45

339 15 3
                                    

Fateh mula menapak masuk ke dalam rumah . Hanani yang bantu membuka pintu sudah tersenyum . Dia iaitu Hanani cuba memeluk Fateh tetapi Fateh mengelak . Laju lelaki itu mencari Soyaa .

"Soyaa kat mana?" Soal Fateh apabila terihat yang isterinya sudah tiada di ruang tamu . Entah kenapa rasa tidak sedap hati .

Hanani sudah terkaku . Dia cuba mengorek mindanya untuk mencari alasan logik buat Fateh . Kali terakhir dia berkomunikasi dengan perempuan itu waktu dia menyiksa perempuan itu tengah hari tadi .

"Soyaa dia kat..." Hanani cuba mencari sekali lagi . Waktu macam nilah otak dia tak berfungsi .

"Aku suruh kau jaga dia , takkanlah kau tak tahu dia kat mana ! " suara Fateh meninggi .

"I mengandungkan anak you ! Macam mana I nak jaga dia pula ! Penatlah I ! " tengking Hanani pula . Suka sangat guna tiket 'mengandung anak Fateh' sebagai tutup segala kesalahan.

Fateh segera melangkah ke dapur . Meninggalkan Hanani di ruang tamu . Apa yang terlintas sekarang adalah Soyaa .

"Fateh , you nak pergi mana ! You sepatutnya pentingkan I ! I tengah sarat mengandungkan anak you ! But you asyik Soyaa je ! " marah Hanani .

Hanani mengejar langkah Fateh . Tapi entah kenapa lelaki itu tercegat berdiri memandang satu sisi . Apa yang berada di sisi dinding itu?

"Hanani , tengok apa kau dah buat! " Fateh cuba menahan amarah apabila dia terlihat Soyaa sudah terkulai lemah bersandar di dinding dapur . Muka wanita itu pucat .

"Iew busuknya dapur ni . Bau muntah" Hanani sudah menutup mulut dan hidung. Dia memandang Soyaa penuh jijik seperti dia memandang najis .

Fateh segera merapati Soyaa . Muntah wanita itu diabaikan . Dapat dilihat Soyaa menguruskan diri sendiri tanpa bantuan Hanani . Kalau Hanani bantu, tak akan ada luka di kaki bersama muntah di lantai .

"Sayang, abang dah balik...Soyaa...aku dah balik..." sapa Fateh . Suaranya membisik di telinga Soyaa .

Soyaa membuka matanya yang penat . Penat menangis . Dia mendongak memandang Fateh yang sudah di sisi . Lelaki itu cuba merangkul dirinya untuk membawa dia pergi .

Soyaa menolak tubuh Fateh supaya pergi jauh dari dirinya . Tetapi tangannya sudah lemah . Metabolisme badannya sudah rendah akibat tidak makan seharian . Semua ini salah Hanani .

"Aku dah kata....Korang lagi sakitkan aku...Bukan jaga aku pun..." luah Soyaa . Air mata jatuh sekali lagi . Lebih baik dia dengan Zulaikha .

"Aku balik. Aku nak jaga kau lah ni " terang Fateh .

Hanani yang melihat sudah menjeling menyampah . Sakit matanya melihat kemesraan Soyaa dan Fateh itu . Dia juga mahu kasih sayang dari Fateh .

"You ni asyik layan dia je . I nak baliklah " celah Hanani . Sebenarnya dia sengaja ingin memancing perhatian Fateh dari Soyaa . Pasti Fateh akan menghalangnya . Kan? Fateh kan sayang dia?

Fateh tidak melayan . Dia sudah mendukung tubuh Soyaa yang lemah itu . Rambut Soyaa juga dibelai perlahan sebelum dia melepaskan kucupan di dahi wanita itu .

"You ! I kata I nak balik ! " cebik Hanani tak puas hati .

"So? Balik jelah " Itu saja Fateh balas sebelum dia naik ke tingkat atas, ke biliknya sambil itu juga dia mendukung tubuh Soyaa .

Hanani tercengeng seketika . Itu saja Fateh balas? Tak sampai lapan perkataan seperti selalu pun !

"You tak sayang I pun ! I mengandungkan anak you tau tak ! Perempuan tu bukan boleh mengandungkan anak you pun ! Dia dah lumpuh ! Tak lama lagi dia mati ! Mati !" Jerit Hanani kasar .

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now