40

367 21 9
                                    

Fateh menendang kuat pintu bilik isterinya . Matanya meliar mencari Soyaa . Nafasnya laju dengan dahi yang sudah berurat biru . Dia sedang marah dan geram mendapat tahu yang Soyaa keluar dengan Asyraf .

"Perempuan mana kau ! Kau keluar sekarang ! Pandai kau bersembunyi sebab taknak aku tahu kau keluar dengan jantan lain kan ! Sial ! " Tengking Fateh seorang diri .

Pasu bunga yang merupakan hiasan di bilik dia ambil lalu di campak ke dinding . Barannya sudah tidak dapat di kawal lagi . Dia bagi peluang Soyaa untuk mencintainya . Bukan menyuruh wanita itu mencari yang baru .

"Woi mana kau ! Soyaa ! Lepas dah menyundal dengan jantan lain pandai pula kau sembunyi ! " sekali Fateh menjerit .

Zulaikha yang mahu tidur pada waktu malam dengan tenang sekali sudah terganggu apabila Fateh sudah mengamuk besar . Tak pernah-pernah Fateh menjerit sebegitu , malah sehingga menghempas . Bagi Zulaikha Fateh sudah melampau .

Terpaksalah Zulaikha melihat keadaan di tingkat atas sebelum lagi teruk Fateh mengamuk . Tak ada masa dia hendak mengemas semua barangan pecah . Nanti dia juga kena keluar ke ikea membeli barangan itu . Sudahlah ikea itu besar , pergi ke sana nanti semata-mata hendak menggantikan barang yang di rosakkan oleh majikan sendiri. Tak ke membazir waktu !

Zulaikha keluar dari bilik . Dia melangkah ke tingkat atas . Sebaik sahaja dia naik ke tingkat tersebut . Kelihatan banyak kaca bertaburan di laluan . Nampaknya dia sudah terlambat hendak menghalang majikannya .

Fateh pula sudah terduduk bersandar ke dinding . Sempat juga tanganya melepaskan tumbukan di dinding kuat sehingga dapat di rasa gegarnya . Nampaknya lelaki itu benar-benar marah . Kalau Soyaa tidak keluar dari rumah itu, pasti tumbukan di dinding itu di ganti dengan tumbukan di tubuh Soyaa . Haish Sadis .

"Soyaa mana kau !" Jerit Fateh seperti singa jantan kehilangan isteri .

"Tuan , Puan dah keluar . Dia tak ada kat sini dah . " beritahu Zulaikha singkat .

"Dia keluar dengan jantan lagi ? " soal Fateh . Sudah tentu soalan itu akan keluar sebab dia sudah percaya kata-kata hasutan Hanani .

Zulaikha tidak menjawab . Dia sudah berjanji yang dia akan melindungi Soyaa dari keganasan lelaki bernama Fateh . Daripada layanan keji Fateh.

"Woi perempuan ! Jawablah ! Isteri aku ke mana ! " suara Fateh meninggi .

"Maaf saya tak boleh tahu . Puan minta rahsiakan " balas Zulaikha berani .

Fateh sudah mengetap gigi . Rahangnya sudah bergerak-gerak . Perasaanya pula sudah membuak-buak . Disebabkan dia geram dengan jawapan Zulaikha. Dia lantas berdiri lalu melangkah menghampiri Zulaikha . Tanganya sudah jatuh ke kepala Zulaikha yang siap mengikat rambut ekor kuda . Rambut wanita itu yang terikat terus ditarik kasar .

"Tuan sakit ! Lepas ! " jerit Zulaikha akibat layanan kasar Fateh padanya .

"Bagitau aku , perempuan sial tu kat mana? Jawab cepat !" Tengking Fateh . Tepat-tepat pada muka Zulaikha.

"Saya ta-taknak bagitau..." Zulaikha masih mempertahankan Soyaa .

"Aku yang bayar kau ! Bukan dia ! Bagitau aku !" Mata Fateh sudah membara seperti api .

Zulaikha cuba mengumpul segala kudrat . Kemudian dia menolak kuat tubuh Fateh jauh daripadanya . Syukur juga Fateh sudah melepaskan cengkaman rambutnya .

"Saya taknak ! Taknaklah ! Tuan ingat dia akan stay kat sini sampai Tuan balik ke? Cermin diri Tuan ! Kalau dia masih ada kat sini Tuan akan seksa dia ! Tak cukup curang dia dengan Hanani ! Tuan nak dera fizikal dia juga ke ! Suami jenis apa ni ! " tengking Zulaikha.

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now