"Bolehlah abang . Sayang nak ikut , " rayu Soyaa pada Fateh . Dia sudah melompat di atas katil seakan anak kecil. Cuba mencuri perhatian si suami supaya membenarkan dia melawat Hanani . Sudah dua hari suaminya melawat Hanani seorang diri . Lagipun dia juga merupakan punca Hanani pendarahan . Jadi dia mahulah bertanggungjawab seperti perwira supaya orang tak mengatakan dia pengecut.
Fateh tidak menjawab . Membuatkan Soyaa berasa geram . Sesekali mata Soyaa memandang suaminya yang sedang bersiap di hadapan cermin . Nasib seksi . Kalau tak dah lama kena penyepak sebab pura-pura pekak .
"Abang dengar tak apa sayang cakap? Sayang nak melawat Hanani jugak . Kita pergila berdua . Bolehlah?" Pinta Soyaa tanpa henti ."Tak boleh" Akhirnya Fateh menjawab dua patah perkataan.
"Ala..." Soyaa sudah tak puas hati . Dia segera merapati tubuh suaminya yang sudah siap tersarung kemeja putih . Kemudian dia memeluk tubuh Fateh itu walau keras seperti batu.
"Abang boleh lah? Please.."Rayu Soyaa tidak mahu mengalah . Dia akan merayu selagi Fateh tidak menjawab 'ya' .
"Tak boleh sayang. Tak apa biar abang yang tolong sampai maaf sayang ya? Lagipun sayang fahamlah Hanani tu macam mana kalau jumpa sayang ." Terang Fateh . Hidung isterinya dicuit manja .
"Hm" Soyaa sudah memuncung bibir . Kalau meminta banyak kali pasti Fateh menyampah .
"Okaylah. Abang pergi dulu . Lepas lawat dia, abang nak terus ke kerja . Ada hal."
"Ok . Nak salam..." pinta Soyaa kepada Fateh.
Fateh teragak-agak mahu hulurkan tangannya . Bukan apa dia cuma entah kenapa dia dapat bayangkan betapa jahatnya tangan isterinya menolak Hanani sehingga berlaku pendarahan . Maklumlah dia sejenis sukar melupakan kesalahan orang . Lagi-lagi kalau kejadian itu terlibat dengan orang yang dia rapat dan sayang.
Soyaa memandang sinis tangan suaminya yang seakan-akan tidak rela di sentuh . Dia faham sangat yang suaminya sudah tawar hati selepas kejadian dia tertolak Hanani tanpa sengaja di pusat beli belah hari itu . Itu pun dia tolak sebagai self defense . Takkanlah nak biarkan Hanani terus memalukannya kan? . Dia juga pun ada maruah .
"Takpelah. Tak perlu nak salam . Takut bau perfume kat tangan abang hilang . Jadi sayang doakan selamat sampai ke sana elok-elok tau? Sayang abang !" Kata Soyaa riang cuba mengelak perasaan terasa hati . Dia memeluk seketika tubuh suaminya itu .
"Terima kasih sayang . Doakan Hanani cepat sembuh tau" terang Fateh .
"Baik . Kirim salam kat dia jugak ! Jangan lupa sampai maaf saya kat dia jugak tau?"
"Erm okay"
Kemudian Fateh melangkah keluar dari bilik. Dia sudah siap bersedia ingin melawat Hanani . Soyaa hanya memerhati suaminya berlalu pergi . Dalam diam dia sudah sedih dengan perubahan sang suami .
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...