Soyaa perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Fateh . Hari ini Fateh sudah mula berkerja walaupun dia sebagai isteri tidak tahu apa kerja suaminya itu . Jadi oleh disebabkan itu dia bertindak dengan mencuri-curi masuk ke dalam bilik Fateh untuk menyelongkar apa yang dirahsiakan oleh lelaki itu. Dia telah mengupah pembantu rumah supaya menutup mulut tentang apa yang dilakukannya. Bukan rasuah ya, lebih kepada upah.
Buat kali pertama dia kagum seketika yang bahawa suaminya jenis pembersih. Bukan senang nak dapat lelaki yang berdikari dan tahu kemas sendiri . Lihatlah di atas katil Fateh . Semuanya sudah dilipat kemas . Baju kotor pun sudah masuk ke dalam bakul kotor .
Dah Soyaa. Kau ke sini bukan sebab nak kagum kat Fateh . Kau nak tau Fateh ni kerja apa. Bisik Soyaa kepada diri sendiri supaya fokus pada niat asal.
Maka Soyaa meneruskan langkah mencari maklumat. Sedang sibuk dia mencari , tiba-tiba anak matanya tertumpu pada suatu gambar yang tersusun di atas almari. Dia tertarik pada gambar itu . Gambar Fateh dengan Hanani .
Kemudian Soyaa menterbalikkan frame gambar itu. Tertulis " best couple forever" . Soyaa tersenyum penuh sinis .
"Best couple konon. Sekali aku jadi bini dia. Hampeh" kata Soyaa sinis . Kemudian dia meletakkan semula frame gambar di atas almari . Baru sahaja dia mahu letak. Satu buku menghempapnya. Buku latihan biasa .
Soyaa mencapai buku itu . Dia membuka buku itu . Mana tahu ada maklumat yang dia mahu cari di situ .
-
Tarikh : 12.12.2014.
Tempat : Mexico .
Tajuk : Kekasih.Hari ini aku berjumpa dengan Hanani .
Dia kelihatan cantik sekali .
Berbaju gaun merah labuh .
Wajahnya yang putih dan gebu membuatkan aku sekali lagi jatuh cinta pandang pertama . Namun semua itu hanya sementara .
Aku tahu ia tak akan kekal .
Sebab itu ada yang menarik dari rupanya jelita .
Kecerdikannya.
Ketabahannya .
Tambah-tambah lagi
kerelaan dirinya bersama aku dalam susah senang .
Aku amat mencintainya .
Tidak mahu aku bersama selain dirinya .
Hanani hanya milik Fateh seorang .
Buat selama-lamanya.-
Soyaa sudah rasa sebersalah . Tetapi dia cuba mencari kekuatan dengan menyelak muka surat . Niat dia masih sama, mahu tahu pekerjaan Fateh itu saja.
-Tarikh : 12.12. 2015
Tempat: Australia
Tajuk : Cinta .Senang sekali aku bertemu si kekasih bernama Hanani . Dua tahun kami bersama tiada halangan . Tidak bergaduh . Tidak juga curang . Kami setia . Aku harap tiada lain selain dirinya.
-
"Hanani tu baik sangat kut dulu . Hm baguslah " kata Soyaa seorang diri. Muka surat lagi diselak dan dibaca.-
Tarikh: 12. 12. 2016
Tempat: Paris
Tajuk: Kota indah bersama cinta.Paris. Kota Idaman Hanani dan aku .
Cantik dan berseni kota tersebut .
Banyak tempat sejarah dan berseni yang dapat kami pergi di sana ,bersama -sama memegang tangan .
Aku merangkul pinggangnya.
Dia juga membalas rangkulan pinggang aku .
Kami berkucupan lama di hadapan menara paris pada waktu malam . Sungguh indah!
Ahh... Tak dapat dilupakan saat kami bergambar dengan lukisan yang terkenal itu . MonaLisa dan juga ...malam pertama kami di dalam hotel . Saat tubuh dan cinta kami bersatu pada malam itu .
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomansaAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...