37 | TAUSIYAH MAJLIS MAULID

10 3 0
                                    

USTAZAH DURRAH BENYAHYA II 8 SYAABAN 1443H | TAUSIYAH MAJLIS MAULID

TAJUK: PENAWAR BAGI HATI

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada kecantikan kamu, tidak melihat jasad kamu tetapi Allah melihat hati kamu."

Hati ialah wadah (tempat) yang Allah lihat. Kecantikan kita hanya ciptaan yang Allah cipta yang sudah tentunya 'perfect'.

Yang Allah nak lihat hanyalah hati.

Yang menguruskan hati ialah kita, adakah hati kita ini penuh dengan dunia atau akhirat.

Hati kita mudah berubah-ubah kerana itu dipanggil al-qolbu. Hati ini sifatnya mudah dibentuk, jika tidak dibentuk ia akan menjadi keras. Bila hati kita keras, hati kita sedang mengalami masalah.

Punca datang segala penyakit yang menghidap hati manusia. Jika tidak dirawat, maka hati kita tadi membentuk karakter hamba tersebut.

Akhirnya jika tidak dirawat, hati akan mati. Ini musibah yang besar. Tanda hamba tersebut jauh daripada Allah.

Dalam ilmu tasawuf, hati ialah kunci utama hamba berjalan kepada Allah. Lebih 100 kali Allah sebut tentang hati dalam Al-Quran.

Kerana hati ini sangat penting sehingga Allah rakamkan dalam Al-Quran lebih banyak berbanding amalan lain.

Hadis Nabi ﷺ menyebut, "Sesungguhnya dalam jasad manusia ada seketul daging, seketul daging (hati) ni baik, maka baiklah keseluruhannya, kalau daging itu rosak, maka rosaklah keseluruhannya. Itulah hati."

Tiada guna solat kita jika tidak membawa hati dalam solat. Semua amalan kita buat tanpa kita memakai hati kita, manfaatnya tidak ada. Jika ada pun manfaatnya, manfaatnya sangat-sangat kurang.

Tengok hati sendiri, jangan tengok hati orang lain. Belek hati kita.

Adakah hati kita ini kotor ke?

Bersih ke?

Sehingga kita sibuk dengan hati kita. Perlu merebut hati yang sejahtera.

"Sesungguhnya hati-hati orang beriman, jika disebut nama Allah. Maka bergetarlah hati-hati mereka."

Inilah hati yang tidak sakit, jika disebut nama Allah. Hati yang bergetar ni bermaksud hati yang takut kepada Allah SWT.

Ada yang belajar tinggi-tinggi, tetapi hanya meninggikan akal.

Tapi nama Allah belum benar-benar dalam hati kita.

Kita perlu mencari satu tempat, satu orang yang boleh mengajarkan kita, yang boleh membina hati kita untuk mengenal Sang pemilik hati.

Hati kita sakit tapi kadangkadang-kadang kita tak tahu yang kita sedang mengalami penyakit hati.

Jika kita tahu hati kita sedang sakit, maka kita berubatlah.

Kalau kita sakit zahir hanya di dunia.

Jika penyakit hati, kita sakit ia akan membawa sehingga kepada Allah Ta'ala.

Kalau boleh kita nak kembali kepada Allah dalam keadaan hati yang bersih. Hati yang bersih sahajalah yang layak masuk ke dalam syurga.

Kadang-kadang kita berzikir, baca Al-Quran, selawat. Kadang-kadang kita tak rasa nikmat, tak rasa kesan. Jika nak tahu hati kita sakit atau tak, masa kita baca Al-Quran, selawat dan zikir. Kita tak rasa apa-apa. Cuma rasa hambar. Itulah tanda hati yang sedang sakit.

Kadang kita ikut majlis ta'alim sana sini, ikut guru sana sini, tetapi dia tak rasa kesan apa-apa pun sehingga dia menyalahkan majlis, guru dan lain-lain. Padahal yang berpenyakit itu hati kita.

Orang yang banyak buat ibadat tapi dia ada rasa riak. Dia melihat orang lain, tetapi Allah tidak melihat ibadatnya kerana hatinya telah rosak. Yang susah dirawat ialah hati daripada orang-orang yang berbuat dosa. Terkadang terlintas dalam hati, maka bersegeralah beristighfar.

Proses membersihkan hati :

1. Takholli : Buang semua sifat-sifat mazmumah. Mujahadah melawan hawa nafsu kita. Bila kita dah buang barulah kita boleh hias dengan sifat mahmudah. Ada orang yang tak buang sifat mazmumah, dia terus masuk majlis zikir, maka akan ada sifat riak, sombong dan lain-lain.

2. Tahalli : Hias hati kita dengan ketaatan, amal soleh. Bila kita berzikir, bertambah cerah hatinya.

3. Tajalli : Manisnya rasa tatkala kita berzikir.

Proses ini perlu melakukan taubat. Bila bertaubat hati akan menjadi bersih dan orang yang bertaubat merupakan kekasih Allah. Orang yang bertaubat seolah-olah tidak ada dosa. Kita lalai dengan Allah, itu pun dosa. Waktu kita solat pun, masih fikir tentang dunia. Maka perlu taubat selalu, istighfar selalu, walaupun kita rasa kita tak buat dosa, tapi sebenarnya kita ada buat dosa.

Sekadar berkongsi,
-nuhais

Semoga beroleh manfaat sebaiknya. 🦋❤

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now