Ian, Ayash dan Ayden menuruni tangga bersama-sama dan tanpa berkata apa-apa, mereka keluar dari rumah. Kereta Tesla dipilih sebagai kereta yang akan berkhidmat untuk mereka pagi itu. Dengan Ian yang memandu, mereka bergerak ke headquarter mereka, iaitu sebuah villa persendirian milik tak lain dan tak bukan si lelaki yang telah memusnahkan hidup mereka.
Tengku Damien Iskandar.
Pengawal peribadi Tengku Damien menunduk hormat apabila mereka melihat tiga tuan muda keluar dari perut kereta. Muka mereka ketat, tiada senyuman yang terukir di bibir mereka. Mereka berjalan melepasi barisan pengawal peribadi Tengku Damien dan terus masuk ke dalam villa.
Itu dia.
Tengku Damien sedang bersarapan di meja makan seorang diri sambil membaca akhbar pagi disininya. Tipikal karakter bapa-bapa yang jahat dan selfish dalam sebuah novel atau cerpen. Ian menjelingkan matanya sambil mengeluh. Papanya sepertinya tidak menyedari kehadiran mereka.
"Duduk semua."
Oh dia sedar.
Ian, Ayash dan Ayden mendekati Tengku Damien dan duduk bersamanya di meja makan. "Nurul, ambilkan pinggan buat mereka." arah Tengku Damien kepada pembantu rumahnya. "It's okay, papa. We're here just to send you the report." kata Ian sambil menghulurkan sebuah dokumen kecil kepada papanya.
"What is this report for?"
"Serangan dekat rumah lama 2 hari yang lalu." jawab Ayden. "I see." kata si tua. Dia membelek-belek dokument yang Ian hulurkan, membaca segala intisari laporan itu. "Lilah yang tulis tapi Ian dah approve report tu." kata Ian. Papanya hanya menganggukkan kepalanya.
"So only Rish and Adam is injured?" soal Tengku Damien. "Ada dalam 7 of our guards also injured." balas Ian. "No casualties from our side?" soalnya lagi. "Only one." balas Ian. Papanya menganggukkan kepalanya lagi.
"So dah tahu siapa yang serang?"
"Buat masa ni belum. Ayash masih tengah siasat siapa yang serang. Tapi Ayash syak ini kerja Khai sebab Blackwing baru je cuba untuk pecah masuk our warehouse before the attack. But I'll continue on searching for more evidence." kata Ayash.
"Takkan cari pelakunya pun ambil masa? Susah ke? Kau identify mayat tu lepas tu kau cari identiti dia! Kenapa lambat sangat buat kerja?!" jerkah Tengku Damien. Ketiga-tiga jejaka itu terkejut mendengarkan perubahan intonasi dalam suara Tengku Damien.
"Sorry, papa— Tengku."
"Kau cuba jadikan diri tu berguna dalam team. Kau daripada kecil sampai ke besar menyusahkan aku je! Perangai sama macam mak kau. Menyusahkan!" rengus Tengku Damien. "Patut aku bunuh je kau macam aku bunuh mak kau dulu!" sambungnya.
"Papa!"
"Pa, bukan salah Ayash. Kiteorang memang dah identify mayat-mayat tu tapi diorang memang tiada apa-apa information berkaitan any mafia team. Similarities pun kiteorang tak jumpa. Kiteorang janji in less than a week kiteorang cari siapa dalang di sebalik serangan tu." kata Ayden, membela sepupu tirinya.
"Fine. Cari sampai dapat. Kau Ayash, kau private investigator team ni bukan saja-saja. Aku yang tampung kos belajar kau dekat Australia, jangan hampakan aku." Tengku Damien berkata dengan tegas. Ayash hanya menganggukkan kepalanya.
"Anything else, boys?"
"No, papa." jawab Ayden. "So are you guys staying for breakfast or are you leaving?" soal Tengku Damien. "We're leaving." kata Ian seraya berdiri meninggalkan papanya. Ayden dan Ayash membontoti langkah Ian tanpa memandang ke arah Tengku Damien lagi.
YOU ARE READING
127 Streets [discontinued]
RomanceRuthless. Life full of lies. 127 Streets, dianggotai oleh 10 jejaka tampan tapi tak berperikemanusiaan dan diketuai oleh Tengku Adrian Hafiy, jejaka yang paling menawan di antara mereka. Setiap satu daripada mereka mempunyai kisah pahit mereka sendi...