36 | SECEBIS NUKILAN

6 3 0
                                    

Bukannya tidak mahu mengingati,

Tetapi kesibukan selalu menyulubungi diri.

Tidak menyapa bukan bermakna sudah melupakan.

Tidak berhubung bukan bermakna tidak merindui.

Namun biarlah ia hanya tersemat dalam doaku buat dirimu di saban hari.

Biar pun engkau jauh beribu batu,

Namamu tidak pernah luput dari hatiku.

Meski kita tidak dapat berhubung,

Biarlah doa yang menjadi penghubung melalui Dia daripada diriku untukmu.

Walau tidak dapat berjumpa di dunia,

Jika diizinkan-Nya bertemu kita di syurga nan indah tidak terhingga lebih dari segalanya.

Nukilan ini buat dirimu, sahabat.

Semoga suatu hari nanti Tuhan takdirkan kita bertemu, sejak dahulu dirimu yang menghilang tidak dapat dijejak tanpa sebarang khabar. Jika tidak di dunia, di jannah-Nya. Insya-Allah.

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now