17 | MUJAHADAH

21 6 0
                                    

Mahu miliki hati yang lebih lembut dan jiwa yang lebih lunak.

Semuanya harus digapai dengan jalan bermujahadah. Bukan semudah-mudah.

Bermujahadah itu perit, ibarat menelan ubat yang sangat pahit rasanya.

Akan tetapi, setelah sekian lama, ia akan menyembuhkan segala rasa di jiwa.

Tidakkah kesembuhan dan kemanisan iman itu menjadi perkara yang sangat indah setelah diri gigih bermujahadah?

.

.

.

Melawan segala desakan emosi dan hawa nafsu yang sering menjerit mengajak kepada kebatilan dan kekufuran.

Sedangkan bisikan dan ilham dari Tuhan yang disampaikan oleh malaikat itu lebih ingin diri kita kembali kepada keikhlasan kepadaNya untuk mendapat al-falah (kejayaan) dunia dan akhirat.

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."

[an-Nisa’ 4:13].

Allah tidak pernah menutup pintu kasih sayangNya. Sentiasa sudi memberi, bagi yang ingin ‘mengetuk’ pintu rahmat-Nya. Allah menilai semua usaha. Tiada yang sia-sia. Malah, DIA teramat kasih bagi mereka yang tidak pernah berputus asa terhadap rahmatNya yang Maha Luas.

Mari terus membina impian, lakarkan impian hidup yang terindah, kerana kita juga ingin kembali kepadaNya dengan yang terindah!

"...Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat kelak dan hindarkanlah kami dari azab api neraka.”

(QS. Al-Baqarah: 201)

Sebelum akhir kalam  tinta yang amat doif ini, ingin di seru dirimu dan diriku.

“Kalian, kita tidak sempurna. Dan tidak akan pernah sempurna. Kerana dosa itu akan sentiasa menghambat kita. Kerana berdosa, adalah sifat kita sebagai hamba. Tetapi, teruslah berusaha untuk keluar dari ruang zulumat (kegelapan) itu.

Cc; @ayunn____

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now