Hanani berjalan di shopping mall di bukit bintang . Dia sengaja mahu makan angin . Ingin mengajak Fateh bersama-sama tapi lelaki itu sibuk dengan Soyaa pula . Semak je si Soyaa tu . Orang nak berdua dengan Fateh pun tak boleh .
Dia duduk di sebuah bangku tersedia setelah penat berjalan di dalam Mall . Sejak mengandung ni, badan dia kerap kali rasa letih . Babybump pun sudah mula nampak.
Dia tahu yang anak dia kandungkan tu anak Asyraf tapi dia tak mahu akui pada Fateh . Kalau dia mengaku , dia tak dapat bermesra dengan Fateh ."Hanani," Seseorang memanggil nama Hanani . Asyraf . Lelaki itu rupanya turut bersiar-siar di shopping complex .
Hanani menoleh memandang Asyraf yang menegurnya . Pandangan meluat diberi buat Asyraf . Baru teringat bapa kepada kandungan, terus datang empunya nama .
"Asyraf? Buat apa kat sini?"
"Apa you ingat you sorang je ke boleh ke mall? I pun nak juga bersiar-siar kat mall" terang Asyraf . Bibir masih mekar senyuman .
Hanani hanya meng-oh kan saja . Sesekali dia memandang lebam di leher lelaki itu . Dah kenapa lebam sebesar tapak tangan . Takkanlah lovebite .
"Leher kau tu kenapa?" Tanya Hanani . Dia ingin tahu .
"Oh lebam, baru gaduh semalam" beritahy Asyraf . Tak sangka Hanani peduli tentangnya .
"Ha gaduh! Dengan siapa?" Sekali lagi Hanani bertanya . Risau pula melihat .
"Betul nak tau siapa? Cuba teka ? " Soalan Hanani tidak dijawab malah seakan main teka teki pula .
"Malas nak teka. Kalau taknak bagitahu tak apalah " Hanani sudah malas meneka . Baginya Asyraf tidak penting .
"Gaduh dengan Fateh . Baguskan plan kau Hanani? Tangkap gambar aku dengan Soyaa senyap-senyap . Lepastu post kat Fateh" Panjang lebar Asyraf berkata .
Tercengang Hanani mendengar . Tak sangka Asyraf tahu plannya yang satu itu . Adakah itu punca Fateh bergaduh dengan Asyraf?
"Fateh tumbuk kau sebab dia cemburu kau dengan aku?" Tanya Hanani . Tiba-tiba saja Hanani perasan yang Fateh terlalu mencintainya . Bak kata pepatah bagai perigi mencari timba . Tulah terdesak dengan lelaki orang <3.
"Cemburu aku dengan kau? Jenaka apakah . Mestilah dia cemburu aku dengan Soyaa . Tapi aku dah jelaskan dah kat dia " terang Asyraf . Dia tersenyum suka.
"Jelaskan apa? Jelaskan yang kau nak Soyaa?" Tanya Hanani lagi tak mahu kalah.
"Bukan"
"Habistu?" Hanani masih ingin tahu .
Asyraf tersenyum perli . Dia menarik rambut perang Hanani kasar . Mukanya dirapatkan dengan wajah Hanani yang sudah mengetap gigi . Mungkin menahan sakit . Tapi biarkan wanita itu rasa sakit yang dia rasa .
"Jelaskan yang anak kau kandung tu anak aku, bukan anak Fateh " kata Asyraf . Kemudian dia melepaskan cengkaman rambut Hanani kasar .
Hanani sudah membulat mata. Terkejut . Rahsianya sudah pecah? Biar benar . Sekarang Hanani perlu mencari plan lain untuk merapat dengan Fateh dan mencari jalan untuk menutup kebenaran yang satu itu . Masalah Hanani sudah bertambah .
"Kau kenapa Asyraf ! Kau kata kau suka sangat Soyaa ! Aku dah bantu ! Ikut jela plan kita ! " tengking Hanani geram . Orang ramai mula memandang Hanani yang menjerit seakan orang tidak waras .
"Sekejap, plan kita? Sejak bila aku bersekelompok dengan kau? At least gila bayang aku tak buat fitnah macam kau . Perempuan macam kau layak dipanggil Sundal " Asyraf sengaja menambah api pada Hanani .
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...