36

245 22 18
                                    

Fateh sudah bermundar-mandir di hadapan pintu kecemasan . Dia gementar dan cemas . Adalah jugak dia risau . Sesekali dia menjeling isterinya yang duduk di tempat duduk tersedia . Soyaa , isterinya sedang menangis bersalah .

Teringat Fateh saat Soyaa menghubunginya memberitahu apa yang berlaku . Bagai tubuhnya melayang jauh mendengarkan itu . Entah kenapa dia rasa kasihan . Dan risau yang amat mendalam .

"Abang . Mesti...hik..hik..Hanani marah sayang kan sebab tolak dia? Sayang tak tahu dia boleh berdarah...tak sengaja..." ucap Soyaa dengan air mata lebat mengalir . Hati wanitanya sudah mula rasa sakit bersalah yang mendalam .

Fateh tidak membalas apa-apa . Dia cuma risaukan Hanani . Walaupun Hanani macam tu . Dia tetap sayangkan Hanani . Dia masih peduli tentang wanita itu . Kasih dia dengan Hanani lima tahun tidak akan sama dengan kasih Soyaa yang baru masuk setahun . Lain dan rasanya tidaklah sama.

Selepas tiga puluh minit menunggu di ruangan kecemasan . Akhirnya seorang doktor perempuan mula keluar . Mungkin doktor inilah yang merawat Hanani .

Soyaa pula sudah bangun . Ingin menanya khabar Hanani . Sungguh dia rasa bersalah !

"Kau duduk je situ . Biar aku yang bincang dengan doktor , " Fateh sudah mengarah Soyaa sulaya duduk . Wajahnya tegas . Gelaran sayang dan abang pun sudah bertukar kau dan aku .

Soyaa hanya akur sebagai isteri Fateh . Dia faham yang Fateh masih terkejut selepas apa yang terjadi tadi . Semua ni salah aku...

"Suami Puan Hanani ke?" Soal Doktor wanita itu .

"Ya saya" Fateh hanya mengiyakan .

Soyaa yang mendengar sudah terasa hati. Adakah ini bermaksud yang Fateh masih punya hati pada Hanani?

Jangan overthinking Soyaa. Maybe dia just nak sedapkan hati doktor tu je.

"Alhamdulilah . Isteri dan kandungan selamat . Mujurlah juga isteri encik hanya pendarahan biasa dan nasib baik Encik bawa dia ke sini dengan kadar masa yang segera " terang Doktor wanita itu .

Fateh diam seketika. Terdiam bukan sebab bersyukur saja . Tetapi terselit dengan perasaan terkejut . Hanani mengandung anaknya?

"Hanani mengandung?" Soyaa pula bertanya pada Fateh meminta kepastian . Dia sudah curi-curi langkah menapak ke arah Fateh yang berdiri .

"Soyaa kau baliklah dulu . Nanti aku jenguk kau kat rumah" arah Fateh lagi.

"Tapi Sayang nak jumpa Hanani . Nak minta maaf . " terang Soyaa. Tangan Fateh cuba digenggam bersama .

Doktor wanita sudah mengerut kening . Mungkin keliru seketika siapa isteri Fateh . Yang di dalam hospital atau yang sedang menangis perasaan bersalah? Maklumlah dia kan cuma orang luar.

"Er saya masuk dulu ya . Kalau Encik nak melawat silakanlah tapi jangan buat bising ya . Mungkin pesakit perlukan ketenangan " terang Doktor wanita itu . Dan kemudian dia beransur pergi .

"Jom abang kita masuk jumpa Hanani " kata Soyaa . Mengajak Fateh masuk bersama-sama.

"Biar aku je masuk . Kau baliklah Soyaa" arah Fateh sekali lagi .

"Tapi apa salahnya kalau saya masuk sekali? Lagipun saya isteri abang . Saya patut masuk sekali " tegas Soyaa bersuara .

"Eh aku kata balik baliklah! " marah Fateh . Mungkin rimas mengarahkan si isteri dari tadi .

"Baiklah. Sorry" Akhirnya Soyaa tidak mampu pertahankan permintaan ingin masuk bersama-sama . Jadi terpaksalah dia pulang ke rumah seorang diri menaiki grab .

FATEH AR'VILE  ✔Where stories live. Discover now