Soyaa merenung dirinya dalam cermin . Tangan kanannya sudah menyentuh parut jahitan dan kesan terbakar di separuh mukanya . Terketar-ketar dia cuba menyentuh . Air mata yang ditahan dari tadi terus jatuh .
"Hodohnya aku ....hik....Mesti Fateh jijik dengan aku....Oh lupa dia kan pentingkan Hanani, " kata Soyaa sambil menangis. Air mata deras laju . Sakit pedih luka yang terkena air mata diabaikan . Dia sudah tidak mampu hendak tersenyum . Niatnya cuma mahu melarikan diri . Malah sekarang ditimpa malang lagi .
"Puan Soyaa !" Suara Zulaikha mula laung kuat . Mungkin sudah memedam rindu pada Soyaa yang sudah lama tak dengan khabar berita . Lagipun dia amat sayang pada isteri majikannya itu berbanding Hanani.
Soyaa berpaling melihat empunya suara itu . Dia tersenyum tawar melihat Zulaikha sudah berlari laju ke arahnya . Orang ramai yang sedang rehat dan baring di satu bilik ward yang sama sudah memandang aneh .
"Puan , saya rindu puan" Ucap Zulaikha . Dia menangis terharu dapat bertemu Soyaa.
"Saya minta maaf tak dapat datang rumah mak awak Zu, tengoklah saya sekarang ni Zu...Saya dah tak macam dulu " Soyaa sudah merendah diri atau mungkin meng-down kan dirinya . Siapa saja tak sedih dengan rupa yang berparut , wajah separuh terbakar, kaki pula lumpuh .
"Ini semua salah saya. Kalaulah saya tak paksa Puan Soyaa ke rumah mak saya. Kalaulah saya halang puan haritu mesti puan tak rasa macam ni ...hik...hik..." Zulaikha menangis . Kemudian tubuh Soyaa dipeluk .
"Tak apalah Zu. Benda dah jadi . Saya pun tak lama lagi jadi janda kan? Baguslah tu" Soyaa membalas kata . Masih merendah diri dan rasa bersalah walhal semua ini punca dari suaminya Fateh .
"Puan jangan cakap macam tu . Saya ada . Tuan Fateh pun ada . Dia takkan tinggalkan Puan dah . Saya yakin dia boleh sayangkan puan lagi " Pujuk Zulaikha .
Soyaa menggeleng lemah . Dia sudah putus asa dengan Fateh . Banyak peluang dia bagi . Tapi lelaki itu masih melukainya . Andai Hanani itu kebahagiaan Fateh dia relakan saja walau hatinya penuh terluka .
"Buat pengetahuan Puan, saya tak datang seorang diri je kat sini . Masa saya dapat call dari pihak hospital , saya dengan seseorang tu terus bertolak ke sini .kami berdua sayang Puan Soyaa ." Jelas Zulaikha pula .
"Apa maksud awak seseorang?"hairan Soyaa bertanya .
Pertanyaan tidak dijawab . Sebaliknya satu figura yang dia pernah cintai mula menapak menghampiri dia dan Zulaikha. Siapa lagi kalau bukan Fateh Ar'vile . Lelaki itu datang membawa sejambak bunga mawar dengan sebotol 500ml air soyaa . Walau lelaki itu membawa hadiah untuk memujuknya , namun dapat dilihat wajah sebam lelaki itu . Menangiskah dia ? Kenapa menangis ? Sebab Soyaa?
"Sayang..." Panggil Fateh pada Soyaa . Dia mula merapati .
Soyaa segera berpaling muka . Tidak mahu memandang Fateh . Kalau Fateh ada ego . Dia pun ada . Dia berhak ada rasa bahagia dan cinta . Tapi bila teringatkan betaap teruknya perilaku lelaki itu terhadapnya . Perasaan cinta itu terhalang .
"Baliklah kau , surat fasakh on the way . Jumpa kat mahkhamah je nanti " ucap Soyaa keras .
Zulaikha yang memerhati sudah terdiam. Dia sudah nampak yang Soyaa sudah berubah rasa . Tadi menangis kini benci . Mungkin luka Fateh tinggalkan itu dalam . Mana tidaknya , lelaki itu sudah banyak kalu selingkuh pada Soyaa . Maka tak semudah itu wanita bernama Soyaa akan maafkan .
"Sayang, abang tau abang salah . Abang lebihkan Hanani . Tapi abang nak bagitau yang abang cemburu, "jujur Fateh memberitahu.
"Cemburu? Cemburu apa !" Suara Soyaa meninggi .
"Cemburu awak dengan Asyraf" terang Fateh .
Soyaa menahan air mata tadi terus ketawa sinis . Cemburu? Fateh cemburu? Ceh-
"Habistu awak pegang pegang dengan Hanani , saya ni awak ada peduli? Perasaan cemburu saya ni ada awak peduli ke Fateh ! Tak ada kan , so shut up your mouth and pergi mampus! " marah Soyaa . Kini dia melepaskan amarahnya yang sekian lama terpedam .
"Hanani tu adik saya . Perasaan cemburu awak tu tak berguna pun . Kenapa perlu cemburu kat adik ipar sendiri kalau awak memang dah sah jadi isteri saya"
terang Fateh pula. Tak mahu kalah .
"Tak berguna awak cakap? Hei saya keluar dengan Asyraf baru sehari je tau. Tu pun saya nak bantu dia move on . Awak dengan Hanani tu siap peluk, cium perut . Macam mana saya tak cemburu ! " balas Soyaa.
"Soyaa , dengar . Aku takleh sabar dah . Kau ambil bunga ni . Minum air ni . Bertenang . Tak perlu nak masuk campur kan Hanani dengan masalah rumah tangga kita ."
Fateh cuba mengawal sabar . Dia datang sini nak berbaik bukan mengungkit . Dalam masa yang sama sejambak bunga dihulur bersama air botol Soyaa.
Soyaa tidak mengambil . Malah kedua benda itu dicampak kasar ke tepi . Baginya pujukan Fateh langsung tidak berguna . Lelaki itu masih menangkan Hanani .
"Aku bukan nak masuk campurkan hal luar . Tapi memang masalah rumah tangga kita asalnya punca dari kau dan Hanani ! " tegas Soyaa bersuara.
"Tak , masalah rumah tangga kita sekarang ni kau dengan Asyraf . Tu je . Aku tak suka kau dengan Asyraf, "
Fateh masih menekankan topik dia . Maklumlah dia rasa dia yang betul .
Zulaikha memerhati geram Fateh . Kalaulah dia tak ada perasaan malu, sudah lama dia menumbuk muka Fateh. Biar bodoh lelaki itu pergi . Tapi disebabkan mak dia pesan jangan masuk campur . Jadi dia hanya mampu jadi pendengar jelah .
"Masalah rumah tangga kita berpunca Hanani . Please Fateh buka mata . Kau kata aku isteri kau . Kau sepatutnya menangkan aku ." Soyaa sudah tidak mampu marah . Dia penat mengalah . Mengalah dengan Fateh dan Hanani .
"Soyaa , kau tak boleh nak salahkan Hanani je . Aku dengan dia dah kenal lama . Aku kenal baik buruk dia . Jadi jangan sesekali kau burukkan nama dia ! " Fateh sudah menengking.
Soyaa sudah menangis . Dia tidak mampu bertahan . Dadanya rasa sebak . Mungkin inilah takdir. Takdir yang dia tersalah pilih suami .
"Soyaa, jangan menangis . Aku cakap fakta , aku harap kau faham" Fateh cuba memujuk Soyaa pula. Terasa bersalah pula nenengkin . Jari telunjuk lelaki itu cuba menghapus air mata wanita itu .
"Kau asyik menangkan dia je Fateh . Aku penatlah hik...hik..." Soyaa terus menangis . Tangan Fateh ditepis daripada mengusap wajahnya . Dia jijik dengan lelaki itu .
"Aku tak menangkan sesiapa. Aku memang percaya dia tak salah . Kesianlah kat dia Soyaa, maafkanlah dia. Dia hampir keguguran anak aku sebabkan kau . Kira baiklah dia masih tak berdendam dengan kau " ucap Fateh yang terlampau pandai .
"Macam mana pula dengan aku Fateh ? Aku ...Isteri kau ... Aku orang pertama keguguran anak kau sebab dia . Ta-tapi kau masih menangkan dia?" Soyaa menangis sambil membalas ucapan Fateh yang menyakitkan hati dia .
"Tu kisah lama Soyaa" Fateh cuba menenangkan Soyaa . Malu pula orang ramai sudah mula memandang . Zulaikha pula sudah mengertap gigi . Marah sungguh!
"Bukan tu je . Kau tengoklah aku sekarang Fateh ...hik...hik...Wajah aku ...Kaki aku...Aku dah cacat sebab nak pertahankan diri aku as isteri kau . Tapi kau masih menangkan perempuan sial tu..."
"Soyaa...Aku masih terima kau seadanya, aku cintakan kau" kata Fateh lagi .
"Kalau masih terima aku seadanya, kalau kau masih cintakan aku, jadi kau lupakan Hanani" pinta Soyaa .
"Maaf sayang, aku tak boleh. Aku pun masih cintakan dia . " kata Fateh . Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Soyaa . Mungkin dia masih tidak dapat membuatkan keputusan .
Soyaa pula memerhati lemah . Dia mengesat air mata yang mengalir dari tadi . Nampak sangat Fateh tidak sayang akannya .
Sampai hati kau Fateh....
-
✍🏻dah update. Sorry kalau cerita ni tak best . Saya nak menangis dalam jamban jap.
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
Roman d'amourAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...