10 | UJIAN¹

29 9 2
                                    

Tatkala engkau masih belum ditimpa ujian,
Engkau leka dengan nikmat yang diberi Tuhan.

Masih alpa dengan dunia akhir zaman.
Tanpa engkau ingat bahawa adanya Tuhan.

Namun, tatkala engkau ditimpa ujian bertubi-tubi.
Lalu engkau tanya pada diri.

Mengapa aku diuji sebegini?

Namun engkau lupa, itulah hadiah dari Ilahi.
Dia timpakan ujian, tanda Dia mahu engkau kembali.

Sebagai hamba yang disayangi.

Dialah, Allah.

Dia yang selalu mengingatimu.

Dan ingatlah, Dia sentiasa ada.

Saat kamu bersendiri.

Jagalah hubunganmu dengan Allah.

Allah akan menjaga dirimu sebaiknya. 🌹

-nuhais

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now