27 | ALLAH TERIMA KE TAUBAT AKU?

12 2 0
                                    

Ada seorang kawan bertanya kepada saya. Dalam satu perbualan bersama rakan-rakan yang lain.

"Allah terima ke taubat aku? Aku ni banyak dosa sangat. Layak ke aku untuk Allah ampunkan dosa aku ni?"

Lalu saya bertanya pula kepada seorang kenalan saya. Orang yang saya amat hormati.

Dan jawapannya ,

"Kita kalau nak jadi yang terbaik, kita kena melalui kesusahan terlebih dahulu."

"Semua orang melalui masa jahiliyah. Semua mesti. Dan kita perlu bertaubat."

"Walau kita ada dosa setinggi gunung, kita mahu bertaubat dan kita menangis kerana menginsafi dosa yang lalu. Allah tukar dosa setinggi gunung kepada pahala setinggi gunung."

"Allah tak pernah kejam. Allah tarik balik nikmat yang kita ada kerana Allah mahu kita tumpukan padanya,mengingatinya. Selama ini kita leka dan alpa kepadanya. Allah rindu dengan kita, rindu dengan doa kita."

"Tak semestinya orang jahat masuk neraka dan tak semestinya orang seperti ulama masuk syurga.
Orang jahat yang mahu berubah tapi dicemuh, dimaki. Dah dapat pahala free.
Ulama. Dipuji, disanjung tinggi. Muncul riak. Dah berdosa."

"Tak semesti tahfiz, tak terjebak dengan dosa. Dah berapa banyak sekarang pelajar tahfiz yang turut rosak.
Umat sekarang dah hampir nazak. Kerana media sosial, banyak yang rosak. Berubah! Tinggalkan semua tu."

"Couple? Fikir bahagia? Kalau bahagia, apa yang best ? Hidup bergelumang dengan dosa? Berubah. Tinggalkan semua tu. Bertaubat. Dekatkan diri pada Allah selagi pintu taubat masih terbuka."

"Bukti Allah terima kita bila Allah beri rasa kesal dalam diri kita. Allah nak kita dekat dengan dia. Itulah salah satu bukti yang allah nak ampunkan kita. Sebab Allah beri kesedaran. Taubat kita diterima atau tidak itu wallahua'lam. Sebab itu kena sentiasa melazimi solat taubat . Bukan rasa dah buat dosa baru bertaubat. Kadang-kadang kita buat maksiat tanpa sedar. Jadi sentiasalah melazimi solat taubat, mungkin dalam banyak-banyak solat taubat itu, ada satu yang Allah terima. InshaAllah. Bertaubatlah selagi masih ada ruang dan peluang.

Wallahua'lam."

'Bertaubatlah selagi ada ruang dan peluang.'

Kerana sesungguhnya Allah Maha Menerima taubat hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 104 :

أَلَمْ يَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ ٱلتَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِۦ وَيَأْخُذُ ٱلصَّدَقَٰتِ وَأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

Dan juga dalam surah An-Nisa' ayat 17 :

إِنَّمَا ٱلتَّوْبَةُ عَلَى ٱللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلسُّوٓءَ بِجَهَٰلَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُو۟لَٰٓئِكَ يَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَيْهِمْۗ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Pengampun Lagi Penyayang ;

Al-A'raf 7:153

وَٱلَّذِينَ عَمِلُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِهَا وَءَامَنُوٓا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ingatlah wahai sahabat, Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya.

Semoga bermanfaat ❤

Qoutes Buat Diri©Where stories live. Discover now