51

654 23 5
                                    

SOYAA menguatkan tubuh untuk berdiri dengan memegang bucu-bucu meja sebagai penguat dia untuk melangkah . Sejujurnya , dari tadi dia memgesot teruk untuk sampai ke dapur . Kejam betul Fateh meninggalkan dia seorang diri tanpa pembantu untuk membantunya menjalankan hariannya . Tambah sakit hati lagi , lelaki bernama Fateh sedang bermesra dengan Hanani lebih erat . Mana dia tahu ? Dia nampak aksi mesra mereka berpelukan di ig story Fateh . Sengaja menambah luka yang berdarah !

"Dah Soyaa .Fateh tak suka kau . Tak cintakan kau . Selama ni dia tipu je sebab dia nak gunakan untuk tutup nama buruk dia . " kata Soyaa seorang diri . Air mata mula mengalir . Entah kenapa dia betah menangis seorang diri . Oh maklumlah , kalau dia nangis dan meluah depan Fateh , ada lelaki tu nak percaya ? Tidak . Yang ada cuma Hanani , Hanani dan Hanani .

"Hello di sana " satu suara tiba-tiba menyapa Soyaa . Suara garau seorang lelaki yang tidak dikenali . Secara langsung membuatkan Soyaa menoleh memandang empunya suara .

Dato Hashim berdiri dengan menyilang dada . Dia sebenarnya hairan kenapa Soyaa tidak mati pada kemalangan hari itu . Masih kuat bernafas walau kaki tak dapat berjalan . Teramatlah kacau rancangannya . Namun tidak apa , kerana hari ini dia akan menamatkan riwayat seorang gadis digelar Soyaa.

"Uncle ? Buat apa uncle datang ke sini ? Dan macam mana uncle boleh masuk ke sini ! " suara Soyaa meninggi . Risau dengan lelaki tua itu .

"Macam mana aku boleh masuk? Sebab suami kau yang bodoh tak reti kunci pintu . Eh lupa , buat apa nak kunci , kau bukan boleh keluar kan? Hahah lumpuh . Orang macam kau tak berharga kat mata Fateh tu . Dan disebabkan tulah aku ke sini untuk memudahkan Fateh " panjang lebar Dato Hashim berkata . Dalam masa yang sama senjata kecil di poket seluar dikeluarkan .

"Memudahkan Fateh ? Apa maksud uncle "

"Kau tak payah nak beruncle sangat dengan aku , Soyaa . Mungkin kau lupa aku ni siapa . Aku ni Dato Hashim . Or maybe bapak kau encik Azhar tu tak kenalkan aku kat kau ? "

Berkerut kening Soyaa cuba menghadam kata-kata Dato Hashim . Satu persoalan lagi mula main di minda . Macam mana Dato Hashim boleh kenal ayahnya ? Sedangkan ayahnya hanyalah seorang bekas tentera darat .

"Well, bapak kau tu kerja bawah aku sebelum dia jadi tentera . Buat pengetahuan kau Soyaa , aku ni bukan polis ,bukan tentera . Aku lah penjenayah yang Dato Iskandar cari-cari sampai sekarang . AhLion itu lah aku . Cuma lelaki tu tak sangka aku sebab aku ni pernah jadi sahabat dia dan aku ni yang jaga anak luar nikah dia ,Hanani " terang Dato Hashim . Pistol mula berputar-putar sebelum dia mengacu kepada Soyaa .

Soyaa menelan liur . Takut dan gerun dengan sikap Dato Hashim . Nampaknya nyawanya akan tamat hari ini ditangan seorang lelaki yang juga merupakan ayah pada perempuan perampas bahagianya , Hanani .

"Kenapa diam Soyaa ? Kau tak sedia nak terima apa aku kata tentang ayah kau ? Atau kau tak sedia nak mati ? "Soal Dato Hashim lagi .

"Aku tak sedia..."

Dato Hashim tersenyum. Pistol juga sudah bersedia untuk melepaskan das tembakan dengan hanya menekan satu punat dan...

Bang !

Tembakan terlepas pada dada Soyaa . Automatik tubuh Soyaa menyembah lantai dengan darah terpecik keluar . Nafas mula suka diatur .

Dato Hashim tersenyum . Dia merapati pada Soyaa yang sudah terbaring melintang ke lantai . Kepala gadis itu ditolak kasar ke atas . Lalu dia merapati ke telinga gadis itu seperti ingin berbisik pada Soyaa .

"Buat pengetahuan kau lagi Soyaa , akulah yang membunuh keluarga kau . Aku yang rancang untuk bunuh keluarga Azhar . Kerana keluarga kau pengkhianat aku " bisik Dato Hashim . Bibir tersenyum suka .

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now