Korang pernah tertanya tak. Allah Terima ke taubat aku?
Saya pernah bertanya kepada salah seorang kenalan saya. MasyaAllah orangnya hebat.
Dan ini jawapannya :
Kita kalau nak jadi yang terbaik, kita kena melalui kesusahan terlebih dahulu.
Semua orang melalui masa jahiliyah. Semua mesti. Dan kita perlu bertaubat.
Walau kita ada dosa setinggi gunung, kita mahu bertaubat dan kita menangis kerana menginsafi dosa yang lalu. Allah tukar dosa setinggi gunung kepada pahala setinggi gunung.
Allah tak pernah kejam. Allah tarik balik nikmat yang kita ada kerana Allah mahu kita tumpukan padanya,mengingatinya. Selama ini kita leka dan alpa kepadanya. Allah rindu dengan kita, rindu dengan doa kita.
Tak semestinya orang jahat masuk neraka dan tak semestinya orang seperti ulama masuk syurga.
Orang jahat yang mahu berubah tapi dicemuh, dimaki. Dah dapat pahala free.
Ulama. Dipuji, disanjung tinggi. Muncul riak. Dah berdosa.Tak semesti tahfiz, tak terjebak dengan dosa. Dah berapa banyak sekarang pelajar tahfiz yang turut rosak
Umat sekarang dah hampir nazak. Kerana media sosial, banyak yang rosak. Berubah! Tinggalkan semua tu.Couple? Fikir bahagia? Kalau bahagia, apa yang best ? Hidup bergelumang dengan dosa? Berubah. Tinggalkan semua tu. Bertaubat. Dekatkan diri pada Allah selagi pintu taubat masih terbuka.
Bukti Allah terima kita bila Allah beri rasa kesal dalam diri kita . Allah nak kita dekat dengan dia . Itulah salah satu bukti yang allah nak ampunkan kita . Sebab Allah beri kesedaran . Taubat kita diterima atau tidak itu wallahua'lam . Sebab itu kena sentiasa melazimi solat taubat . Bukan rasa dah buat dosa baru bertaubat . Kadang ii kita buat maksiat tanpa sedar . Jadi sentiasalah melazimi solat taubat , mungkin dalam banyak ii solat taubat itu , ada satu yang Allah terima . InshaAllah . Bertaubat lah selagi masih ada ruang dan peluang .
Wallahua'lam
Kredit : @ayunn____✨
Jadi, saya akhiri bab ini dengan firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 222.
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya, Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang menyucikan diri.
Fi hifzillah wahai kesayangan Allah ❤