Sahabat, jika kamu membaca ini. Aku simpan nasihatmu buat diri di sini. Terima kasih menerima diriku sehingga hari ini. :)
Kadangkala diri kita harus bersembunyi,
Jauhkan diri daripada dunia realiti,
Saat mana diri kau sudah sakit dek duniawi,
Itulah seruan Ilahi mengajak kita untuk mendekati.Allah kasih pada hamba-Nya,
Meskipun kita selalu lupa di kala suka,
Menjauhlah engkau daripada hakikat yang menyakiti ini.Berjalan pulanglah kepada Tuhan, kerana pada-Nya tidak ada sakit.
" Jangan jadikan dunia itu di hati dan letakkanlah sekadar di dalam genggaman tangan."
Hal keduniaan jangan sampai menghalang daripada Allah, tak dak masa dengan Allah.
Sesibuk manapun kamu. Luaskan ruang untuk bersama Allah. Se-kecewa manapun kamu, jangan lupa untuk mengadu pada Allah. Seburuk mana pun kamu, jangan pernah tinggalkan solat. Se-marah mana pun kamu, jangan tinggalkan selawat.
Selawat sambil menghayati,
InsyaAllah ketenangan dirasai❤️Wallahu'Alam.
-nadiah ♡