Ya Rabb.
Disaat aku tenggelam dalam dunia. Bantulah aku untuk sedarkan diri dalam kelekaan. Dalam dunia yang penuh penipuan.
Ya Rabb, tegurlah daku.
Disaat aku terlalu seronok dengan dunia.
Sehingga akhirat seringkali aku terlupa.Aku lupa, tujuan sebenar aku diciptakan di bumi ini.
Hanya untuk beribadah kepada-Mu.
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku."
(Adh-Dhariyat 51:56)
Tujuan mengejar akhirat yang kekal selamanya.
Ya Rabb.
Ampunilah aku.
Kasihanilah aku. Maafkanlah aku kerana seringkali melupakan-Mu.Aku terkadang berdusta.
Aku kata aku cintakan diri-Mu. Tetapi amalan ku hanya sedikit dan tidak layak mengejar cinta-Mu.Amalan yang daku lakukan hanya ala kadar.
Ampunilah aku Ya Rabbul Izzati.
Bantulah aku, agar tidak terus tenggelam dalam nikmat dunia ini.
111222