Mengenai Reda Allah.
Berkisahkan seorang daripada kenalan saya berkongsi cerita.
Nasihat daripada Ustazah kenalan saya.
Ustazah berpesan. "Kita ni, nak dapat reda Allah tu senang. Tapi, kita takut dalam setiap pergerakan kita ini menuju pada Allah jadi susah. Nak dapat keberkatan daripada Allah ta'ala."
"Kalau kita ni reda dengan maksiat kan, maksiat yang terang-terangan. Maksudnya kita berdosalah. Sebab kita reda dengan maksiat itu. Kita reda. Faham tak reda? Kita nak dapat keredaan Allah ta'ala."
Kemudian ustazah menyambung lagi.
"Itu belum lagi benda yang kecil, yang khusus. Kita tengok drama, kita reda dengan drama tu. Dan kita tengok benda tu, maknanya kita reda dengan benda tu. Kita juga dapat dosa."
"Kita tengok kpop, kita tengok drama korea kan. Maksudnya kita reda dengan benda alah tu. Kita tengok kdrama, maknanya kita reda dengan kdrama tu. Kita berdosa, sebab kita reda dengan apa yang dia buat tu, kita tengok. Cinta-cinta kita tu, kita reda."
Lepastu ustazah masuk pula bab buku.
Ustazah kata, "Walaupun buku tu macam mana islamik pun, tapi kalau ada benda yang cintan-cintunlah, fulan ni bertemu dengan si fulan bersaksikan Allah ta'ala (mungkin melibatkan ikhtilat yang tidak dijaga) dan lain-lain."
"Tapi kita reda dengan buku tu. Buku cinta, tapi kita reda, kita baca maksudnya kita bersekongkol dengan dengan author dia. Jadi, kita reda dengan maksiat dekat situ. "
Ustazah cakap lagi, "Macam mana kita nak dapatkan reda Allah? Kalau hidup kita tak berkat sebab ada banyak benda di sekeliling kita ni, yang buatkan kita susah nak dapatkan keredaan Allah."
Lepastu beliau pun macam deep.
Kita ni manusia, memang tak lari dari kesilapan. Tapi kita kena islah (ubah) diri. Cuba tinggal dan cari keredaan Allah.
******
Walaupun dalam cerita sekian-sekian berunsurkan islamik, tapi tetap ada babak consored. Adakah patut kita halalkan benda sebegitu? Mana mungkin yang haq (benar) bersatu dengan yang batil (dusta)? Ya, tidak dinafikan. Sehebat mana cerita itu disampaikan dalam sesebuah cerita tersebut buatkan kita rasa kagum, cuma ada sedikit babak yang tak sepatutnya kita baca. Adakah itu baik untuk hati kita? Kadang-kadang kita tak perasan, bagi kita itu perkara biasa yang zaman sekarang ramai orang buat. Tetapi tidak. Tak bermakna Allah izinkan, Allah reda. Kita kena berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Seperti yang diceritakan sebelum ni, kalau ada bab censored, bab yang tak ditapis, bab yang menghairahkan walaupun seislamik mana, segempak mana sesuatu cerita itu tak patut kita sokong dosa tersebut walau sekecil-kecil dosa.
Dan sama juga seperti perkara lain, tak semestinya kdrama sahaja. Tak kiralah drama apa pun, anime pun sama. Selagi ia mendedahkan aurat, melibatkan ikhtilat, menyebabkan kita tidak tundukkan pandangan maka haramlah untuk kita melihatnya.
Sebab itu kita kena selalu muhasabah diri kita. Nak berhibur tak salah, yang salahnya cara kita nak berhibur. Boleh je kita nak berhibur dengan Al-Quran betul tak? Cuma atas kehendak kita nak pilih hiburan kita bagaimana. Banyak lagi hiburan yang membawa manfaat pada kita disamping kita kejar reda Allah. Berhibur dengan majlis ilmu dan maulid. Kan bagus tu? Atau kita pilih, hiburan yang kita selesa dan seronok tetapi membawa murka dan jauh daripada reda Allah.
Saya ada sertakan penjelasan tentang hiburan di bawah dan penjelasan boleh ke kita tengok kartun.
Kalau suatu hari nanti, kita ada peluang untuk join daurah, majlis-majlis ilmu, majlis maulid. Joinlah, jangan lepaskan peluang. Percayalah, bila kita biasakan diri kita dengan kebaikan. Kita penuhi diri dan hati kita dengan majlis ilmu, dengan benda yang bermanfaat, hati kita akan jadi sangat lembut dan cepat tersentuh. Allah jaga hati kita dari perkara maksiat dan buruk. Insya-Allah.Jangan ulangi semula dosa yang kita dah buat. Ya, kita manusia memang takkan terlepas daripada melakukan dosa dan silap. Kalau boleh, tinggalkan. Taubat nasuha dengan sebenar-benar taubat. Jatuh dalam dosa, taubat lagi, lagi dan lagi. Dekati Allah semula, sebab kita sebagai manusia tak sempurna. Takkan pernah sempurna. Kerana dosa itu sentiasa menghambat kita. Dan kerana berdoa adalah sifat kita sebagai hamba. Tetapi, teruslah berusaha untuk keluar dari ruang zulumat (kegelapan) itu. Allah sentiasa bersama kita.
Sama-sama kita kejar reda Allah, ya?
Tak marah, nasihat. Hehe
Semoga kalian membaca ini beroleh manfaat ya? 🦋