Kalau jodoh tak ke mana.
Kalau ajal nak lari ke mana?
Allah berfirman :
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ اَجَلٌۚ فَاِذَا جَاۤءَ اَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُوْنَ سَاعَةً وَّلَا يَسْتَقْدِمُوْنَ
Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun.
(Surah Al-A'raf : 34)
Jangan tunggu kita ada lapang baru nak luang masa dengan Allah, tetapi carilah ruang untuk luang masa dengan Allah.
.
.
.
Rasa sentap?
Ya, aku juga begitu.
Mungkin rasa sentap itu teguran dari Tuhan.
Supaya tak terus tenggelam dengan nikmat yang diberikan. Dalam dunia yang sangat mengasyikkan.
Mungkin Tuhan mahu berikan perhatian,
Agar diri tidak terus kesunyian.Mungkin Tuhan mahu berikan kita belaian,
Dengan Rahmat-Nya yang seluas lautan.Tapi, jika datang teguran kasih sayang-Nya pun kau biarkan, macam mana nak capai ketenangan?
.
.
.
Allah tak perlukan kita. Tapi kita yang perlukan Allah.
Allah tak tengok rupa kita, tapi Allah tengok di mana?
Di hati kita.
Perasan tak? Sebab apa kadang-kadang hati kita rasa kosong?
Mungkin Allah nak gerakkan hati kita untuk isi rasa kosong tu dengan sujud kepada Nya.
Allah itu sangat dekat dengan kita. Cuma kita tak perasan.
Cuma pesanan, sama-sama kita muhasabah.