20

110 13 10
                                    

Malam itu, Ayash telah membuat keputusan untuk tinggal di hospital untuk menemani Ian. Para gadis dan beberapa jejaka 127 Streets yang lain pula sudah pun pulang ke rumah agam mereka beberapa minit yang lalu memandangkan mereka mempunyai beberapa perkara yang urgent yang perlu mereka siapkan, lantas meninggalkan Niel, Ayash, Ayden, Josh dan Wafiq di hospital.

Jejaka-jejaka ini sememangnya sudah ke ruangan bawah tanah hospital sepuluh minit yang lalu, namun Niel dengan cuainya tertinggal kunci keretanya di ruangan Ian. Mahu atau tidak, dia harus kembali ke ruangan Ian seorang diri untuk mengambil kunci tersebut. Jikalau tidak, mereka tidak boleh pulang ke rumah agam mereka.

"Cuai betul kau ni." kata Ian. "Nak buat macam mana, aku terlupa." balas Niel. "Diorang semua dekat basement la ni?" soal Ayash. "Haah. Masing-masing tunggu dekat luar kereta." jawab Niel. Kunci kereta di atas sofa dia capai. "Aku cau dulu." katanya pendek. "Bye, Niel." kata Ayash seraya melambaikan tangannya. "Take care, bro!" kata Ian pula. Niel hanya mengangkat tangannya kepada dua orang rakannya itu sebelum dia keluar dari ruangan Ian.

Saat dia sedang berjalan berseorangan di koridor yang sunyi itu, seseorang menegurnya dari belakang. Langkah Niel terhenti dengan mendadak. Suara itu, suara yang tidak asing lagi buatnya. Suara yang sudah lama dia tidak dengar. Perlahan-lahan dia berpaling dan tentu saja, Niel terkedu.

"Ashraf Daniel, am I right?"

Niel hanya berdiri seolah-olah terpaku di hadapan gadis itu. Tiada apa-apa kata yang dia lontarkan, jejaka itu hanya mendiamkan dirinya. Gadis yang sudah lama dia tidak temui. Mungkin sudah belasan tahun, Niel sendiri tidak pasti. Yang dia pasti, gadis itu tidak pernah berubah. Masih saja sama raut wajahnya itu. Gadis itu masih lagi cantik, masih seperti dulu.

"Kau ingat aku lagi kan?" soal si gadis yang memakai uniform hospital itu. Niel masih saja terpaku di hadapan si gadis. "Lama aku tak jumpa kau. What are you doing here?" soal si gadis. Sama seperti tadi, tiada jawapan mahupun balasan daripada Niel. Saat si gadis ingin mendekatinya, Niel berundur ke belakang. Senyuman di wajah gadis itu langsung pudar melihat Niel yang sepertinya ingin menjauhinya.

"Mama kau sek—"

"I gotta go."

Niel tanpa teragak-agak mengangkat kakinya dari situ, meninggalkan si gadis yang terpinga-pinga. Saat dia masuk ke dalam perut lif, dia mengurut pelipisnya. Sungguh dia tidak sangka dia akan bertemu dengan gadis itu setelah belasan tahun lamanya. Gadis yang sentiasa bersamanya di kala suka dan dukanya di waktu kecil dahulu.

"Kenapa sekarang kau nak muncul, Subak?"

-----

Perjalanan mereka pulang ke rumah teramatlah sunyi tanpa ada iringan muzik dari radio mahupun suara mereka. Niel hanya fokus pada pemanduannya, Ayden meliarkan matanya pada pemandangan di luar, Josh membaca buku atas talian manakala Wafiq hanya melayari Instagram.

Ayden diam-diam memerhatikan gelagat Niel yang tak normal. Sejak dia kembali dengan kunci kereta, Niel kelihatan kekok dan seperti memikirkan sesuatu. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan mereka sudah hampir 3 kali Niel tersilap masuk simpang. Jejaka itu juga tidak berkomunikasi dan berceloteh dengan mereka seperti sebelumnya.

Ada sesuatu terjadikah?

"Kau kenapa? Muka kau cemberut je dari tadi." Ayden melontarkan pertanyaannya. Niel tersentak buat seketika. Pemanduannya juga seolah-olah terganggu sehinggakan kereta belakang membunyikan hon kereta akibat Niel yang secara tiba-tiba memperlahankan kereta. Josh dan Wafiq yang tadinya tidak menghiraukan Ayden dan Niel terus mengangkat wajah.

"Bro, kau kenapa ni? Cuba cerita. Kau ada gaduh dengan Ayash or Ian ke?" soal Wafiq pula. "Pull up, Niel. You gotta tell us what happened." kata Josh. Niel memberhentikan keretanya di tepi jalan, mengikut kata-kata Josh sebelum wajahnya diraup perlahan. Nafas berat juga dia hela, menunjukkan bahawa dia sememangnya berada dalam keadaan terganggu.

127 Streets [discontinued]Where stories live. Discover now