Pernah tak korang dapat surat cinta?
Hmmm mungkin sesetengah orang akan dapat dari secret admire bukan?
Atau mungkin tak pernah dapat langsung. 😂
Tapi korang tahu tak? Setiap daripada kita dapat surat cinta.
Eh? Betul ke? Macam tak percaya je.
Ya, nak tahu apa?
Ianya kalamullah. Kalam Allah. Atau dikenali sebagai Al Quran.
Ya, ianya surat cinta dari Allah buat hamba-Nya.
Di setiap masalah, ada penyelesaian di dalam Al Quran.
Ianya juga syifa' buat kita.
Al Quran juga, akan buat hati kita tenang.
Di dalam Al Quran juga,
Allah memujuk kita,
Tatkala kita bersedih hati.وَلَا تَهِنُوْا وَلَا تَحْزَنُوْا وَاَنْتُمُ الْاَعْلَوْنَ اِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِيْنَ
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.
(Surah Al-Imran 3 : 139)
Jadi,
Segala masalah ada penyelesaiannya.
Allah sudah nyatakan dalam Al Quran.
Tetapi,
Kita hamba, yang jarang sangat nak fahami dan mentadabbur Al Quran.
Nak hati tenang?
Baca Al Quran.Bila sedih, baca Al Quran.
Bila gembira, baca Al Quran.Bacalah Al Quran walau apa jua keadaan.
Hakikatnya dalam hidup kita, setiap perkara perlu sandarkan kepada Tuhan.
Jadikan Al Quran sebagai 'sahabat' kita.
InsyaAllah ia akan menjadi penolong kita di alam barzakh kelak.
Firman Allah :
مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى
Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah.
(Surah Taha 20 : 2)
Dan,
Al Quran juga akan menjadi syafaat buat sesiapa yang membacanya di hari akhirat kelak.
Tidakkah kamu pernah mendengar Rasulullah berkata kepada mereka, bacalah Al-Quran! Kerana sesungguhnya ia akan menjadi syafaat di hari kiamat sebagai perantara di kalangan kamu.
(Hadis Riwayat Muslim)