Terdetik saya ingin kongsikan sesuatu perkara di sini.
Semoga ini dapat membuka mata kita supaya dapat membezakan mana yang baik dan mana yang salah.
Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar, benda yang kita rasa normal dan betul itulah yang salah.
Ada seorang daripada kenalan share kepada saya, sebuah screenshot daripada instagram story kak fynnjamal.
Dan ada juga seseorang berkongsi nasihat kepada saya yang berkaitan juga dengan gambar di atas.
"Sebenarnya, tak kiralah berapa pun usia kita. Sama ada form 2, form 5, atau mungkin puluhan tahun.. Kita tetaplah tidak patut baca bahan bacaan yang mengandungi unsur-unsur censored. Ia dikira sebagai zina hati kerana kita mula rasa seronok membaca bahan bacaan yang berunsur begitu.
Kemudian sambil membaca, kita dengar lagu yang berunsurkan muzik yang terlalu rancak dan membawa maksud kurang cantik, dah jadi zina telinga. Lepastu kita lepas baca tu, kita tengok video/gambar aesthetic yang di mana lelaki dan perempuan dalam video tersebut BERPAKAIAN TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA.
Sana terdedah, sini terdedah. berpegangan bebas, bersentuhan tanpa halangan. Kemudian kita rasa benda itu sweet? Nauzubillahiminzalik. Banyakkanlah beristighfar, astaghfirullahalazim. Benda macam ni kita tak nampak ia sebagai suatu yang salah di sisi agama.
Kerana bagi kita, kita cuma membaca kerana inginkan keseronokan. Tak ada apa yang salah. Sedangkan itulah yang bahaya, kita tak rasa salah malah rasa suka.
Ini ialah cara halus syaitan untuk menyesatkan kita dalam kehidupan. Sebagai orang islam, kita sepatutnya kena cegah benda-benda macam ni. Bukannya kita teruskan dan sokong."
Antara cara licik syaitan, untuk memperdayakan umat manusia agar tergelincir jatuh ke dalam neraka jahanam.
Beliau berkata lagi,
"Jangan teragak-agak untuk buang atau pun bakar sahaja bahan bacaan yang ada unsur begitu. Mahal, memanglah mahal. Tapi bila difikirkan semula...
Mana yang lagi mahal? Pahala dan ganjaran syurga? Atau harga bahan bacaan itu? Entahkan amal kita Allah terima atau tak."
Seberat-berat bahan bacaan yang kita beli, berat lagi dosa yang dipikul oleh bahu kita. Lalu tanyakan pada diri, mana satu pilihanmu. Adakah syurga yang kekal abadi? Atau neraka jahanam yang membakar diri? Atau terus biarkan diri tenggelam dalam nikmat duniawi yang sementara ini?
"Kalau sebelum ni kita tak tahu ia adalah salah, jadi sekarang kita dah tahu. Maka kita perbanyakkan muhasabah dan perbaiki diri. Semua manusia buat salah, tapi jangan lupa. Kita masih ada peluang untuk perbaiki diri."