43

295 19 13
                                    

Soyaa membuka mata . Malam tadi dia penat menangis kerana Fateh sehingga matanya lebam dan berasa berat . Lagipun tak guna dia menangis kerana lelaki itu kalau lelaki itu masih tidak pandai buat pilihan .

"Aku kat mana ni?" Soyaa terus bertanya apabila siling yang dia tatap bukanlah siling hospital yang menjadi tempat rawatannya . Di manakah dia ?

"Eh si cacat dah bangun, " satu suara nyaring memerli Soyaa . Hanani . Andailah dia tahu, punca Soyaa cacat adalah ayah Hanani . Pasti wanita itu sudah tersungkur ke tanah .

Soyaa segera menolak tubuhnya bersandar pada Sofa .Almaklumlah kaki dah tak boleh fungsi, terpaksa gerakkan tubuh guna tangan . Tapi persoalannya sekarang, sejak bila dia ada di rumah Fateh? Pendek kata rumah dia dan Fateh tetapi sekarang sudah ada Hanani .

"Selesa tak baring kat sofa? Maklumlah bilik kau dengan Fateh dah jadi bilik aku dengan anak aku," Jelas Hanani . Sesekali dia mengusap perutnya yang hamil . Saja menunjuk . Biar Soyaa sakit hati .

Soyaa tidak hairan akan Hanani . Dia iaitu Soyaa cuba mengurut kaki sendiri walaupun tiada rasa . Rindu pula pada kaki yang banyak membantunya. Terutamanya membantu dia melarikan diri daripada Hanani yang munafik itu . Depan Fateh baik . Belakang Fateh MasyaAllah .

"Tak payahlah urut . Bukan rasa pun . Eh tapi aku kesianlah dengan kau . Dahlah muka terbakar . Cacat kaki pula tu . Pasti kau tak dapat beri Fateh anak kan? Eh tapi jangan risau . Aku ada . Ni anak ni . Anak Fateh juga " bangga Hanani .

Soyaa tidak peduli sekali lagi . Benda boleh pulaukan? Lagipun dia sudah tawar hati dengan Hanani dan Fateh . Dua-dua menyakitkan hati . Makin dilayan . Makin melarut hatinya .

"Eh perempuan aku cakap ni dengarlah !" Tengking Hanani . Tangannya sudah ingin mendarat menarik rambut Soyaa yang sudah tidak menutupi dengan kain tudung itu , tapi tiba-tiba ...

"Soyaa dah bangun?" Tegur Fateh . Terbatal niat Hanani ingin mendera Soyaa . Lelaki itu menuruni tangga menghampiri mereka berdua .

"Dah baby dia dah bangun . Dia marah I . Dia kata I buat semak je kat sini" fitnah Hanani .

"Soyaa, jaga mulut kau boleh tak? Hanani ni dah macam keluarga dah" tegur Fateh . Ceh suka sungguh letakkan kesalahan tanpa memeriksa .

"Kenapa bawa aku balik ke sini? Aku rimas" Soyaa sudah mula bersuara .

"Bawa balik ke sini sebab kau tanggungjawab aku. Isteri aku . Lagipun kau tak sihat . Siapa nak jaga kau kalau bukan aku? Duduk sini ok?" Pujuk Fateh .

"Entah , takkanlah kau nak duduk kat tepi jalan sebatang kara dengan muka kau hodoh tu" Sinis Hanani memerli .

"Hanani stoplah, tak baik" Tegur Fateh penuh baik .

Soyaa menjeling menyampah. Air mata cuba ditahan . Dia nekad hendak melarikan diri semalam. Tapi semuanya terbantut hanya kerana Fateh membawa dia pulang ke rumah neraka ini lagi . Sumpah benci !

"Apa ? I cakap betul . Dia dah cacat . Lagipun you sendiri kata you taknak ceraikan dia sebab you kesiankan dia . Dia tak ada family. Cacat . Muka terbakar pluss koyak ." Hanani masih utuh memerli dan menyakitkan hati Soyaa .

Fateh mendengus kasar . Susah betul nak jaga dua perempuan dalam rumah. Itulah lain kali buat pilihan nak hidup dengan yang mana . Tapi itulah, masih buta dan pekak dengan keadaan .

"At least aku tak cacat hati macam kaulah perempuan ! Tak ada lelaki lain ke terhegehkan suami orang ! Belajar lah move on ! Tu lah lain kali mak bapak hantar sekolah , belajar! Bukan main kad uno belakang kelas kan dah jadi bodoh !"

Panjang lebar Soyaa memarahi Hanani . Sudah hilang sabar apabila Hanani terus menerus meghinanya dan memfitnahnya.
Saja hendak buat dia seperti watak jahat depan Fateh ! Dasar Hanani play victim !

"Soyaa cukup ! Aku bawa kau ke sini sebab nak jaga kau ! Boleh tak jangan gaduh ! Hanani tengah mengandungkan ! " Fateh membalas kata Soyaa .

Soyaa sudah mahu menangis . Sekali lagi Fateh memenangkan Hanani dalam petempuran ini . Wanita bernama Hanani itu pula sudah tersenyum senget . Mata Hanani juga menjeling Soyaa . Sengaja . Sungguh sengaja .

Soyaa sudah menangis . Sungguh dia tak tahu macam mana nak kekalkan hatinya bertambah kuat . Apa gunanya Fateh bawa dia ke sini untuk menjaga, kalau raganya juga terluka .

"Sayang, I'm sorry . Aku tak sengaja marah kau . Cuma aku nak kau berdamai je. Can you?" Pinta Fateh sambil memujuk Soyaa yang sudah tertunduk menangis .

Hanani yang meluat melihat Soyaa dipujuk oleh Fateh terus beredar naik ke tingkat. Tak apa Hanani . Asalkan kau puas buat Soyaa terluka . Padan muka.

"Sayang , abang minta maaf abang tak sengaja . Jangan nangis . " pujuk Fateh lagi . Dia terus memeluk Soyaa . Sumpah dia rasa bersalah dari semalam memarahi wanita itu.

"Lepaslah...hik...lepaslah Fateh...aku benci kau..." Tangis Soyaa dalam pelukan. Tangannya menumbuk dada Fateh kasar . Dia benci Fateh . Dia benci Fateh yang kelap kali melukai hatinya .

"Tolong...Fateh...ceraikan...ceraikan aku...Jangan buat aku macam ni...Aku sakit...aku sakit diseksa macam ni..." Soyaa menangis lagi . Makin deras sehingga basah baju Fateh .

"No aku tak akan ceraikan kau . Aku sayang kau . Aku bersumpah dengan nama Allah yang aku tak akan ceraikan kau sampai hujung hayat aku" kata Fateh . Dia sudah bersumpah . Perlahan-lahan juga dia melepaskan pelukan Soyaa .

Soyaa sudah tertunduk lemah . Dia tidak mahu memandang raut wajah Fateh lagi . Lelaki itu tidak pernah memahminya . Sering kali kesilapan sama dilakukan sehingga sukar dia percaya kata-kata lelaki itu walaupun Fateh sudah bersumpah .

"Oklah, aku dah nak pergi kerja . Kalau kau ada apa-apa masalah. Panggil Hanani . Dia boleh bantu kau . Aku taknak upah Zulaikha jaga kau sebab dia akan bagi pengaruh buruk kat kau macam hari tu . Lagi satu phone kau kat aku. Aku pegang . Aku taknak kau contact mana-mana lelaki . Aku cemburu. Apa-apa call guna handphone rumah je ok? Lagi satu , kau tidur dulu kat ruang tamu . Sebab bilik kat bawah tak kemas lagi . Kalau nak rasa tidur kat bilik,suruh Hanani bawa kau ke bilik pembantu rumah bahagian dapur ok? Sayang kau " Panjang lebar Fateh menjelaskan .

"Hanani dapat bilik atas . Aku kat bilik bawah , yang kecil macam bibik . Siapa bini kau sebenarnya ni?" Kata Soyaa.

Fateh yang baru mahu menapak keluar berpaling seketika memandang Soyaa .

"Dia kan tengah mengandung anak aku. Bagilah dia selesa . Kesian dia kalau kau baring kat atas . Kena tolak sana sini . Kan penat tu " terang Fateh . Nampaknya Fateh juga lebihkan Hanani .

"Kau langsung tak sayang aku ! Kau memang dah tak sama macam dulu ! Kau dah tak macan Fateh yang dulu ! Aku kecewa dengan kau !" Tengking Soyaa . Bergema satu rumah .

"Aku pun juga kecewa dengan kau Soyaa . Kau curang kat aku . Curang dengan Asyraf kat belakang aku . Cuba faham apa aku rasa !" Balas Fateh .

"Kau pun sama ! Kau curang jugak ! Siap memaksa isteri menerima benda bodoh ni ! Kau dayus ! Kau dayus Fateh !" Lantang Soyaa bersuara . Dia tidak gentar mengatakan dayus kerana itulah kenyataan .

Rahang Fateh sudah bergerak-gerak. Geram. Segera dia menghampiri semula Soyaa yang tersandar lemah di Sofa.

"Eh Soyaa sedar diri boleh? Aku curang depan kau ! So kau tau aku dengan siapa theb aku tak ada masalah kat situ sebab apa aku buat kau tahu ! Yang salah sekarang ni cuma kau ! Kau tu isteri aku ! Kau curang tapi taknak mengaku ! Kau tu nusyuz tau tak ! "

Fateh sudah memenangkan ego. Tidak mahu mengaku salah . Sabar pun sudah melayang .

Kemudian dia terus melangkah pergi meninggalkan Soyaa seorang diri. Langsung tiada rasa bersalah selepas membuat Soyaa terasa hati dengan kata-katanya.

"Benci ...hik...Aku benci kau...kenapa...kau tak...Ceraikanlah aku je..." Tangis Soyaa .

✍🏻oklah saya nak tutup mata. Lepastu saya nak bincang ngan Asyraf supaya bagitau yang anak yang Hanani kandungkan tu benih Aysraf bukan Fateh .

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now