Wahai Allah.
Pandulah hamba-Mu ini yang sedang terumbang-ambing dalam hidupnya.
Salurkan dirinya kekuatan daripada diri-Mu Yang Maha Kuat.Wahai Allah,
Bantulah hamba ini dalam menongkah arus perjalanan ilmu ini,
Supaya dia terus tegak berdiri,
Tidak jatuh tersungkur menyembah bumi,
Agar dia sentiasa tajdidkan niat dalam diri,
Bahawa apa yang dia sedang lakukan ini,
Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana-Mu Ilahi.Pandulah kami,
Agar sentiasa berada di tempat yang benar lagikan bermanfaat ini.
Jangan sibukkan kami dengan perkara yang tidak berfaedah saban hari,
Sedarkan kami tatkala merasa hati sunyi daripada zikir saban hari,
Ingatkan diri kami bahawa kami perlu berselawat setiap hari.Jangan lupakan kami, Tuhan.
Ingatkan kami, Tuhan.
Sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri.
Dengan noda dosa yang tercalit di hati.
Bantulah kami agar dapat dipadam dosa itu seiring dengan air mata taubat di sisi.
Ingatkan kami, Wahai Allah.
Kerana kami manusia sering bersikap lupa.Ampuni kami. Maafkan kami. Rahmatilah kami, wahai Tuhan sekalian alam.
-nuhais
2.10.2024