39

261 19 6
                                    

Soyaa menutup pintu almari kasar setelah dia mengeluarkan semua pakaian miliknya . Pakaian yang terabur di atas katil pula segera di sumbat masuk ke dalam beg jenis luggage . Dia tak mahu terus di sisi Fateh kalau Fateh sudah memilih Hanani berbanding dirinya .

"Puan mahu ke mana? " soal pembantu rumah .

"Lari " jawab Soyaa sepatah .

"Lari ? Lari ke mana? " tanya pembantu rumah itu lagi . Mana tidaknya . Balik saja Soyaa dari hospital . Wanita itu terus lari ke tingkat atas . Menghempas kuat pintu bilik . Marah sungguh !

"Lari jauh dari Fateh ...hik...Lari jauh sangat-sangat ...kalau jauh tu adalah kematian...saya sanggup pergi "
Kini jawapan Soyaa sudah bertemankan air mata deras . Hatinya sakit teramat dengan kelakuan Fateh dan Hanani .

Pembantu rumah yang mendengarkan itu terus terkejut . Memang sah tekaanya di dapur tadi tentang Soyaa bergaduh dengan Fateh . Simpati dia melihat Soyaa bersedih sebegitu .

"Puan jangan pergi . Encik Fateh maybe salah faham kut" Dia cuba memujuk Soyaa.

"Salah faham apa? Dia curang ! Dia tak sayangkan saya dah ! Dia pilih Hanani ! Hanani yang darah daging dia ! Dia nak jadikan perempuan gila bayang tu isteri dia ! Bukan saya ! Saya ni cuma anak yatim piatu , anak dara tua ! " luah Soyaa .

Air mata masih basah . Sungguh dia tidak sanggup hadap ujian yang sama . Dia penat dengan perangai tak matang Fateh membuat pilihan . Langsung tak memahaminya . Langsung menyebelahinya .

"Tuan curang dengan Hanani lagi?"

Terkejut pembantu rumah mendengar luahan Soyaa . Baru saja dia ingin mengeluh tenang apabila majikannya , Fateh memilih Soyaa sebagai isteri dengan layanan manis bak gula . Tapi sekarang?

Soyaa sudah terduduk di lantai. Dia sudah lemah selemahnya dengan perasaan yang sukar dibicara lagi . Jujur dia tidak tahu mahu lari ke mana lagi . Dia cuma mahu lari sejauh mungkin supaya dia dapat melupakan Fateh . Dia mahu bina bahagia sendiri andai semua orang tidak bisa membahagiakannya.

"Saya...Saya dah tak ada sesiapa lagi ...Saya penat...hik...Saya penat ...Penat dengan semua ni ...Dulu Asyraf ... lepastu Fateh...sekarang pun Fateh buat lagi ... saya nak adu kat keluarga saya , keluarga saya mati...kenapa saya tak mati sekali ! Saya taknak hidup macam ni ! " Suara Soyaa meninggi . Mungkin sudah terluka sedalamnya .

Pembantu rumah sudah simpati mendengar . Tidak tahu mahu menolong bagaimana . Tiba-tiba dia teringat seseorang yang selalu sunyi . Ibunya . Wanita itu sentiasa mengeluh kesunyian di rumah . Memerlukan seseorang yang peramah untuk meriangkan rumah . Mungkin orang tersebut adalah Soyaa.

"Puan, Puan balik rumah mak sayalah kat sungai besar . Tuan Fateh tak tahu pun kalau puan menetap kat situ . Lagipun mak saya baik . Dia tak ada kawan . Mesti dia layan puan macam dia layan anak dia iaitu saya . Penuh kasih sayang " cadang Zulaikha . Nama pembantu rumah itu .

"Be-betul ke?" Soyaa mendongak memandang Zulaikha yang berdiri tegak di sisi .

Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk . Kemudian tangan kanannya menghapuskan air mata yang mengalir di pipi Soyaa . Nampak sangat dia baik dan ingin membantu Soyaa menenangkan fikiran .

"Sudahlah Puan . Jangan jatuhkan mahkota sebab lelaki tak guna . Banyak lagi kumbang kat luar sana . Kalau Tuan Fateh ceraikan Puan . Saya akan tarik diri dari kerja kat sini . Saya taknak kerja dengan majikan yang tak reti kaca dan permata ni ." Jelas Zulaikha panjang lebar .

"Terima kasih...Zulaikha..."

"Sama-sama . Kita kan perempuan? Kenalah support satu sama lain, nanti saya inform kat mak saya and saya share location kat Puan . Sekarang puan pergilah sana . Sebelum Tuan Fateh balik "

"Baik" Akur Soyaa.

-

Samuel menunggu di dalam kereta . Dia menunggu Soyaa keluar dari kawasan rumah. Bagi yang lupa siapakah Samuel . Samuel adalah orang suruhan Dato Hashim yang di upah untuk membunuh Soyaa . Jadi hari ini dia memulakan rancangannya .

"Boss lambat lagi ke perempuan tu nak keluar?" Soal rakan sekerja Samuel . Alif .

"Kejap lagi kut . Dah kita sudah bayar lebih jangan nak merungut pula . Langgar sampai mati ingat" tegas Samuel bersuara .

"Yelah saya taulah . Eh kejap ...tu ke kereta perempuan tu" Alif sudah memuncung mulut pada kereta yang sudah keluar dari rumah besar milik Fateh.

Samuel segera menoleh . Memandang kereta yang mula keluar itu . Disebabkan cermin kereta milik Soyaa kurang gelap. Jadi dia dapat melihat bayang Soyaa sedang memandu kereta .

"Ha tulah . Start enjin cepat, kita kejar . Sampai je jalan Sunyi , kita langgar dia . Mati tau, jangan bagi dia hidup pula " terang Samuek tegas sekali lagi . Manalah tahu rakan sekerjanya jenis cuai dak berapa nak cekap . Almaklumlah newbie.

"Ya saya taulah ish" Sekali lagi Alif cuba mengiyakan kata-kata Samuel. Fikir aku bodoh sangat ke?

-
"I balik dulu Hanani . Esok I datang lagi . Tak sampai hati biar Soyaa seorang diri kat rumah " kata Fateh kepada Hanani yang sudah meletakkan kepala di bahu Fateh .

Hanani segera mengangkat kepala . Kemudian wajahnya diangkat memandang Fateh . Tangan pula sudah mengusap manja dada Fateh .

"Tapi, baby macam mana?" Terkebil-kebil Hanani bertanya. Tidak mahulah dia melepaskan Fateh sekarang . Baru nak bermanja-manja .

"Jangan risau esok I melawat , lagipun esok you dah boleh check out kan? Nanti I hantar balik. Sekarang ni I risau kat Soyaa je . Tak sedap hati" Terang Fateh lagi .

"Ala, biarlah dia . Nak mati kan ? Biarlah dia buat apa je kat rumah . Fokuslah kat I , please baby , you kata you sayang anak kita " rengek Hananj manja . Tangannya sudah mengenggam tangan Fateh erat .

Fateh sudah melepaskan genggaman tangan Hanani . Tak suka apabila Hanani merengek tidak faham bahasa seperti ini.

"I masih suami dia, jahat-jahat I pun . I ada tanggungjawab kena selesaikan . And can you stop kata mati kat dia? Tak baik . " Fateh sudah bertegas .

"Ceraikan jela dia . So you tak perlu nak bertanggungjawab kat dia dah . You bebas dengan I . Kita create new story about us " Hanani masih degil tidak faham bahasa.

"Cerai? No ! Walau buruk macam mana perangai dia . I masih sayangkan dia . Dia pun sayangkan I " Nampaknya Fateh masih ada rasa sayang pada Soyaa . Cuma dia keliru mahu pilih yang mana, Hanani atau Soyaa . Bodohkan? Tapi itulah kenyataan.

"Are you sure dia sayangkan you? Mana tahu dia ada lelaki lain..." sinis Hanani membalas.

"What you mean ada lelaki lain? Dia kenal I dengan Danial . Takkkanlah dia nak ada skandal dengan Danial yang dah jadi suami kawan baik dia sendiri ! "

"No I mean , her kekasih lama yang mula kembali" terang Hanani pula. Senyumannya sudah meleret .

Kemudian tangan Hanani mencapai handphone di sisi katil . Jari wanita itu mula pergi ke gallery handphone . Satu gambar Soyaa dengan Asyraf yang sedang duduk menghadap satu sama lain di starbucks ditujukan kepada Fateh .

"Mana you dapat ni? " soal Fateh . Tak sangka apa yang dilihat olehnya, yang Soyaa masih bersama dengan Asyraf . Ingatkan dah move on .

"Well you tak payah tau . Yang you perlu tahu dia cuma nak harta you . Bukan diri you . Macam tak faham pula kalau minah kampung dapat laki bandar jadi macam mana . Lagi-lagi bila dapat orang berpengaruh tinggi macam you " panjang lebar Hanani cuba menghasut fikiran Fateh .

Fateh sudah mengubah rupa . Di mana tadi dia beria mempertahankan Soyaa . Kini wajahnya sudah merah menahan amarah . Sakit hatinya teramatlah dalam.

"Okaylah . You jangan marah kat sini pula . Balik and tanya bini yang you cinta tu sendiri . Mesti tergagap nak menjawab " Hasut Hanani lagi .

-

Done update. Geram ke tu? Ish ish.
Eleh, Soyaa dengan Asyraf jeles pulok.
Time kau dengan Hanani ada kau pikir pompuan tu. Bukan sekali je kau curang Fateh . 🙄

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now