49

472 21 11
                                    

Soyaa mendail nombor rakan baiknya , Sufi untuk meminta pertolongan . Almaklumlah sejak Sufi berbadan dua , kehidupan kawannya itu bertambah bahagia . Tiada lagi yang datang memporak-peranda rumah tangga Tengku Danial dan Sufi . Hal ini kerana Tengku Danial adalah suami yang matang dalam selesaikan masalah bukan seperti Fateh dan oleh sebab itu dia meminta pertolongan Sufi .

"Hello Soyaa kenapa kau call aku ? Ada masalah lagi ke ?" Soal Sufi risau . Mana tidaknya jam 12 malam seperti ini Soyaa menghubunginya . Tidakkah pelik ?

"Aku nak kau bawa aku lari ke makhamah esok . Aku nak tuntut fasakh . Aku nak cerai . Aku taknak dah Fateh , " kata Soyaa penuh terus terang.

"Wait-wait . Cerai ? Kenapa Fateh buat apa ?kau jangan kata Fateh dengan perempuan tu lagi ! "

"Malangnya , ya . Dia buat perangai dia balik . Aku tak tahan dah Sufi . Masing-masing fitnah aku untuk jatuhkan aku . Pipi aku ni dah dua kali kena tampar . Satu dengan bapak perempuan tu . Satu dengan suami aku . " Jelas Soyaa .

"What ! Woi apa masalah suami kau ! Terencat otak ke ! Hanani tu adik dia kut ! Boleh pula ada perasaan berkasih sayang ! Bukan boleh kahwin pun ! " marah Sufi tak puas hati . Mahu saja dia lepaskan tumbukan padu sehingga pecah muka Fateh . Harap je tampan tapi perangai tak berakal panjang .

Soyaa tersenyum syukur kerana ada juga yang faham tentang keadaannya . Sufi tersangatlah memahaminnya , bersyukur sangat ada kawan macam tu. Terutamanya yang jenis memahami perangai Fateh yang tak cukup akal itu .

Dalam masa yang sama ketika Soyaa menangis menghubungi Sufi . Tiba-tiba suatu tubuh mula menghampiri Soyaa yang duduk di atas katil bersaiz queen . Dia sudah dapat dengar separuh perbualan mereka .

"Call siapa?" Tanya Fateh tersenyum sinis . Rambut Soyaa ditarik ke belakang . Geram . Entah kenapa rasa dikhianati.

"Sa-sakitlah Fateh! " Adu Soyaa . Kulit kepalanya rasa mahu tercabut akibat tarikan yang mengejut .

Fateh tidak peduli . Terus dia merampas handphone Soyaa lalu dicampak ke dinding kasar . Dia sudah hilang sabar dengan Soyaa . Cacat-cacat pun masih ada idea nak larikan diri . Gila.

"Aku tanya ni kau call siapa Soyaa? Jawablah ! " tengking Fateh .

"S-Sufi ..." kata Soyaa jujur . Tangan cuba menolak tangan suaminya yang mencengkam kuat rambutnya . Tapi malangnya gagal . Cengkaman makin dikuatkan.

"Tak payah tipu . Kau call Asyraf kan? Kau sengaja buat aku naik darah Soyaa . Kau memang sengaja ! " tengking Fateh . Dahi Soyaa ditunjal kasar .

"Kenapa kau susah nak percaya aku Fa-Fateh ... Cubalah check sendiri kat phone tu . Sah-sah ada nama Sufi...adu sakit"

Fateh mencengkam kuat . Dia tersenyum psiko. Pantang dia orang cuba memanipulasi keadaan . Itulah yang tersemat di hati . Kau ingat kau boleh tipu aku Soyaa?

"Aku susah percaya sebab kat rumah ni kau yang paling banyak buat hal . Kata jela kau susah nak lupakan Asyraf kan ! Lepastu kau cadang dengan dia kau nak cerai dengan aku kan ! " Fateh masih dalam fikirannya .

Soyaa menangis meminta dilepaskan . Fateh pula terus menerus menyeksa isterinya . Setelah puas dengan tangisan isterinya . Dia melepaskan cengkaman tangannya dari rambut Soyaa . Kemudian dia meludah pada wajah Soyaa .

"Aku jijik dengan kau Soyaa . Jijik dengan perempuan macam kau . Jahat dalam diam . Agaknya betul lah apa Dato Hashim kata . Kau seumpama perempuan sund@l ! " kata Fateh sambil butang baju kemeja putihnya dibuka . Wajahnya merenung tajam Soyaa seakan memerlukan sesuatu .

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now