25 | MENGAPA?

14 3 0
                                    

Terkadang, kita terlalu banyak meluangkan masa bersama telefon dan dunia. Mendengar lagu-lagu.(Dengar lagu tak haram, tapi boleh je dengar. Asalkan lirik dia bukan lirik yang mengajak ke arah kemaksiatan. Selagi boleh elakkan, kita elak. )

Tidak menjaga pandangan mata, melihat drama dan sebagainya. Melihat ajnabi serta lelaki asing dari luar negara walaupun kita tahu, mereka itu bukan beragama Islam. Mereka yang mana umat sekarang idolakan. Sepatutnya kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ harus mengidolakan akhlak baginda yang tiada cacat celanya.

Mulut juga kita tidak menjaganya dengan baik. Lagu-lagu sering dilontarkan dari bibir berbanding zikir dan kalamullah. Selawat pun jarang sekali meniti di bibir. Bahkan, mudah sahaja mulut kita mencaci apa yang berlaku di laman sosial. Kata-kata kesat mudah sahaja keluar dari mulut kita.

Nauzubillahiminzalik.

Tetapi mengapa tidak kita meluangkan masa kita dengan Al-Quran? Sedangkan dengan telefon tak pernah sehari pun kita berenggang bahkan hampir berbelas jam kita habiskan dengan telefon pintar di tangan.

Mengapa tidak kita habiskan masa kita dengan beribadah? Mengisi masa dengan menghadiri majlis ilmu sama ada secara atas talian atau bersemuka? Mengapa tidak kita manfaatkan masa dengan melakukan kebaikan?

Mengapa dan mengapa?

Mungkin,

Kita terlalu tenggelam dalam dunia yang fana ini. Sehingga apabila melakukan amal kebaikan dan ibadah pun manisnya tidak terasa. Mengapa kita jadi sebegini?

Tepuk dada tanya iman.

Muhasabah diri bersama. ')

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now