50

514 18 2
                                    


ASYRAF mengetuk pintu rumah banglo mewah milik Tengku Danial . Di tangan kanannya terdapat sebuah dokumen berwarna hitam yang dapat membongkarkan rahsia Hanani dan dalam masa yang sama menyelamatkan Soyaa . Sejujurnya walau dia tak dapat memiliki Soyaa , dia tetap berusaha melindungi Soyaa . Anggap saja apa yang dia cuba lakukan adalah tanda balas baik atas kesalahan lalu .

Tengku Danial pula sudah membuka pintu rumah akibat tidak tahan mendengar ketukan pintu bertalu-talu tanpa henti seakan mahu robohkan pintu rumah . Lonceng kan ada buat apa guna cara manual ! Lagipun tindakan Asyraf seakan menganggu saja waktu rehatnya sebagai doktor yang sibuk .

"Assalamualaikum maaf menganggu . Tapi kau kawan Fateh tu kan ?"

"Waalaikumussalam bro , ya aku kawan dia , ni mana kau tau ? Datang -datang terus ketuk macam nak runtuhkan rumah aku . Apahal ? " soalan dibalas dengan soalan . Sepadan betul .

"Aku bukan nak menganggu waktu rehat kau . Tapi aku nak membantu kauorang semua "

"Maksud kau ? "

"Ini tentang Hanani . Anak kandungan Hanani yang baru je gugur dan penyakit mental dia "

"Woi bro , relaks dulu ,apa kata kita masuk dulu . Nanti orang dengar pula hehe." Terus berubah wajah Tengku Danial mendengar . Tangan sasanya menepuk manja bahu Asyraf . Macam kawan rapat gituw . Mana tidaknya , kalau dia tak ajak masuk , habis jiran dengar . Lagipun dia memang nak siasat tentang Hanani pun .

"Abang siapa yang datang tu ? " Soal Sufi yang mula menuruni tangga rumah .Tudung sudah tersarung dikepala . Bagus Sufi ni ,pandai jaga aurat tanpa perlu diarah .

Sufi mejenguk ke ruang tamu untuk mengintai tetamu yang datang . Dalam masa yang sama juga matanya terbeliak . Mana tidaknya , Asyraf kut , ex boyfriend Soyaa yang penuh nostalgia . Sungguh dia benci melihat wajah Asyraf si buaya darat .

"Abang ! Sejak bila abang berkawan dengan buaya ni ! " Amarah Sufi . Kelam-kabut dia berlari ke ruang tamu . Takut si suami terpengaruh dengan perangai Asyraf . Lalu dia melabuhkan punggung bersebelahan Tengku Danial. Wajah Asyraf dipandang penuh tak puas hati .

"Woi jantan ! Mana kau kenal suami aku ha ! Berampus kau ! " halau Sufi geram . Ini kalau penyapu di dapur ada di depan mata , sudah lama dia hempuk kepala Asyraf . Geram.

"Sayang ... Jangan marah tetamu kita , dia ada benda nak bincang dengan abang " Kata Tengku Danial memujuk Sufi .

"Bincang apa ? Bincang cara-cara meninggalkan bini dan mencari orang baru di Australia ? " sempat Sufi memerli . Mata dijeling menyampah .

"Aku nak bincang tentang Hanani . Aku nak bantu Soyaa . Tolong faham aku Sufi " kata Asyraf pula.

"Bantu atau bersepakat dengan perempuan sial tu ?eh kau dengan dia sama-sama sial lah ! Tayah ah guna alasan nak bantu bagai . Bosan ! " cebik Sufi .

"Eh sebab dia dengan aku sama-sama sial lah . Aku pergi sentuh dia then terbiarkan si dia mengaku anak aku yang dia kandung sebagai anak dia dengan Fateh ! So kau nak biarkan je la ? " balas Asyraf geram.

"Wait ...maksud kau anak Hanani kandung selama ni bukan anak Fatehlah ? " Sufi sudah menebak . Nak marah lagi tapi terus tak jadi .

"Haish sebab tu sayang abang kata jangan marah tetamu ." Pesan Tengku Danial. Hanya mampu bersabar dengan perangai isterinya yang mudah tereemosi.

"Now Asyraf , kau boleh terangkan tak apa dokumen tu ?" Soal Tengku Danial pula pada Asyraf .

"Dalam dokumen itu ada darah janin yang gugur . Kat situ ada tertulis yang Dna janin tu tak sepadan dengan Fateh . Dan lebih serasi dengan aku . Dalan dokumen tu juga ada gambar yang aku ambil dari rakaman hotel masa kami berdua check in . Aku cuba sampaikan kat member kau tu tapi member kau tu bodoh pergi attack aku tanpa sebab " Terang Asyraf panjang lebar .

"Wait macam mana kau boleh buat hubungan dengan betina tu ?"Tanya Sufi pula.

"Aku mabuk . Aku tak boleh nak fikir apa dah . Depress dengan tindakan Soyaa yang menolak aku . Lalu aku melepaskan segala amarah dan nafsu kat perempuan tu . Hanani . " jelas Asyrsaf lagi .

"Iee dengan perempuan macam tu pun kau ada nafsu eh ! Teruk betul selera kau ! Tak silap aku kau dah ada anak bini kan ! " kata Sufi lagi tak puas hati .

"Sayang dahlah jangan tambahkan api . Abang yakin dia dah berubah . Betulkan Asyraf ? " Tengku Danial bersangka baik pada Asyraf .

"Ya aku dah berubah . Masa Hanani cadang nak jatuhkan Soyaa dan Fateh dengan aku . Aku tolak mentah-mentah . Sebaliknya aku jumpa Soyaa memberitahu apa yang aku rasa dan Soyaa nasihat aku sampai aku buka mata yang aku perlu aku move on dan terima takdir ini . Soyaa tu baik sangat " kata Asyraf panjang lebar .

"Baru sedar ke kawan aku baik ,lembap " celah Sufi.

"Sayang sudah ! Lebih baik buatkan air untuk abang dengan Asyraf ! " marah Tengku Danial .

"Ish yela ! " Terpaksa Sufi akur dan bangun dari sofa ruang tamu . Kemudian dia bergerak ke dapur untuk membancuh air . Arahan suami kan? Mana boleh ingkar !

"Jadi Asyraf apa kau rasa kau boleh bantu ? " tanya Tengku Danial .

"Aku nak bantu Soyaa . Tapi Fateh halang sebab tu lah aku datang ke sini . Aku nak kita sama-sama bantu Soyaa " kata Asyraf tulus .

"Aku pun tak tau macam mana nak bantu . Sebab semua ni pilihan kat tangan Fateh . Fateh yang perlu pilih sama ada nak dengan Hanani atau Soyaa " jelas Tengku Danial.

"Pilihan Fateh tu tak penting Danial "

"Apa maksud kau ?"berkerut kening Tengku Danial mendengar.

"Sebenarnya ada banyak dalang yang cuba jatuhkan Fateh . Tapi cara mudah nak jatuhkan kawan kau tu adalah membunuh Soyaa , sebagai orang terdekat . Aku dah dapat jawapannya tapi aku takut nak beritahu "

"Kalau kau takut beritahu . Apa gunanya kau datang sini ? Bagitahu je mana tahu aku boleh bantu ?"

"Hanani yang dulu dengan sekarang tak sama. Dalam dokumen belakang sekali , ada maklumat sakit mental Hanani sebelum dan selepas koma . Aku dah tahu yang Hanani ni anak luar nikah ayah Fateh dengan isteri Dato Hashim . Atas kerana dendam Dato Hashim , Dato Hashim masukkan sejenis dadah yang merosakkan otak Hanani masa perempuan tu koma kerana ditembak . Lebih menggerunkan , tembakan dua tahun lalu pun atas arahan Dato Hashim sebab nak melepaskan amarah dia kat Hanani. Kemudian Hanani diselematkan supaya dia dapat menjadi penerus kepada Dato Hashim untuk menghancurkan dan memporak-perandakan keluarga Fateh . " panjang lebar Asyraf menjelaskan.

Pang !

Dulang kaca yang dibawa Sufi terjatuh ke lantai . Pecah . Dia iautu Sufi sudah terkejut dengan apa yang dijelaskan oleh Asyraf . Waktu sekarang otaknya ligat dengan Soyaa . Sebagai seorang sahabat yang berjanji setia sampai mati ,dia tak akan membiarkan Soyaa terus terseksa dengan keluarga Hanani yang durjana itu .

"Sayang are you ok ? " kelam-kabut Tengku Danial menghampiri bininya . Risau pula isterinya terluka dengan kaca .

"Abang we need help Soyaa now ! Right now ! " suara Sufi meninggi . Air mata wanitanya mula jatuh .


-

✍🏻Saya tau awak semua rindu saya kan ! Kan !

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now