki sebaruh baya naik ke atas pentas dan bersalaman dengan Tengku Damien. Lelaki itu tersenyum gembira menghadap kamera yang Hanan pegang. Selepas shutter ditekan, lelaki itu menunduk hormat kepada Tengku Damien sebelum turun dari atas pentas. Prosedur itu diulang buat empat kali lagi sebelum Tengku Damien juga turun dari atas pentas.

"Baiklah, seterusnya saya menjemput Tengku Ayash Mikail untuk mencabut nombor untuk kupon makan!" laung Syaza lagi. Ayash naik ke atas pentas, sutnya dibutang satu sebelum dia berdiri tepat di hadapan kotak berisi bola ping-pong itu. "Tengku dah ready?" soal Syaza. Ayash menganggukkan kepalanya sebagai respon. Satu tangan dihulur ke dalam kotak dan nombornya dibaca.

"Nombor 72!"

"Nombor 196!"

"Nombor 175!"

"Nombor 121!"

Lima belas nombor Syaza laungkan dan para pemenang semuanya naik ke atas pentas dan menuntut hadiah mereka. Ada di antara mereka yang merupakan gadis muda, wanita tua, lelaki muda, lelaki tua dan kanak-kanak juga. Masing-masing tersenyum melihat kamera untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Ada juga di antara mereka yang mengajak Ayash ikut serta di dalam gambar itu. Macam-macam kenerah tetamu pada malam itu. Semuanya lucu-lucu belaka.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now