"Abang sayangkan awak" katanya sambil menangis pada isterinya . Matanya sudah laju mengalirkan air mata jantan . Nampaknya dia betul-betul cinta pada isterinya.
"Sayang pun sayangkan abang . Abang jelah lelaki yang sayang paling sayang " balas wanita itu pula . Mereka masing-masing menangis sambil menatap mata antara satu sama lain . Tangan mereka digenggam erat .
"Terima kasih sebab pernah sayangkan abang . Tapi maafkan abang sebab mungkin lepas ni abang tak mampu nak sayangkan awak lebih dari waktu ini"
"Apa maksud abang?"
"Abang tak boleh nak teruskan hubungan kita lagi"
"Ha?"
"Abang ceraikan awak..." belum habis lafaz cerai oleh lelaki itu . Soyaa sudah mematikan tv . Sakit pula hatinya melihat drama sebegini . Inilah drama melayu . Sabar jelah . Eh padahal dirinya pun pernah diceraikan . Eh terasa pula...
"Lelaki semua sama!" Kutuk Soyaa . Alat kawalan di baling jauh . Mogok dengan Tv .
"Drama je tu sayang ... janganlah emosi sangat " Tiba-tiba Fateh yang baru turun dari bilik , menegur Soyaa yang sedang emosi teruk .
"Awak pun sama je macam lelaki tu " Soyaa masih dalam emosi tak stabil . Tapi apa yang dikatakan itu betul . Fateh itu sama saja dengan lelaki drama . Pernah menceraikannya . Harap-harap lepas ini tidak berulang lagi peristiwa hitam itu .
"Dahlah tu kan kisah lepas. Nampak tak sekarang abang ada kat mana? Abang dengan awak kan? Tak ada dekat Hanani atau sesiapa pun" terang Fateh menutup cela lalu Kemudian dia berjalan ke Sofa dan terus melabuhkan punggung di sebelah Soyaa .
Soyaa pula sudah muncung mulut seperti itik . Tangan bersilang dada . Tanda tak puas hati dengan drama dan lelaki sendiri .
"Muncung lagi abang cium" ugut Fateh .
"Ha ciumlah . Macamlah berani" selamba Soyaa membalas.
Cup!
Bulat mata Soyaa melihat tingkah laku spontan suaminya itu . Nasib suami . Kalau pakcik belakang lorong sudah lama kena sepak kung fu panda.
"Ha cabar lagi , kan dah mendapat " Sempat Fateh sengih nakal.
"Abang dah lama tak kena cubit kat situ kan? " Soyaa pula sudah menunjukkan jarinya yang seakan tangan ketam . Dia sudah bersedia hendak mencubit dada suaminya itu .Kalau kena sekali, menangis tak terhenti . Pedih amat cubitan seorang wanita .
"Ha sayang jangan ya . Kalau sayang cubit abang kat dada lagi. Abang balas balik kat sayang tempat yang sama . Eh tapi takut bukan rasa sakit tapi takut sayang mendes-"
"Mende apa? Mendesah? Ha travel ! " teka Soyaa . Seakan memahami otak kuning suaminya itu .
"Ha sayang yang cakap bukan abang . Kalau sayang nak . Abang okay je . Dah lama bersedia" Kemudian ketawa Fateh meletus . Suka mengusik Soyaa .
"Ceh . Dia yang start. " Soyaa sudah menjeling menyampah . Fateh dan Miang berpisah tiada .
"Haish yelah . Abang yang salah . Perempuan mana pernah salah . " Fateh sudah kibar bendera putih dulu . Mungkin tak mahu si isteri merajuk lama .
"Ha tau pun"
Kemudian suasansa hening semacam . Fateh pula mencapai semula alat kawalan di lantai yang dicampak oleh Soyaa tadi . Mahu mencari movie . Soyaa pula sudah mendiamkan diri. Tak tahu pula nak borak apa .
"Kita tengok cerita bapak kau hijau nak?" Soal Fateh .
"Ha apa tu?" Soyaa pula sudah tidak faham.
"Hulk . Sorrylah abang dulu kecik suka kata bapak Danial hijau macam hulk. Sampai tua terbawa tebiat buruk tu . " terang Fateh . Kemudian dia ketawa kecil . Mungkin teringat kenangan masa kecil . Siapa saja tak lucu dengan kenangan waktu budak-budak kan?
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...