"Mama tak kira , mama nak Danial ceraikan Sufi! " kata Aida , muktamad .
"Kenapa Danial nak kena ceraikan Sufi? Dia buat apa kat mama sampai Danial kena ceraikan dia? Sufi tu isteri Danial yang sah. Cerai atau tidak itu semua hak Danial. Mama tak boleh masuk campur urusan rumah tangga kami " Jelas Tengku Danial matang.
"Eh mama tak suka , mama tak suka lah, mak kamu pun mesti tak suka Sufi tu. Tak berguna dalam rumah ni " Aida sudah bermain kata sedemikian . Walhal dia hanyalah orang luar . Bukan ibu kandungnya pun . Cuma kembar kepada ibunya , Haida.
"Kahwin ni bukan permainan mama . Mama tu cuma makcik Danial . Mama tak ada hak nak arah Danial sekian sekian terhadap Sufi . Danial cintakan sufi sedalam-dalamnya. Dah Danial taknak bincang benda ni dah . Nanti Sufi balik, habis terasa hati dia" Tengku Danial berpihak pada isterinya Sufi.
"Mama ni makcik kamu Danial. Sampai hati kamu berpihak pada orang luar selain darah daging kamu ? Ceraikan mama cakap! " suara Aida meninggi .
"Sufi tu bukan orang luar . Dia bini Danial yang sah . Yang Sah ! Mama kalau tak suka Sufi kat sini . Mama balik . Sebab Sufi memang akan di sisi Danial sebagai isteri dan pendamping Danial . Tak ada siapa yang boleh halang kisah cinta kami ! Muktamad !" Teriak Danial.
"Huh cinta? Kamu bukan ke cintakan Tengku Afiqa tu? Sejak bila beralih hati kepada Sufi? "
Sinis Aida bertanya ."Itu kisah lama mama ! Tujuh tahun yang lalu . Zaman kampus lagi ! Jangan nak compare dengan sekarang, dia pun dah bertunang kan ? Dah nak kahwin dah pun . " Tengku Danial masih memperkukuhkan katanya.
"Ceh , kamu tak tau ke Afiqa dah putus tunang. Dia putus tunang sebab nak kamu lah ! Dia taknak orang lain . Lagipun Afiqa tu ada Tengku berbanding Sufi yang cuma ada gelaran Che . Huh " Sinis sekali Aida bersuara . Nampaknya inilah punca dia membenci Sufi kerana tiada gelaran Tengku .
"Kenapa pun kalau Sufi takde keturunan Tengku pun? Ada masalah ke?" Tanya Danial.
"Ada ! Banyak! Salah satunya nama tengku akan makin pudar kalau kamu tak mempertahankan . Cara mempertahankan gelaran dan keturunan kita adalah mengahwini orang yang mempunyai nama tengku juga! " Tegas Aida mempersuarakan.
"Ceh , penting sangat keturunan. Bukan boleh bawa masuk kubur pun" Kini Tengku Danial pula menyindir . Jujur dia pun tidak mahu meminta nama gelaran Tengku ini . Rasa terbeban.
"Mama tak kisah , kamu ceraikan Sufi !" Suara Aida meninggi sehingga bergema rumah.
"Ke-kenapa kena ceraikan saya? Saya ada buat salah ke?" Tanpa sedar Sufi sudah pulang dari sekolah . Sudahlah dia penat mengajar murid di sekolah . Balik-balik sahaja sudah mendengar perkataan cerai.
Dia sudah dapat mendengar pertelingkahan suaminya dengan kembar mak mertuanya dari depan rumah tempat parkir kereta lagi tadi . Tapi tak beberapa jelas . Bila dia sampai, perkataan yang dia dengar adalah menceraikan dirinya . Terbungkam terus hati Sufi.
"Eh sayang bila balik? Abang tak dengar bunyi kereta pun" Tengku Danial cuba mengalih topik.
"Tak perlu nak alih topik abang . Macam mana nak dengar kalau masing-masing menjerit ...sekarang jawab kenapa nak ceraikan saya? Abang ada perempuan lain ke?" Soal Sufi minta penjelasan.
"Ya dia ada . Nama dia Tengku Afiqa . Dia lagi cantik dan bergaya dari kau . Puas?" Celah Aida. Tersenyum suka dia melihat Sufi sudah memasam muka .
"Betul ke apa yang mama kata tu abang?" Sufi sekali lagi bertanya meminta kepastian dari suaminya.
Tengku Danial diam. Jujur dia malas membuka cerita lama tentang Afiqa . Buat apa mahu mengorek kisah lama , kalau boleh membina bahagia yang baru kan?
"Sayang dengar ...abang dengan Afiqa tu..." Tengku Danial cuba mejelaskan.
"Afiqa dengan Danial dah terlanjur . Sekarang Afiqa mengandung anak Danial . Tulah kau tak dapat beri zuriat kat Danial. Danial dah kahwin lagi satu kat siam dah !" Celah Aida dengan penuh pembohongan . Tidak padan dengan umurnya yang sesuai diangkat pulang oleh malaikat Izrail.
"Abang ..... sampai hati abang...."Air mata Sufi terjatuh. Begitu juga handbagnya. Mahu saja dia terduduk lemah mendengar berita itu.
"Sayang tak semua itu tak betul! " Dalam diam dia sudah memaki Aida , makciknya itu yang suka sangat menyakitkan hati orang . Ikutkan dia , dia tak mahu bagi si makciknya itu menetap di sini . Tapi disebabkan rumah wanita tua itu sedang di renovate . Adalah sifat simpati untuk menumpang wanita itu duduk ke sini. Tetapi sekarang sudah jadi sebaliknya pula ...
"Abang sudahlah . Takkanlah orang tua nak tipu pula kan? Terima kasih mama bagitau ni . And abang sampai hati abang kan buat Sufi macam ni . Sufi keluar dari rumah ni . Ahad nanti surat fasakh datang menjemput abang." Selepas berkata begitu Sufi belarian naik ke tingkat atas . Ingin mengemas baju-bajunya dan berampus keluar dari rumah Danial.
"Sayang! Ya-Allah! Sekarang mama puas kan tengok kami berpecah belah! Baliklah mama! " Halau Danial. Kemudian dia mengejar langkah isterinya yang sudah terpinga-pinga ingin keluar dari rumah.
Aida hanya tersenyum . Dia menghirup teh penuh gembira. Cakap sikit je sudah terasa. Haish senang betul koyak ye hati kau Sufi.. Takpelah asalkan anak buah aku kahwin dengan keturunan kerabat . Terjamin sikit harta nenek moyang aku pada tangan yang betul. Bukan tangan perempuan kampung macam kau.... desis Aida panjang lebar . Padahal dia lagi teruk . Tidak pernah kahwin kerana terlalu memilih . Sekarang Aida sudah menjadi anak dara tua .
-
Hanani berdiri di depan pintu gelas kedai bakeri. Tertulis di singboard kedai " Soyaa bakeri" . Hendak termuntah lidahnya membaca nama kedai itu . (Author note: itulah orang kata kalau nak baca guna semua anggota mulut, bukan guna lidah je, dasar bodoh! )Tanpa membuang masa Hanani menolak pintu gelas itu. Dia berjalan penuh gaya seakan orang kaya . Walhal baru sahaja dihalau keluar dari rumah agam dan terpaksa duduk di hotel kecil dibayar secara sewa . Maklumlah orang angkuh memang selalu begitu.
"Hai Puan, boleh saya bantu?" Seorang perkerja perempuan menyapanya .
"Cik bukan Puan, I tak kahwin lagi " jelas Hanani penuh lagaknya.
Pekerja perempuan itu sudah berdesis di dalam hati . Berlagak patutlah nampak tua.
"Baiklah , cik apa yang saya boleh bantu? Nak buat tempahan ke?"
"Erh No..taste I secret recipe okay...tak main local product ni . I ke sini cuma nak berjumpa dengan boss you je . Ada nampak dia? " Soal Hanani penyibuk.
"Oh maksud cik, Puan Soyaa? Puan Soyaa kat dapur . Tengah ajar suami dia hias kek" beritahu pembantu kedai itu.
"Suami dia ada kat sini? Waw! Unexpected! "
Terbeliak mata Hanani mendengar."Ye ,tapi puan eh maafkan saya , tapi cik tak boleh masuk ke dapur . Peraturan kedai bakeri " beritahu pembantu itu lagi walaupun ada tersaduk dari kata ganti nama terhadap Hanani .
"I dont care bitch , shuh" Halau Hanani ,macam kedai mak bapak dia pula . Kemudian tubuh pembantu itu ,Hanani tolak dengan penuh sengaja. Terjatuh ke lantai terus budak pembatu itu . Kasihannya . Itulah Fateh kata ,suruh diet , bukan saja tak boleh dengar deguoan jantung . Tolak orang pun kalahlak hulk. Langsung tanpa mempedulikan apa yang terjadi, dia iaitu Hanani berjalan dengan kasut heels hitam yang tinggi .
Dia langkah dan teruskan melangkah sehinga nampak pintu berwarna grey. Ni mesti dapur dia...iew... bisik Hanani penuh kehinaan. Masuk sahaja di bahagian dapur . Dia ternampak dua figura sedang sibuk membuat corak kek .
" Abang~ Janganlah buat macam tu . Comotlah! " rengek Soyaa pada Fateh.
"Ish sayang ni , abang tengan cubalah ni . Sayang diam kejap . Susah betul nak buat gambar doraemon . Lagu kat tv macam senang . Nak buat tak pernah jadi !" Luah Fateh geram .
"Hello you all, Its me Hanani ! " sapa Hanani .
Soyaa dan Fateh berpaling serentak memandang Hanani . Terkejut mereka dengan kehadiran Hanani .
"Kau buat apa kat sini sundal! "Suara Soyaa sudah meninggi . Geram marah bercampur baur . Kacau je dia nak bergula dengan Fateh .
-
✍🏻Nah saya bagi part geram . 🥺 .
Cuba korang share korang nak bakal suami macam mana ? Jujurlah kalau saya jadi kalianlah saya amik sifat lelaki yang matang seperti Danial . Miang seperti Fateh . Sekian.
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...