"Assalamualaikum isteri abang" Sapa Tengku Danial di muka depan pintu rumah ibu mertuanya . Dia nampak bayangan Sufi sudah mengintai di celahan langsir . Nampaknya isterinya itu benar-benar merajuk . Lagipun ke mana lagi Sufi hendak lari selain dari rumah mertuanya .
"Taknak buka pintu ke sayang? Jijik sangat pandang abang? Bukalah bagi abang jelaskan" kata Tengku Danial lagi .
Diam. Tiada sahutan . Pintu tak dibuka .
Tengku Danial mengeluh . Dia merapati tingkap rumahnya . Betul-betul berhadapan dengan Sufi yang sedang meyorok di kain langsir di dalam rumah . Terkejut Sufi suaminya itu dapat melihat dirinya .
"Bukalah sayang, jangan sampai abang menjerit memanggil nama sayang .Abang rindu sayang tau" luah Tengku Danial.
"Sufi kenapa tercegat kat situ . Sudah-sudahlah merajuk . Jemput saja suami kamu tu masuk . Umi yakin Danial tak bersalah pun"
Che Aminah sudah mencelah seketika . Dia tak mahu masuk masalah rumah tangga anaknya itu . Dia cuma membantu . Kalau terhalang dengan dinding luar dan dinding dalam rumah . Memang takkan berbaiklah anaknya itu.
"Haish baik umi" Akur Sufi . Sufi bergerak ke pintu lalu membukanya perlahan. Membenarkan suaminya masuk.
Tengku Danial yang masuk terus memeluk tubuh Sufi, sampai terangkat tinggi badan isterinya itu . Dia melepaskan rindu yang sudah lama dipedam . Walhal baru tiga hari bininya tak balik rumah.
"Abang..." Panggil Sufi dalam pelukan.
"Shh abang rindu" Tengku Danial masih memeluk erat Sufi.
"Hm nampaknya suami kamu betul-betul rindu kamu" kata Che Aminah.
Tengku Danial yang terkejut dengan suara mertuanya segera melepaskan pelukannya. Tak sangka dia diperhati . Maklumlah tak boleh kawal rindu kan.
"Umi ada ke? La Sorry, Danial tak perasan ada Umi ." Beritahu Tengku Danial penuh sesal.
"Tak apalah , peluklah sepuas mungkin. Ha Sufi tengok tu, suami kamu tu sayang kamu lah . Dah balik sana . Kalau kat sini kamu jadi penghalang umi dengan abi nak dating je " jelas Che Aminah .
Sufi sudah membuat muka tidak mahu . Tanganya sudah bersilang dada . Fikir comel lah nak buat macam tu?
"Ha Danial , jangan layankan ragam bini kamu tu . Jangan malu-malulah . Sila dukung isteri kamu tu dan bawa pulang . " arah Che Aminah.
Tengku Danial sudah tersenyum. Tak sia-sia dapat mak mertua yang sporting . Tanpa membuang masa tubuh isterinya dipandang geram.
"Kenapa abang pandang saya macam tu . Jangan haraplah abang dapat dukung saya . Saya dah keraskan badan" bentak Sufi. Dia sudah berdiri tegak seakan memasuki pertanding kawad.
"Tapikan sayang sebenarnya gaya macam tulah lagi senang abang nak dukung " kata Tengku Danial. Senyuman nakal mula ditonjollkan . Tali leher dilonggarkan .
"Iee! Tak suka!"bentak Sufi. Kaki Sufi sudah menghentak lantI .
"Come to daddy , my baby girl hehe" Kemudian Danial menunduk sedikit lalu tubuh Sufi itu didukung . Dia berjalan keluar dari rumah mertuanya . Tapi sebelum dia membawa Sufi
keluar . Sempat dia memberi salam pada mertuanya . Sebelum ngap anak orang , kita kena baik-baik dengan mak dia dulu hoho bisik Tengku Danial di dalam hati penuh suka.Senang saja nak pujuk isterinya itu . Hanya didukung dan dilayan seperti permaisuri , wanita itu akan diam dan memaafkannya.
-
"Sayang" panggil Fateh pada isterinya sedang sibuk membaca buku novel karya Anjell di meja makan rumah mereka. Fateh bukan mahu menghalang bininya baca . Tetapi soalannya yang terhalang ! Nak makan pun tak tenang andai dipalau oleh isteri yang tersayang ...
"Hm apa?" Sahut Soyaa setelah sekian lama memulaukan ayat Fateh . Dia tau apa yang Fateh fikir . Sebab itu dia diam saja . Andai dia akui .Fateh pasti akan memghalangnya. Ldbih baik buat-buat pekak .
"Sayang sebenarnya nak cemburukan Hanani kan tadi? Sebab tu sayang cium abang kat kedai tadi . Kan? Kan?" Teka Fateh gembira.
"Eh abang, mama ada call abang tak? Ada tak dia bagitau resipi bubur cendawan kat abang?sebab hari tu sayang minta resipi " Soyaa cuba mengalih topik .
"Sayang fikir abang bodoh ke?" Wajah Fateh sudah cemerut. Apa Soyaa fikir dia tak tahu cara-cara mengubah topik?
Soyaa sudah berkerut kening . " Bodoh abang yang mana satu. Abang punya bodoh ada banyak tau . Nak sayang ungkit ke? Bodoh masa kita mula-mula kenal ke? Yang abang patahkan tangan sayang sebab aiskrim?"
"Ieee dahlah . Abang seriuslah!" Kata Fateh .
"Sayang seriuslah ni . Bodoh abang yang mana satu? Kalau bukan bodoh yang aiskrim tu, bodoh masa abang melamar saya dalam kancil buruk . Waktu tu abang jemput saya balik dari hospital . Abang nak terkam saya semata-mata paksa saya kahwin dengan abang . Itu pun bodoh jugak tau " Jelas Soyaa.
"Bodoh abang yang berpura-pura bodoh mendengar cerita bodoh tentang abang dari mulut awak . Tapi persoalannya yang sekarang ini , sayang betul ke sengaja buat Hanani cemburu dengan sayang?" Fateh masih mengungkit soalan yang sama . Sukar betul hendak membuatkan Fateh ini teralih topik.
"Kalau ya? Kenapa? Ada masalah? Ke abang ada hati dengan dia lagi! " suara Soyaa meninggi.
"Kalau ya pun . Abang tak kisah . Lagipun sebaiknya abang akan ajak Hanani datang sini setiap hari " terang Fateh.
"Kenapa pula abang nak ajak dia pula! Abang suka dia lagi ke ! Apa ni abang! Sayang tak fahamlah . Rujuk kita di atas kertas semata-mata ke? Abang nak bukak masalah apa lagi ! Cukuplah kebodohan abang yang dulu ! Janganlah bertambah bodoh pula ! Please fikirlah hati sayang ! Jangan suka sangat ikut nafsu abang je ! Abang kata dah tak sukakan dia kan! So tak payah bawa dia ke sini! Muktamad ! " meninggi suara Soyaa memgalahkan meletusnya gunung berapi.
Pembantu rumah yang sedang menyapu sudah terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Soyaa. Manalah tidaknya , tidak tenteram hati wanita bernama Soyaa mendengarkan itu . Penjelasan Fateh itu amatlah mencabar nalurinya sebagai seorang isteri . Isteri mana yang tak rasa tercabar apabila lelakinya berhasrat membawa perempuan lain ke rumah !
"Eh relaks sayang , relaks . Sayang tak faham rupanya , salah abang tak habis cakap ..heheh...sorry ... Abang cakap nak ajak Hanani tu supaya isteri abang yang abang sayang ni boleh cemburukan dia . So bila sayang cemburukan Hanani . Sayang mesti akan cium abang banyak kali kan? So abang dapatlah faedah kat situ " terang Fateh panjang lebar . Dia nak buat lawak pada mulanya ,namun bila gurun berapi Soyaa mula meletus terus menjadi azab .
Soyaa sudah memuncung mulut . Tangan sudah bersilang dada . Panas di dada tidak surut lagi . Andai diberi kuasa mata laser , sudah lama Fateh menjadi abu .
"Ala sayang janganlah marah abang . Abang tak habis cakap . Abang ingatkan sayang faham lawak abang . Haish sorryla " Ucap Fateh . Pipi gebu Soyaa ditarik-tarik .
"Malam ni tidur luar!"
"Kita memang tidur asingkan? Ke sayang dah ready nak kena ngap dengan abang? " Jawab Fateh .
"Menjawab! Baguslah tu" marah Soyaa lagi.
-
✍🏻Yesterday we learn about babi . Today we learn about bodoh. Day by day carut is normal. In their rumah tangga . Dont contohkan mereka . If you want carut-carut . That neraka kirim salam !
YOU ARE READING
FATEH AR'VILE ✔
RomanceAssalamualaikum wbt. Ini adalah karya saya, Fateh Arvile . Karya ini tidak sempurna masih ada kesalahan tatabahasa dan ejaan . Termasuk juga susunan plot cerita saya . Agak serabut . Jadi saya menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf buat pembaca se...