Soyaa mula masuk ke dalam hospital . Di dalam hospital kelihatan ramai orang yang mempunyai sakit tersendiri . Ada yang menangis . Ada yang beriak selamba . Ada pula doktor dalam keadaan kelam-kabut . Namun itu semua kira normal dalam hospital . Takkanlah dalam hospital buat makan-makan kan?
Disebabkan Soyaa tidak tahu di manakah Fateh dan Hanani . Soyaa terpaksalah bertanya pada seorang jururawat yang sedang bertugas di ruang yang tersedia . Pendek kata kaunter pertanyaan .
"Maaf menganggu . Pesakit bernama Hanani ada kat mana ya?"
"Oh Hanani anak Dato Hashim ke? Dia dekat tingkat 2 bilik nombor 3 bahagian VIP"
"Bahagian VIP?" Terkejut Soyaa bertanya . Fuhlamak sampai ke ruang VIP .
Husnuzonlah Soyaa, mungkin Fateh nak Hanani selesa . Soyaa cuba menyedapkan hatinya yang supaya bersangka baik pada suami .
"Oh baiklah . Terima kasih , " ucap Soyaa sambil tersenyum manis . Dia ingin berjumpa sekarang juga . Tapi rasanya Fateh sudah ke tempat kerja .
"Eh kejap Cik !" Panggil jururawat itu .
"Ya? " Terpaling sekali lagi Soyaa memandang jururawat itu . Cuak seketika dipanggil begitu .
"Tapi suami dia tengah melawat dia . " beritahu jururawat itu .
"Suami? Siapa eh? "Habis kerut kening Soyaa bertanya . Aneh . Sejak bila Hanani kahwin ?
"Ya suami dia . Encik Fateh Ar'vile "
Hati Soyaa sudah rasa sakit . Seperti ditikam oleh suami sendiri bertubi-tubi . Sampai hati Fateh mengenalkan dirinya sebagai suami kepada wanita itu. Entah kenapa perlu mengatakan Fateh itu suami Hanani . Padahal mereka adik-beradik sebapa . Penting sangat ke Hanani tu sampai kena cover status?
"Oh . Saya pun bini Encik Fateh. Bini yang lebih sah " jelas Soyaa tegas . Dia memberitahu status dengan yakin sekali . Buat apa dia nak malu? Hanani yang patut malu . Menumpang kasih orang .
Jururawat itu sudah terdiam . Mungkin terkejut mendapat tahu pekara sebenar . Tapi sekurang-kurangnya kuranglah sakit hati Soyaa apabila mendapat berita itu . Cuma itulah, Fateh mengaku orang lain sebagai isteri berbanding dirinya yang memang sudah halal buatnya .
Tanpa membuang masa . Soyaa melangkah ke arah lift yang tersedia untuk dia pergi ke tingkat dua . Nasib baik dia terdetik hendak datang . Kalau tidak . Entah apa yang akan mereka lakukan . Harap-harap Fateh tahulah batasnya sebagai seorang suami .
-
Fateh mengusap manja perut Hanani . Dia menyangka yang kandungan itu benar-benar dari benihnya . Jadi dia tidak akan terlepas peluang ini sebagai seorang bapa ."Baby you tak sabar sangat eh nak jadi ayah? Kenapa Soyaa tu takleh mengandung ke?" Soal Hanani .
"Erm" Fateh tidak mahu menjawab .
"Takpelah . I tau you susah nak kata yang bini you tu dah slowly mandul . Sokay . I kan mengandung anak you" Pujuk Hanani . Rambut Fateh diusap manja .
Pada saat itu aksi mereka amatlah mesra . Mengalahkan orang yang dah berkahwin . Si Fateh sedang mengusap perut Hanani dengan kepala bersandar di sebelah tubuh Hanani . Wanita bernama Hanani itu sudah tentu mengambil kesempatan supaya aksi mereka lebih mesra .
"Nanti anak ni lahir , you rasa nak bagi nama apa? Kalau perempuan I rasa nak bagi nama dia Eliana Ar'vile . Kalau lelaki I nak bagi nama
Aric Ar'vile, okay tak?""Hm okay je sayang " akur saja Fateh .
"Ehehe. You taknak cium perut I ke? Baby pun nak kiss dari daddy dia " terang Hanani penuh gaya manja dan mengada-ngadanya .
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...