30 | BERAKHLAK

12 7 0
                                    

𝗛𝗔𝗕𝗟𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛, 𝗛𝗔𝗕𝗟𝗨 𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡𝗡𝗔𝗦.

Hakikat beradab dan berakhlak itu dua. Satu berakhlak dengan Allah سبحانه وتعالى dan satu berakhlak dengan makhluk.

Ada orang akhlaknya dengan Allah سبحانه وتعالى baik, adabnya bagus tetapi dengan manusia dia mengumpat orang, berdusta dan lainnya. Dengan Allah سبحانه وتعالى dia rajin beribadah, membaca Al-Quran 3 hari sekali khatam, tetapi hatinya dengki pada orang.

Itu tidak lagi dianggap berakhlak baik, kerana maksud daripada akhlak yang baik itu, baik kepada Allah سبحانه وتعالى dan baik kepada manusia.

Hakikat seorang yang berakhlak itu, adalah berakhlak kepada Allah سبحانه وتعالى dan juga berakhlak kepada makhluk.

— Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam AlBanjari AnNadwi AlMaliki حفظه الله ~

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now